Pages

Wednesday, March 7, 2012

Cintanya tak kesampaian akibat dibomoh ayah sendiri

Kisah benar ni terjadi dekat member aku sendiri.
Mulanya aku lihat dia menangis dengan teruknya sambil bercakap di talipon. Sampai teresak-esak dan hampir pengsan. Lepas tamatkan panggilan itu dia akan menangis sampai ke malam pula. Siang malam asyik menangis je, makanan langsung dia tak sentuh. Dalam 2 3 hari tu dia alas perut dia dengan minum air.
Sungguh sadis keadaan dia.

Kenapa dia jadi begitu?
Puncanya, dia terpisah dengan kekasih hati.
Sebenarnya dah berbulan lamanya dia berpisah, tapi deritanya baru nampak pada hari tu.
Dulu dia mungkin boleh terima dengan terbuka kenapa dia terpaksa berpisah dengan kekasih hatinya.
Tapi hari tu, bila seseorang call dia dan menceritakan hal sebenar punca perpisahannya dulu. Dia terkesima dan sangat-sangat tak menyangka itu adalah akibat perbuatan ayahnya sendiri.

Rupa-rupanya ayah dia pergi bomohkan di Siam untuk pisahkan mereka.
Memang ayah dia sendiri mengaku yang dia bomohkan anaknya.

Bila aku dengar perbualan dia dengan ayahnya, aku sekali ikut terasa sebak..
Dia tanya,
'kenapa ayah sanggup buat orang macam ni'
'sanggup ayah hancurkan kebahagian kami'
'mana ayah tahu dia jahat, ayah pernah nampak ke, ayah cuma dengar cakap orang je'
'ayah tahu tak, masa orang susah tak berduit dia yang tolong support'
'sekarang ni orang tak boleh fokus, semua keje tak jadi, nak study tak dapat'
'kenapa dulu tak berterus terang saja yang ayah tak sukakan dia'
'orang sedih sangat ayah, ayah yang selalu solat tapi sanggup buat benda terkutuk macam tu'


Mungkin ayahnya mahukan yang terbaik buat anaknya. Dia kasih dan sayang dan mahu melindungi anaknya
Namun, relevankah perbuatan dia??

Tuesday, March 6, 2012

Fahamkah kita konsep aurat?

Sedihnya bila ada member terdekat letak gambar-gambar free hair mereka di facebook or etc, walhal di alam realitinya dia seorang yang bertudung.
Ada kalanya juga bila lelaki bukan muhrim datang ke rumah mereka, member-member aku anggap itu perkara biasa lalu bebas kesana kemari dengan rambut bergerbangan.
Walhal ketika bersantai di kawasan rumah juga rilex saja tunjuk rambut dekat jiran-jiran lelaki.

Sedarkah itu tiada bezanya..

Kepada member-memberku yang terbaca entri ini harap ianya terkesan di hati korang untuk lakukan perubahan.
Bukannya aku nak menghina ataupun berlagak alim..cuma berteraskan hubungan persahabatan kita, aku mohon kita saling ingat mengingati.


Saturday, March 3, 2012

View blog guna internet explorer tak cantik

Bila guna browser mozilla firefox, tak ada masalah view blog ni.. layout memang tersusun cam biasa. Lepas tu aku beralih pula guna google chrome selepas mozilla selalu mintak update version, bila tak update mesti selalu hang..stress jadinya.
So view blog ni guna chrome, OK.
Pastu bila try guna internet explorer 9 pula, timbul masalah..habis lari layout terutama tempat yang letak scroll bar. Petak-petak yang ada bloglist jadi bertindan tulisan-tulisannya.

Jadi kepada pembaca semua anda disarankan untuk view blog sara pedrosa ni guna mozilla atau chrome ya :)