Pages

Thursday, November 3, 2011

Pilihan, popular cara baik atau buruk

Apa sebenarnya tujuan berblog?
Heh, dah bertahun berblog baru nak tanya diri tujuannya

Berkongsi rasa, berkongsi maklumat, tambah kenalan, buat duit
Dan nak glamour??
Mestilah..jauh di sudut hati memang ada rasa itu.
Hipokrit la kalau taknak mengaku.
Salah ke adinda nak jadi glamour? famous? popular? masyhur?
Kalau kena caranya tidak salah.
Guna cara elok, n menulis dari hati dan kena berhati-hati.
Ni kategori yang nak glemer dari segi tulisan mereka lah.

Oleh kerana itu aku nak sentuh sikit beberapa isu mengenai bloggers popular nih.
Mereka yang buat aku berminat nak ambil tahu.
Tapi sayangnya, kepopulariti mereka dikecapi dengan liku-liku negatif.
Pendapat aku, bukan mereka yang kejar populariti itu, tapi dah terpaksa jadi popular.
Yang pastinya, mereka ni popular hasil dari tulisan mereka di blog masing-masing.
Disebabkan satu entri je terus meletoppp!!
Mesti korang ada baca kan kisah Adinda Evans. Isu lama.
Budak yang mengaku tiada dara secara terang-terangan diblognya. Padahal umur baru 14 tahun.
Femes abis, keluar surat khabar apa.
Satu lagi, Schaza Zedane . Seorang pelajar Unimas yang mebangkitkan isu kenegerian.
Hebat mereka kena kecam oleh masyarakat.
Kesian aku pada mereka ni. Usia belum menginjak dewasa dah terpaksa berhadapan dengan situasi macamtu.
Pasti tertekan jiwa raga. Tak tahu lah apa bakal jadi kat masa depan diorang kelak.
Wallahualam.

Lepas selami kisah mereka tu, tanya balik hati tujuan berblog.
Nak ke glemer dengan cara macamtu. Cara terpaksa. Jiwa raga terseksa!

Maka bila menulis jangan sambil lewa aje, hati-hati sikit..buat kajian banyak-banyak.
Isu sensitip jangan bangkitkan sewenang-wenangnya.
Fikir baik buruk dan selami jiwa pembaca. 1 dunia baca tahu.

Sekian.

p/s: hafzan sarah sudah tiada, versi baru--> sara pedrosa ;D