Pages

Monday, March 16, 2020

Apa itu lockdown Covid-19

Hari ini 16 Mac 2020..


Penularan wabak Covid-19 masih dalam situasi yang membimbangkan, dengan peningkatan mendadak kes baru covid-19 di Malaysia semalam, maka Perdana Menteri kita, Tan Sri Muhyyidin Yassin telah mengeluarkan arahan lockdown.. 

Apa itu lockdown?

Lock down adalah kawalan pergerakan. Tidaklah sama dengan darurat.

Lockdown bukan menghalang anda keluar tetapi mengawal pergerakan anda terutama jangan ke tempat tanpa tujuan penting seperti mall, restoren, konsert dan sebagainya. Cuba elakkan sedaya mungkin kecuali anda pentingkan diri sendiri.

Lockdown mengawal pergerakan agar tidak banyak pergerakan agar mereka terjangkit dan jangkitan diminimakan serta senang usaha pengesanan dan pemulihan.

Lockdown tidak mewajibkan penutupan pejabat dan kerja tetapi jika ada alternatif bekerja dari rumah, maka ia adalah amat elok untuk dilaksanakan dalam tempoh ini.

Tidak semua kerja dan pejabat boleh ditutup. Tidak semua jenis kerja boleh dilaksanakan dari rumah. Kalau ke pejabat, jangan pula merayau masa rehat atau dalam waktu kerja. Gunakan sebaik mungkin berada di pejabat. Bawa bekal makanan.

Penerimaan tetamu dan mesyuarat di kurangkan. Begitu juga kerja di luar pejabat dikurangkan atau digantikan dengan alternatif lain.

Balik dan pergi pejabat, jangan singgah, lepak mana-mana. Apa-apa jadi kata kerja punya pasal. Tak pepasal satu office kena di-dettol-kan.


Ini yang saya fahamlah. Kalau tidak, banyak office dan kedai kena pecah esok.. apa pun tunggu pengesahan.

Jaga pergerakkan anda semua.

(CnP)