Pages

Monday, February 7, 2011

Penulis Sekarang Hilang Kualiti

Dalam entri kali ini aku nak menyuarakan ketidakpuasan hati aku terhadap penulis-penulis cerpen mahupun novel-novel di www.penulisan2u.my. Aku yang memang suka baca karya sebegitu menjadi tidak seghairah dulu untuk berkunjung ke laman tersebut. Mana tidaknya, aku dapati karya-karya disitu sekarang sudah tidak berkualiti. Karya penulisan di situ kebanyakkan stereotaip dan klise. Ke mana hilangnya penulis berbakat dan kreatif, yang tinggal sekarang segelintir penulis yang belum baligh kiranya. Sungguh, bila aku baca karya diorang, tiada penghayatan yang dapat diberikan. Sedikit sangat karya-karya yang berkualiti. Nasihat daripada aku yang serba kekurangan ini, perbaikilah gaya penulisan dengan mengambil kira pendapat pengomen-pengomen dan selidik dulu cara penulisan yang betul sebelum berkarya. Nak tiru dari muvi ke hape, boleh..tapi jangan sebijik ikut jalan cerita dia. Pastikan gaya penceritaan tu kreatif.

Sekian. Semoga berjaya penulis-penulis sekalian.




p/s: Aku tak maksudkan semua.
       Timbang taralah pada diri sendiri.

::THANKS FOR READING::