Pages

Friday, June 22, 2012

Drama Dejavu Di Kinabalu. best!


Assalamualaikum & salam sejahtera,
Soundtrack selingan dejavu di kinabalu
Itu adalah antara kata kunci pagi ni yang membuatkan pengunjung singgah di blog aku. Agak kesian padanya sebab entri berkaitan kata kunci tersebut tak pernah dibuat aku.


Drama dejavu di kinabalu merupakan slot akasia yang baru ditayangkan di TV3. Bagi aku drama yang dibintangi Aqasha dan Tiz Zaqiyah ini cukup menarik untuk ditonton.  Dan tepat pukul 7 aku akan terpacak depan tv melaghokan diri. Jalan ceritanya lebih menarik berbanding slot akasia terdahulu kala iaitu, Atas Nama Cinta. Drama tersebut aku pernah buat review dahulu di mana jalan cerita Atas Nama Cinta agak copycat dengan drama korea Spring Waltz.

 
Secara ringkasnya drama dejavu di kinabalu ini berkisar tentang Ammar (Aqasha) yang sentiasa dibayangi kekasih lamanya apabila berdepan dengan Nadira (Tiz Zaqiyah). Lama kelamaan Ammar macam dah jatuh suka pada Nadira. Disebalik kisah tersebut, rupa-rupanya Nadira adalah penerima jantung yang diderma oleh kekasih lama Ammar. 

Lepas tu apa jadi? Tontonilah episod seterusnya.

p/s: suka jugak soundtrack drama ni, Butterfly nyanyian Melly Goeslow