Pages

Sunday, September 25, 2011

Fobia Konvo

Apa silapnya, konvo aku tahun ni terpalit sedikit kedukaan seperti tahun lepas. Kereta abah rosak lagi semasa dalam perjalanan pulang ke rumah. Kejadian sama berlaku masa pulang dr majlis konvo abang aku tahun lepas. Dugaan..dugaan.

Aku dah fobia dengan majlis konvokesyen2 ni. Lepas ni tak pegi dah

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Papepun Tahniah buat diri sendiri dan juga kengkawan yg dah graduate tahun ni. Yang belum graduate tu, sabar ya. Teruskan perjuangan anda n enjoy puas2 kehidupan sebagai seorang pelajar =D


with my lovely girlfriends

Monday, September 19, 2011

Cream Puff Terdesak

Pagi ni mendung sangat. Mungkin nak hujan dengan lebatnya kejap lagi. Bila cuaca begini, kalau sambung tidur memang syok. Tapi pagi ni aku nak update blog. Sekarang ni jarang sangat aku update. Dah macam tak bertuan pula blog ni.
Nak kongsi sikit 1 resepi mudah ni. Aku baru je buat semalam yang lepas. Sebab terdesak nak makan sangat, kat kampung takde jual waktu2 tu, maka aku bergelar chef kejap.
Bukan masak apa pun, buat cream puff je. Ikut resepi dari blog Kak Siti.Senang dan sedap.
Pertama kali buat dah menjadi, sedap pula tu. Adik2 aku yang cakaplah =D

 Sedikit sebanyak rupa paras cream puff aku
 
Itu aje..Choww dulu!

Thursday, September 15, 2011

Oliver Green in Project Runway S9

Project Runway..Siri tv yang sentiasa aku nanti-nantikan kemunculannya. Minat terhadap siri ini dah lama, cuma kekadang tak berpeluang untuk sentiasa untuk menonton dari season awal lagi.
Dalam rancangan ni, mempamerkan pereka-pereka fesyen yang hebat-hebat belaka. Mereka yang dinamik, kreatif dan mampu berfikir di luar kotak bagiku.
Oliver Green merupakan feveret aku dalam season 9..Dia memang hebat! Sangat berbakat.Selayaknya untuk menjadi finalist nanti. Umurnya baru 22, biarpun peserta termuda namun idea rekaannya memang mengagumkan.

Layan aje antara rekaan Ollie:


 


Nak tengok Project Runway S9 jugak?? KLIK SINI















 p/s: cakap omputeh dia pelat ler..huuu