Pages

Wednesday, April 21, 2021

Sewa dulang / par kosong eksklusif Kelantan

Salam/Hi untuk bakal-bakal pengantin khususnya di kawasan Kelantan. 

Saya ada menyediakan perkhidmatan sewa dulang/par kosong. Dulang eksklusif besi + juraian kristal mengikut trend terkini tanpa gubahan seperti dibawah:

DULANG A: gold metal + mirror top + crystals 

DULANG B: gold/silver metal + crystals 

Booking sekurang-kurangnya 7 hari sebelum. Tempoh sewa 5 hari.
Self pickup & self return. Lokasi di Jeli. 
20% booking deposit diperlukan untuk lock dulang anda pada tarikh nak guna manakala baki bayaran serta security deposit diperlukan ketika ambil dulang.

Boleh WhatsApp 0139542339. Instagram: rekajeylita (https://www.instagram.com/rekajeylita) 
😉

#sewaparkelantan #sewaparkosong #sewadulangkosong #sewadulanghantaran #dulangekslusif #dulanghantaranbesi #dulanghantaran #sewapar #dulanghantaran #gubahanhantaran

Thursday, June 25, 2020

Buat sendiri busy-book untuk anak

Apabila melakukan perjalanan jarak jauh saya sering mengalami masalah anak kecil taknak duduk diam dalam carseat di akhir-akhir perjalanan. Tidak tenang kita hendak memandu dibuatnya. Saya tahu dia telah kebosanan berjam-jam dalam kereta. 

Menenangkan anak menggunakan gajet seperti telefon dan sebagainya bukanlah pilihan saya. Maka tercetus lah idea untuk membuat busy-book ini.

Jika dibeli diluar harganya cecah ratusan ringgit! Mahal kan. Tapi bila saya buat sendiri busy-book ini baru saya tahu kenapa dijual mahal. Kain felt yang digunakan bukannya murah belum termasuk aksesori lain, dan yang penting kemahiran serta penat lelah menjahit setiap satu bentuk permainan itu. Jahitan mesti nak kemas dan kukuh ya! tahu-tahu lah anak kecil bila bermain kemain lasak. 

Saya banyak merujuk video youtube cara membuatnya. Lihatlah hasil tangan saya dibawah ini!

1. Aktiviti 1 - main ciku cak dengan kucing 
2. Aktiviti 2 - mengira/menyusun nombor
3. Puzzle buah buahan tempatan
4. Bermain buka tutup zip berbentuk pelangi
5. Lebah terbang mencari madu dan ke sarang
Saya juga ada menjual busy-book ini. Boleh gunakan link dibawah untuk membeli:





#busybook #quitebook #malaysiabusybook #toddlerbook #sensorybook #softbook #fabricbook #feltbook #handmadebook #handmadefeltbook #activityplay #montessoritoy #babybook #travelbook #pikabook #playmat #traveltoy

Monday, March 16, 2020

Apa itu lockdown Covid-19

Hari ini 16 Mac 2020..


Penularan wabak Covid-19 masih dalam situasi yang membimbangkan, dengan peningkatan mendadak kes baru covid-19 di Malaysia semalam, maka Perdana Menteri kita, Tan Sri Muhyyidin Yassin telah mengeluarkan arahan lockdown.. 

Apa itu lockdown?

Lock down adalah kawalan pergerakan. Tidaklah sama dengan darurat.

Lockdown bukan menghalang anda keluar tetapi mengawal pergerakan anda terutama jangan ke tempat tanpa tujuan penting seperti mall, restoren, konsert dan sebagainya. Cuba elakkan sedaya mungkin kecuali anda pentingkan diri sendiri.

Lockdown mengawal pergerakan agar tidak banyak pergerakan agar mereka terjangkit dan jangkitan diminimakan serta senang usaha pengesanan dan pemulihan.

Lockdown tidak mewajibkan penutupan pejabat dan kerja tetapi jika ada alternatif bekerja dari rumah, maka ia adalah amat elok untuk dilaksanakan dalam tempoh ini.

Tidak semua kerja dan pejabat boleh ditutup. Tidak semua jenis kerja boleh dilaksanakan dari rumah. Kalau ke pejabat, jangan pula merayau masa rehat atau dalam waktu kerja. Gunakan sebaik mungkin berada di pejabat. Bawa bekal makanan.

Penerimaan tetamu dan mesyuarat di kurangkan. Begitu juga kerja di luar pejabat dikurangkan atau digantikan dengan alternatif lain.

Balik dan pergi pejabat, jangan singgah, lepak mana-mana. Apa-apa jadi kata kerja punya pasal. Tak pepasal satu office kena di-dettol-kan.


Ini yang saya fahamlah. Kalau tidak, banyak office dan kedai kena pecah esok.. apa pun tunggu pengesahan.

Jaga pergerakkan anda semua.

(CnP)