Pages

Friday, January 25, 2013

Zain dan Ersalina bila nak berbaik

Aku agak ramai yang ikuti drama Setia Hujung Nyawa slot Akasia di TV3
Apa korang rasa tentang drama itu?
Poster drama

Sebelum itu aku ceritakan secara ringkas sipnosis drama tersebut.
Drama adaptasi dari novel Setia Hujung Nyawa karya Fatin Nabila mengisahkan Zain (hero) yang disatukan dalam ikatan perkahwinan dengan Ersalina (heroin) demi menjaga maruah keluarga masing-masing.
Muka depan novel

Sebelum kahwin, diorang tak pernah kenal baik..adapun masa bertembung pasal kes kasut dan ais krim sahaja. Namun, dalam meniti kehidupan rumah tangga dan belajar untuk mencintai antara satu lain, timbul dugaan apabila Ersalina di dapati keguguran kandungan, biarpun Zain Hakimi tidak pernah menyentuhnya. Daripada sinilah konflik bermula..

Sekarang aku luahkan pula apa yang rasa mengenai drama tersebut,
Dulu sangat best, pada awal-awal cerita yang bahagian diorang baru kahwin, aku rasa Zain dan Ersalina adalah sangat comel dan nakal-nakal. Memang sentiasa ternanti-nanti lah kan episod seterusnya, ketagihan mungkin. Namun sekarang ini aku sudah naik bosan dengan babak pergaduhan (setelah Zain mengetahui Ersalina mengandung anak orang lain) mereka yang meleret-leret hingga banyak episod, agak hambar.
Kenapa meleret? Sebabnya,  apabila aku terlepas 1 2 episod tersebut aku masih lagi boleh faham jalan ceritanya. Tiada perkembangan..tak rugi kalau tak tengok. hehee
Berbanding awal-awal cerita, apabila terlepas 1 2 epsiod pasti akan tertanya-tanya apa yang terjadi sebelum ini..rugi tak tengok.

Walaupun perkembangan cerita agak hambar aku masih ternanti-nanti juga apa yang bakal terjadi pada Zain dan Ersalina. hehee..maaf jika tulis tak serupa bikin.

Jika menurut novelnya,  selepas mereka berbulan madu yang tak berapa nak madu (kat TV bahagian ini dah lepas), Zain dapat menerima Ersalina sebagai isterinya, mereka pun berbaik semula. Lepas itu, muncul konflik besar-besaran apabila Zain terlibat dalam kemalangan dan koma selama sebulan. Sedar-sedar dari koma, mummy Zain minta dia ceraikan Ersalina. Rupa-rupanya mummy Zain sudah terdengar perbualan Hady (kawan Zain) dan Ersalina tentang Ersalina yang bukan dara sebelum kahwin. Kemudian Zain cuba dijodohkan dengan Erniza.  Malangnya, sangkaan mummy Zain konon-kononya anak dia ditipu keluarga Ersalina salah sama sekali. Bila dicungkil sejarah hitam Zain, dia sebenarnya sudah tak teruna juga. Zain pernah meniduri Ekin (bekas tunangnya).
Sama-sama padan akhirnya.

Tapi itu cerita dalam novelnya, kat TV mungkin sama mungkin juga berbeza.

Apapun aku suka tagline drama tersebut yang berbunyi:
Tiada insan yang suci yang tidak mempunyai masa lampau,
Tiada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan

Lagi pendapat aku tentang slot Akasia sebelum-sebelum ini:
  • Drama Dejavu Di Kinabalu. best!
  • Atas Nama Cinta Vs Spring Waltz
  • Sunday, January 13, 2013

    Selipar durian

    Macam-macam ya orang sekarang ini. Isi durian dimakan, kulitnya pula dijadikan selipar. Tapi sanggup ke hendak pakai?? hehe
    Sekian.

    Monday, January 7, 2013

    Nak jam tangan? beli di sini

    Anda mencari jam tangan?

    Di Jey Collection menawarkan pelbagai jenis jam tangan berjenama dengan rekabentuk yang menarik dan bergaya.
    Antara jenama jam yang ada dijual seperti Casio, Icewatch, Army Tech dan lain-lain lagi.
    Anda boleh bandingkan harga di blog tersebut jauh berbeza berbanding di kedai.
    Stok adalah terhad, siapa dapat dahulu rezeki dia lah.
    Anda juga boleh layari facebook page  https://facebook.com/jeyncollection Untuk info dan update terkini mengenai model jam baru

    p/s:
    Jey Collection merupakan blogshop milikku yang baru dibina untuk mempromosikan barang jualan.
    Sebagai orang yang baru hendak bertatih dalam perniagaan, diharap ramai yang  dapat memberikan sokongan :)
    Terima kasih.l

    Thursday, January 3, 2013

    Kutipan Filem Malaysia 2012

    Mari kita lihat, berapa banyak kutipan yang berjaya dihasilkan oleh filem-filem tanah air kita bagi tahun 2012.


    Kutipan Paling Tinggi Filem Malaysia 2012:

    Adnan Sempit 2 – RM6.82 juta
    Bohsia Jalan Kembali – RM4.98 juta
    Mael Lambong – RM4.88 juta
    Istanbul Aku Datang – RM3.58 juta
    Hantu Gangster – RM3.45 juta
    Hantu Kapchai – RM3.19 juta
    Aku Terima Nikahnya – RM2.75 juta
    Bujang Terlajak – RM2.6 juta
    Jangan Pandang Belakang – RM2.51 juta
    8 Jam – RM2.3 juta

    Kutipan Paling Rendah Filem Malaysia 2012:

    Vajram – RM9,000
    Leftwings – RM20, 000
    Cinta Beruang – RM50,000
    Zaiton Ceritaku – RM59,000
    Adutha Khattam – RM60,000
    Airmata Ibu – RM70,000
    Chantek – RM100,000
    Momok Jangan Cari Pasal – RM130,000
    Sofazr The Movie Jiwa Kacau – RM150,000

    Berikut adalah senarai kutipan semua filem Malaysia yang ditayangkan di pawagam pada tahun 2012:

    Sesuatu Yang Tertinggal – RM690,000
    Keramat – RM1.39 juta
    Bujang Terlajak – RM2.60 juta
    Sumpahan Kum Kum – RM2.06 juta
    Azura – RM1juta
    Hantu Dalam Botol Kicap – RM1.86 juta
    Chantek – RM100,000
    Adnan Sempit 2 – RM6.82 juta
    Cinta Kura-Kura – RM1.17 juta
    Bunohan – RM780,000
    7 Petala Cinta – RM1.03 juta
    Jidin Sengal – RM710,000
    Jangan Pandang Pandang – RM2.51 juta
    Temujanji – RM700,000
    Uncle Usin – RM1 juta
    Berani Punya Budak – RM1.13 juta
    Chow Kit – RM450,000
    Nongkrong – RM2.12 juta
    Mantera – RM350,000
    Aku Ada, Kau Ada – RM1.21 juta
    Hoore! Hoore! – RM350,000
    Man Sewel – RM1.21 juta
    Gerimis Mengundang – RM220,000
    X – RM200,000
    Jalan Kembali – RM4.98 juta
    Jiwa Taiko – RM620,000
    Hanya Aku Cinta Kau Seorang – RM180,000
    Mael Lambong – RM4.88 juta
    Baik Giler RM38,000
    Aku, Kau dan Dia – RM160,000
    8 Jam – RM2.3 juta
    Momok Jangan Cari Pasal – RM130,000
    Hantu Gangster – RM3.45 juta
    SAM – RM1.88 juta
    Seram Sejuk – RM920,000
    Leftwings – RM20,000
    29 Februari – RM370,000
    Salam Cinta – RM260,000
    Hantu Air – RM680,000
    Halimunan – RM490,000
    Untuk Tiga Hari – RM860,000
    Aji Noh Motor – RM220,000
    Hantu Kapcai – RM3.19 juta
    Sofazr The Movie – RM150,000
    Tai Kun – RM780,000
    Ngorat – RM780,000
    Aku Terima Nikahnya – RM2.75 juta
    Cinta Beruang – RM50,000
    PE3 – RM1.18 juta
    Apa Celop Toqq – RM1.07 juta
    Aku Budak Pailang – RM960,000
    Zaiton Ceritaku – RM59,000
    Aji Boy – RM710,000
    Istanbul, Aku Datang – RM3.58 juta
    Ponti VS Orang Minyak – RM1.71 juta
    Sepah The Movie – RM2.12 juta
    Lagenda Budak Setan 2 – Katerina – RM1.8 juta
    Strawberi Cinta – RM540,000


    Banyak juga senarainya, kalau anda tengok, rentak filem melayu ini banyak kepada genre cerita-cerita hantu lagi tahyul. Jauh untuk bersaing dengan filem-filem luar negara.
    Manakala ini pula filem yang pernah aku tonton:
    Jidin Sengal, Man Sewel, Mael Lambong, 8 Jam, Bunohan, Tai Kun, Strawberi Cinta dan Mantera
    Sedikit sahaja, maklumlah minat aku kurang sikit pada filem-filem tempatan ini.

    Wednesday, January 2, 2013

    Menambah Duit Dengan Menjawab Survey

    Assalamualaikum..


    Aku berharap ada yang merasa teruja melihat jumlah duit yang masuk ke akaun paypal aku. hehe
    Maaf ya, aku bukan hendak menunjuk-nunjuk tapi mahu memberi semangat kepada yang lain.
    Duit tersebut adalah hasil dari aku menjawab kaji selidik (survey) di my.ipanelonline.com.

    Bagaimana hendak dapat duit seperti itu?
    Mudah sahaja, kita hanya perlu mendaftarkan diri terlebih dahulu (mahu senang klik SINI).
    Pendaftaran adalah percuma, setelah selesai mendaftar anda bolehlah mula menjawab kaji selidik. Setiap kaji selidik yang berjaya dijawab akan diberi mata ganjaran. Dengan mata ganjaran itu kita boleh menukarnya dengan duit (menebus).
    Contoh kaji selidik,

    683 mata ganjaran apabila ditukar kepada wang ringgit, bersamaan dengan RM 6.83. Berbaloi juga kan

    Proses pembayaran ipanelonline ada beberapa cara,

    Aku guna paypal sahaja, bagi aku cara itu paling mudah lagipun aku tiada akaun lain seperti di dalam gambar atas. Pengalaman aku meggunakan paypal mengambil masa 2 3 hari sahaja untuk proses tersebut.

    Aku sudah, anda bila lagi?? Apa salahnya sambil melayari internet luangkan sedikit masa untuk menjana duit.
    Selamat maju jaya :)