Pages

Showing posts with label aku. Show all posts
Showing posts with label aku. Show all posts

Tuesday, July 21, 2015

Kisah Sebenar: Penipuan di Lowyat

Apabila baru-baru ini gempar kes gaduh besar yang berlaku di plaza Lowyat hingga hampir membuatkan perbalahan kaum, aku ada kisah sendiri bagaimana ditipu masa beli smartphone di sana.

Masa tu aku, adik dan adik ipar pergi Lowyat sebab adik aku nak beli smartphone baru. Target adalah smartphone Samsung Galaxy Mega, survey punya survey jumpa satu kedai ni yang offer harga paling rendah. Selepas deal kitorang pun jadi la nak angkat smartphone tu, so seller tu minta la RM50 sebagai deposit sebab dia nanti nak pergi amik stok kat stor (ke stokis lain, aku tak sure). Bila barang sampai, seller bagitahu harga dia beritahu awal-awal tadi (RM1200) adalah harga 2 tahun lepas untuk set lama, harga sekarang RM1300 lebih yang mana kitorang kena tambah duit dalam seratus lebih lagi. GILA!

Kemudian seller tu sambung lagi dan cakap yang tu harga untuk AP set, kalau yang original harga RM1400 lebih (lagi mahal dari kedai yang kitorang survey sebelum ni). Bertambah BENGANG aku.. ikutkan hati aku memang nak blah je camtu biarlah burn duit deposit RM50 tadi. Tapi aku serahkan pada adik aku untuk buat keputusan sebab dia yang nak beli phone tu, dia kata ambil lah sebab penat dah kot jalan dan survey dari tadi. OK! Redha jelah

Itu satu hal pasal harga, satu hal lagi pasal warna. Masa deal kitorang minta phone warna putih, kemudian yang sampai phone warna hitam. Bila tanya kenapa warna lain, seller tu cakap tadi U minta warna hitam la, “Apahal pulak hitam, I minta putih U tu yang silap dengar!! Ni adik-adik I bleh jadi saksi yang I cakap nak phone warna putih!”, naik satu oktaf suara aku. Dan-dan dia cakap stok warna putih dah habis. Kitorang tahu la dia tu malas nak pergi ulang-alik naik lif semula. Berganda-ganda BENGANG aku. Sampai situ aku serahkan pada adik aku dan suami dia untuk buat keputusan nak beli ke tak, aku blah ke tepi malas nak hadap dah muka seller cina tu.

Rugi sebab ramai pembeli boikot
p/s: Kisah berlaku setahun lepas, terdapat perbezaan harga pasaran smartphone dengan sekarang. Itu last aku beli phone kat Lowyat, peniaga penipu tak kira apa bangsa dan agama memang patut kena boikot. Malangnya tiap kali aku kena tipu seperti kes beli phone, tinted kereta, repair kereta dll mesti terkena dengan cina. Begitu juga bila dengar kes orang lain pun mesti terkena dengan peniaga cina, jadi makin SINONIM peniaga CINA ni banyak PENIPU.

Thursday, April 2, 2015

Pengalaman tinggal di Ramada Plaza, Melaka

Sepanjang tahun 2014, banyak hotel yang telah aku menginap. Antaranya,
  1. Lexis PD, Port Dickson  Negeri Sembilan
  2. Gold Coast International Resort, Banting Selangor
  3. Klana Beach Resort, Port Dickson Negeri Sembilan
  4. Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan
  5. Langkawi Seaview, Kuah
  6. Ramada Plaza Melaka
  7. Le Meridien, Kota Kinabalu Sabah
  8. Merdeka Palace Hotel & Suites, Kuching Sarawak
Setiap hotel tersebut mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing.
Tapi kali biar aku review dahulu Ramada Plaza kerana banyak benda lebih bagus disini berbanding dengan dengan hotel-hotel lain diatas.

Makanan
Aku bagi: 10/10
Benda yang paling utama, sebab itu aku letak point ini yang paling atas. Di Ramada Plaza makanan dia memang super best.
Menu yang pelbagai pada sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam! Ada masakan melayu kampung, mamak, masakan cina, india, siam, masakan barat itali pun ada! dan macam-macam lagi sampai tak larat nak sebut. Sampai pening kepala nak makan yang mana dahulu
Pagi-pagi dah jumpa sate, tengahari ada mee goreng api dalam kuali, lagi rojak buah yang buat korang tambah berkali-kali. Steak, seafood, aiskrim, dimsum..meleleh-leleh air liur bila teringat balik
Yang pasti setiap makanan enak dan memang tak mengecewakan.

Lagi best, masuk je bilik terhidang cokelat dan buah-buahan. Mula-mula takut nak makan sebab takut kena bayar! haha

Bilik
Aku bagi: 9.5/10
Bilik besar, bersih, luas cukup untuk korang guling-guling serta kuak lentang.
Karpet sampai tenggelam tumit.
Aku suka wallpaper dia. warna kayu rasanya 
Aku sungguh beruntung, masa datang sini bilik baru siap renovate. Semua benda baru.
Cuma bunyi bising sikit-sikit sebab ada bilik yang tak siap renovate, tapi tak kisah la sebab bila tidur aku sudah terbuai dek keenakkan katil empuknya.
Permandangan luar bilik yang indah, mengadap sungai Melaka
Permandangan mengadap sungai Melaka
Suasana malam, romantis takk
Kat bilik semuanya lengkap, sabun ada, syampu, berus gigi, ubat gigi, losyen, shaver, pengering rambut. Selipar, bathrobe, seterika, sejadah. Dibahagian mini bar ada kopi, gula, teh, air mineral (wajib disemua hotel lain pun ada) serta biskut, cekedis, meggi, air berkarbonat, beer (yang ni kena caj).
Yang bawa budak-budak tu elok asingkan arak jauh-jauh dan tersembunyi, terminum kang naya!

Staf
Aku bagi: 9/10
Ramah tamah, cekap dan tak lokek senyum.
Masa dalam lif, aku siap terserempak dengan General Manager hotel lagi, dan dia dengan ramahnya menegur aku dan kawan-kawan. "You ladies are beautiful today." sambil bagi kadnama beliau. wahh! kembang setaman
Dia suruh bagi maklumbalas dan komen kalau ada apa-apa yang tak kena sepanjang kitorang duduk sini.
Dapat bunga segar, terhias cantik diatas meja. VIP sangat!

Air kolam yang kempunan mejamah tubuhku. ahakss
Lepas ini, aku review Klana Beach Resort, Port Dickson pula. Ada sesuatu istimewa dihotel itu yang tak akan jumpa dihotel lain.

Saturday, August 17, 2013

BB Cream yang best dipakai

Salam Syawal semua,

sedar tak sedar dah hari ke-10 umat Islam menyambut syawal.
Bagaimana sambutan raya korang?
Kuih raya habis makan dah?

Ok terus ke isi tajuk yang tertera..
kenal BB cream? pernah guna?
Sedikit perkongsian dari aku yang sememangnya pengguna BB cream.
Bagaimana memilih BB cream yang sesuai dengan muka kita..

Sebenarnya BB cream yang tak sesuai denga muka akan membuatkan muka jadi gatal dan berjerawat.
Dulu aku pernah cuba BB cream garnier ummi aku punya, lepas pakai keesokkannya muka jadi tak selesa. Jadi sebelum membeli tu eloklah tinjau dulu jenama bb cream yg disebut sebut orang. Mulakan dengan produk yang ada maklumbalas positif dari pengguna.

Ikut situasi aku, aku pilih BB cream simplysiti.. Biar mahal sikit asal berbaloi.
Berdasarkan testimoni pengguna memang cakap produk ini bagus. Sebab BB cream ni selain berfungsi menutup cela cela kat muka ia juga membantu merawat sel sel kulit kita yang rosak.
Beringatlah jangan mudah terpedaya dengan produk  BB cream yang menawarkan harga murah tapi kualiti kurang. Maksudnya hanya tujuan kosmetik sahaja bukan tujuan merawat.

BB cream simplysiti tak payah calit banyak banyak kat muka, tekstur dia tak cair meleleh dan tak pekat sangat.. cukup ringan bila nak diratakan keseluruh muka.
Best pakai tambah tambah bila cuaca panas sikit, muka kita akan nampak lagi flawless.

Dan BB cream ni juga sesuai untuk lelaki tahu. Dia bagi kita natural look dan tak ketara macam kita pakai bedak pun. 
nampak beza? tak ketara sangat kan, sebab tu dipanggil natural look.muehehe


Tuesday, February 5, 2013

Rebat RM200, pilihan telefon yang terbaik

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua..

Berapa ramai yang dah guna rebat RM200 untuk beli telefon pintar?
Apa pengalaman korang semua?
Aku pun berkira-kira mahu gunakan rebat tersebut untuk sambar satu telefon pintar.
Ada beberapa jenis model telefon yang menjadi target aku, iaitu model popular seperti iPhone 5, SG S3 & SG Note 2.
Haha
Namun itu semua angan-angan sahaja, harga model telefon pintar tersebut walaupun selepas direbat adalah masih diluar kemampuan aku.
Maka target aku beralih kepada Samsung Galaxy S3 Mini.

Pening-pening lagi.

Senarai baru telefon pintar untuk rebat RM200 beserta harganya sebelum rebat:

Rebat RM 200 untuk model Samsung


Rebat RM 200 untuk model HTC

Rebat RM 200 untuk model Sony


Rebat RM 200 untuk model lain-lain

Selepas rebat RM 200 untuk model Ninetechnology

Sunday, December 30, 2012

Penggunaan Bahasa yang Telus


Semasa bersiar-siar di blog rakan-rakan tadi, aku tertarik dengan seorang penulis blog ini. Beliau menulis menggunakan bahasa Melayu penuh. Beliau tidak menggunakan bahasa-bahasa rojak, mahupun bahasa pasar. Bertentangan dengan kebanyakan anak muda Melayu sekarang ini (termasuk aku). 

Apa yang membuatkan aku lagi kagum ialah penggunaan bahasa Melayu beliau sangat tertib malahan huraian isi kandungannya sangat telus. Dapat aku simpulkan juga walaupun beliau bukanlah seorang Melayu tulen, tapi penghormatannya terhadap bahasa tersebut sangat tinggi.

Ini membuatkan aku terfikir untuk jadi seperti beliau, bukan meniru tapi ingin mencontohi beliau dari segi  penggunaan bahasa Melayu dengan sebetulnya. Dalam catatan aku sebelum ini sebenarnya banyak penggunaan bahasa-bahasa pasar. Jika hari demi hari aku masih dengan gaya penulisan seperti itu, maka tidak mustahil lama-kelamaan aku tidak akan mampu  untuk menzahirkan sesuatu dengan bahasa Melayu dengan penuh tertib.

Walaupun menulis catatan di blog dengan bahasa Melayu seperti yang anda tengah baca sekarang kedengaran agak skema, tapi dapatkah anda selami betapa indahnya bahasa ibunda kita. Menulis seperti ini juga aku rasa seperti mengarang karangan semasa peperiksaan di sekolah dahulu. ~ Memang sekarang ini ada sedikit perasaan janggal, tapi terasa bersopan santun pula dan menunjukkan kematangan. Adakah dilihat begitu? [hehe]

Aku masih dalam proses percubaan. Walaupun usaha ini nampak kecil, impaknya akan besar suatu hari nanti. Percayalah.
Semoga istiqamah hendaknya.

Berbalik kepada penulis blog tadi, jika ada tertanya-tanya siapakah beliau? Mungkin boleh terjah ke Travelog Hort untuk berkenalan dengan lebih lanjut. 

Sunday, August 12, 2012

Hari raya adalah hari kutip duit

Dulu masa zaman aku budak-budak, orang bagi duit raya paling common dapat 20 sen, 50 sen. Bila dapat seringgit tu kira untung lah. kalau 5 ringgit ke atas, heaven!!
tapi zaman tu dah lama berlalu, budak-budak sekarang mana pandang dah nilai sen-sen. adapun yang bagi seringgit boleh lagi cakap hek eleh..
Yela, seringgit kalau beli gula-gula baru dapat beberapa biji je. Beli aiskrim baskin robbin pun tak lepas.

Kelakarnya bila time raya, rumah-rumah yang bagi duit raya paling banyak mesti kena serbu. Kes adik aku, lepas ziarah satu-satu rumah dia dengan kawan-kawan dia pasti akan berkumpul dan berbincang dan lepas tu promosi dekat kawan-kawan yang lain rumah mana yang paling banyak bagi duit raya..haha. Dari pagi sampai petang tak nampak batang hidung, sibuk duk mengumpul kekayaan katakan.
Time tu kalau bersalaman dengan budak dari kampung mana entah tak pelik la.
Kesimpulannya kegembiraan budak-budak adalah bergantung pada banyaknya duit raya mereka dapat. Semakin banyak duit semakin gembira!

~~Ohh mengimbau kenangan sambil berfikir nak mengisi angpau

Thursday, June 28, 2012

Belajar mekap smokey eye

Rentetan dari entri Belajar Mekap Siang hari tu, kali ni tunjuk pula gambar langkah demi langkah untuk mekap malam ataupun dinner. Dalam mekap malam tersebut aku telah diajar teknik smokey eye. 
Tentunya ramai yang suka nak buat smokey eye kan sebab caranya simple je tapi hasilnya mengagumkan!


 

1. Macam biasa lah lepas pakai foundation dan bedak, letak lagi bedak serbuk bawah mata untuk elakkan jadi comot lepas pakai eye shadow nanti.
Then, letak eye shadow warna putih pada seluruh bahagian kelopak mata dan sedikit aje pada bawah mata.

2. Lapiskan eye shadow warna hitam pada separuh dari kelopak mata tadi.

3. Hitam kena kasi terang

4. Lapiskan eye shadow warna gelap (cth: biru tua) ke seluruh kelopak mata. Blend-blendkan dengan warna hitam tadi. 

5. Lapiskan eye shadow warna cerah (cth: biru muda) pada bahagian atas warna gelap tadi. Blend-blendkan lagi. Letak eye shadow putih sebagai highlight kat  bawah kening.

6. Pakai liquid eyeliner kat atas mata

7. Hasil selepas hitam, biru gelap dan biru cerah digabungkan

8&9. Lukis, bentuk dan ratakan warna kening

10. Kepit bulu mata biar lentik, sebab nanti nak pakai bulu mata palsu. hehe.

11. Oh ya, pakai juga eye shadow ikut warna atas tadi pada bahagian bawah mata. tidak dilupa juga eyeliner 

12. Hasilnya!

13. Letak bulu mata palsu, then topup balik eyeliner atasnya

14. Mekapkan mata sebelah kiri plak.

15. Dengan efek bulu mata palsu segala bagai.  Amacam?



Nanti..
Kalau aku rajin aku tunjuk lagi pasal belajar mekap pengantin & mekap artis



Wednesday, June 20, 2012

Belajar Mekap Siang

Minggu lepas aku ada pergi bengkel mekap anjuran giatmara di bawah program Kursus Latihan 1 Malaysia.
Free aje. Alat mekap pun disediakan. Nota diberi. Just bawa diri.
Sijil juga akan diberi setelah tamat bengkel tu nanti.

Modul pertama bengkel tersebut adalah mekap untuk siang hari.
Mekap siang ni tak tebal sangat dan sesuai kalau nak pergi jalan-jalan, g kelas tak pun time kerja.

Macam biasa lah, kalau nak mekap benda asas yang perlu ada ialah foundation, bedak padat, naturactor, bedak serbuk, eye liner, eye shadow, maskara, pensil kening, lipgloss, gincu, pemerah pipi dan berus-berusnya.

Part penting masa mekap siang ni adalah bahagian mata. Lebih terserlah disitu..
Nampak senang je masa cikgu buat demo tapi bila buat sendiri susah jugak tau

 

Minggu depan belajar mekap untuk dinner plak.
InsyaAllah jika berkesempatan aku update gambar kat blog lagi


Thursday, May 24, 2012

Tolonglah muncul dimataku..

Selamat pagi semua..
Pagi ni rasa macam taktau nak start keje dari mana
Alih-alih aku buka blog dulu..lama dah tak update rasanya.

Sehari dua ni aku tak ingat letak satu benda ni..senang cerita hilanglah.
Kat ofis aku cari, kat rumah cari tapi tak jumpa-jumpa jugak.
Heran aku..neves pun ada sebab benda tu adalah yang bos aku kasi, skru driver yang smart punya. Dah la tu satu-satunya skru driver yang aku ada untuk buka alat yang aku guna sekarang ni.
Dulu aku penah hilangkan pendrive yang dia kasi gak, tercicir kat mana ntah.
Nanti kena cop muka hilangkan barang kan plak. hAdoiii

Bab-bab pemberian orang ni aku jaga betul.
Tak kiralah mahal ke murah kecik ke besar.
Pantang aku tengok jenis orang yang tak menghargai pemberian orang ni. Sama jugak lah konsepnya macam orang yang tak reti bersyukur.
Contoh terdekat ialah spesis orang yang makan membazir..Rezeki Allah bagi dia buat sambil lewa ja..Ye dak

Gambar cilok dari google, tapi yang aku punya memang sebijik macam ni. Kalo jumpa tolong bagi balik
Apa perasaan kau kalau kau beri benda kat orang, orang tu senang-senang je buat tak endah takpun buang terus??

Sekian.


~Harap kau muncul lah segera!

Friday, March 2, 2012

Bila nak tukar mykad baru

Dah tukar belum mykad baru?

Aku belum..
Mykad aku yang ada sekarang ni lama benar, sejak dari tingkatan 3 lagi. Gambar kat mykad tu sangat berbeza dengan wajah zaman sekarang. Memang lain sangat, bila member-member tengok mykad aku mesti bantai gelak.

Sebagai menyahut galakan kerajaan memang aku akan tukar, cuma asyik bertangguh je.
Perasan sibuk~

Kelebihan MYKAD Baru 2012
  • MyKad yang berstruktur baru memiliki reka bentuk dan ciri-ciri keselamatan seperti diperbuat daripada bahan polikarbonat yang lebih bertahan dan menggunakan cip baru yang lebih bertahan.
  • MyKad baru mempunyai “ghost image” yang menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad bagi mengelakkan pemalsuan berlaku
  • Tidak mudah rosak dan ia dapat mengatasi masalah berkaitan kualiti dan ketahanan MyKad termasuk kualiti cip yang sering dibangkitkan akhir-akhir ini.
  • MyKad dengan teknologi terkini dan ia memperkukuhkan daya lekatan antara lapisan cetakan dengan “overlay” dengan reka bentuk yang ditambahbaik.

Takde Awek Yang Tak Suka Lelaki Romantis

Entri ini ditulis setelah mendapati tahap kecemburuan aku muncul mendadak apabila salah seorang daripada housemate aku mendapat 3 kuntum mawar merah, sebiji kek cappucino yang kiut dan sebuah mug yang tertulis perkataan 'cinta kita akan semakin mekar seiring dengan masa'. Itu semua adalah hadiah yang diterimanya daripada seorang lelaki.
Woaaaa! sape tak jelees
Pasti mana-mana perempuan yang berdepan dengan situasi ni akan merasa cemburu dan akan berkeinginan untuk perolehi semua itu. Walhal perempuan yang punya pakwe pasti akan membanding-bandingkan sifat pakwenya dengan lelaki itu.

Mungkin tip ini sesuai untuk lelaki di luar sana,
Tak hensem tak apa asalkan romantis..memang boleh buat perempuan cair der.hehe
Oh ya, romantis bukan terhad pada bagi benda je...

Sunday, January 15, 2012

Diriku Disunting

Selamat hari Ahad semua.
Setelah sekian lama menyepi, hari ni terdetik nak update blog pulak. Entri pulak pasal hal diri sendiri, janggal pula rasanya nak menaip.

Tajuk memang tak bleh blah..ayat macam ada orang masuk meminang je. Jangan salah sangka semua, diri ini belum teruja lagi untuk menamatkan zaman bujang. ha ha

Teringat status facebook seorang member semalam, "mana lebih menakutkan? unemployed or jadi andartu?"
Killer punya soalan. Dua-dua menakutkan. Dua-dua pressure.
Unemployed mungkin boleh diterima lagi kot bagi aku, takde kerja boleh menempel celah ketiak mak bapak..erkk, sampai diorang rasa menyampah?
Kalau andartu? tak sanggup rasanya. Hidup lebih tertekan kot. Dulu ada juga cikgu-cikgu sekolah dari kalangan andartu. Memang diorang serius dan garang sangat. Bila borak-borak dengan member n bergosip kenapa cikgu tu garang sangat, mesti akan keluar ayat cikgu tu pressure sebab umur dah lanjut tapi tak kahwin-kahwin lagi.
Adakah perempuan andartu dicop garang atau sebaliknya?

Kalo unemployed andartu?? ini kes KEJAM! minta-minta dijauhkan lah kan.

By the way,
Sekarang ni aku dah boleh rasa lega, unemployed sudah tiada dalam kamus hidup aku. Minggu lepas diri ini telah disunting oleh sebuah agensi kerajaan untuk kerja dengan diorang. Suka lah kan setelah hampir 6 bulan unemployed. Tambahan pula agensi tu memang idaman aku masa tengah belajar lagi. Tak sangka doa dimakbulkan. Rasa bersyukur sangat..

Masa tengah menganggur tu memang rasa stress sangat. Nak kata tak usaha tu tipu lah kan kalau bangun tidur tak basuh muka terus buka laptop google kerja kosong. Sebelum tidur google lagi. Time makan pun duk google lagi. Nasib dalam jamban tak angkut laptop skali.
Mujur ada juga member yang berkongsi rasa yang sama, tak ada lah diri ni stress sangat.

to be cont...

p/s:
~ Suntingan pertama sudah beres, ternanti-nanti 'suntingan kedua' pula. ha ha crazyyouuuu
~ Buat member-member yang masih mencari tu jangan putus harapan, teruskan mencari! Dengan izin Allah tiada yang mustahil.Yang pasti rezeki itu ada, cepat atau lambat je.

Saturday, December 17, 2011

Impian Termakbul

Tak sangka betul rezeki kali ni. Termakbul juga keinginan aku. 
Semalam baru aku post entri Nak Lagi Bubur Asyura
Alih-alih petang tadi jiran sebelah rumah datang bagi bubur asyura.
Budak kecik yang aku panggil Na datang ketuk pintu, terus bagi mende ni.
Tak sempat nak cakap terima kasih dia dah pecut pergi. aishh laju betul..

Ke jiran aku ada baca blog ni.  Kesian kot tengok entri aku macam orang kempunan. Maka dimasaknya satu kawah bubur asyura. hehe
Bubur asyura diorang buat ni sangat sedap. Satu famili aku habis duk puji2.
Thank you Allah diatas nikmat ini.

Monday, October 31, 2011

Kisah kambing

Aku ada pelihara sekor kambing ni. Hensem punyaa. Walaupun kambing tu betina, tapi rupa tidak dapat diklasifikasikan sebagai lawa.
Baru-baru ni dia dah lahirkan sekor anak. Pun betina jugak. Aku nak namakan nama anak dia tu Jonathan. Tak kisah la dia tu betina.

Ini bukan jonathan. jonathan sempat melarikan diri ketika pic di snap

Jonathan ni kira pengganti la, sebab minggu lepas-lepas 2 ekor kambing famili aku mati. Seekor mati mengejut, seekor lagi mati kena sembelih. Terpaksa sembelih sebab yang sekor tu pun sakit jugak. Walaupun Doktor Aziz dah bagi injection yang berharga 4 ringgit, kambing tu tetap lemah jugak. Makan tak lalu, tak bleh jalan..last-last terpaksa sembelih. Binatang ni kalau dah sakit susah nak survive kan.

Sekarang ni kambing famili aku ada soploh ekor, campur hak milik adik-adik, abah atok n abang. So kalau sesape berminat nak beli boleh contact aku directly. Harga boleh nego. hehee

~Saranan untuk anda, belalah kambing. Sedap dijadikan lauk. Mudah jugak membiak. Sesuai untuk akikah.
Boleh juga dibelai-belai seperti kucing..kuikuikui


Sunday, September 25, 2011

Fobia Konvo

Apa silapnya, konvo aku tahun ni terpalit sedikit kedukaan seperti tahun lepas. Kereta abah rosak lagi semasa dalam perjalanan pulang ke rumah. Kejadian sama berlaku masa pulang dr majlis konvo abang aku tahun lepas. Dugaan..dugaan.

Aku dah fobia dengan majlis konvokesyen2 ni. Lepas ni tak pegi dah

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Papepun Tahniah buat diri sendiri dan juga kengkawan yg dah graduate tahun ni. Yang belum graduate tu, sabar ya. Teruskan perjuangan anda n enjoy puas2 kehidupan sebagai seorang pelajar =D


with my lovely girlfriends

Thursday, September 15, 2011

Oliver Green in Project Runway S9

Project Runway..Siri tv yang sentiasa aku nanti-nantikan kemunculannya. Minat terhadap siri ini dah lama, cuma kekadang tak berpeluang untuk sentiasa untuk menonton dari season awal lagi.
Dalam rancangan ni, mempamerkan pereka-pereka fesyen yang hebat-hebat belaka. Mereka yang dinamik, kreatif dan mampu berfikir di luar kotak bagiku.
Oliver Green merupakan feveret aku dalam season 9..Dia memang hebat! Sangat berbakat.Selayaknya untuk menjadi finalist nanti. Umurnya baru 22, biarpun peserta termuda namun idea rekaannya memang mengagumkan.

Layan aje antara rekaan Ollie:


 


Nak tengok Project Runway S9 jugak?? KLIK SINI















 p/s: cakap omputeh dia pelat ler..huuu 

Wednesday, June 29, 2011

Kopitiam di Kampung Boleh Jalan ke?

Lama dah tak update blog..komen2 pun tak terbalas. Maaf =)
Lepas ni ya..


Bila dah masuk alam pekerjaan ni masa amat mencemburui. Bila buka blog sempat view je, tak sempat la nak update entri.

Kali ni entri nak mitak pendapat member2 semua..
Rasa2 perniagaan apa yang sesuai sekarang ni, yang menarik hati pembeli..
Nak buka kedai la ni, kat Jeli ni baru nak membangun..ada tiga kampus dalam proses nak siap. Tu yang rasa elok benar kalau buka kedai.

Dalam kepala tengah fikir kedai buku n kopitiam..kat sini takde lagi kedai tu sume. Erkk kopitiam?? nonsense! maklum la kat sini majoriti penduduknya berpendapatan rendah..

ini boleh kaa


p/s: Semangat nak jadi usahawan berjaya berkobar-kobar, tapi otak blurr

Monday, May 2, 2011

Edisi Skodeng: Ketika Kursus Kawin

Pertama sekali kalau ada yang tertanya-tanya bila aku nak langsung majlis, boleh dapatkan jawapan di entri INI.
HAHAHAHA
Dalam entri ni nak cerita benda yang aku skodeng dan terskodeng masa g kursus kawin hari tu.

Sepanjang duk kursus pra-nikah selama 2 hari tu banyak benda aku dapat. Sejujurnya, aku asyik termengantuk je setiap slot. TERMENGANTUK, sampai part-part lawak gilakk pun aku tak mampu nak gelak.  Suasana kat sana berbeza sket, mungkin sebab peserta-pesertanya punya latar belakang dan peringkat umur yang berlainan. Variasi perangai pun pelbagai. Dulu ada jugak kampus aku anjurkan kursus ni, tapi tak minat nak join sebab masa tu rasa muda lagi.
Sekarang ni nak nikah kena buat ujian saringan HIV/AIDS dulu..sah untuk 6 bulan sahaja ya

Tempat yang aku kursus ni kat dewan masjid dot dot dot. Peserta paling muda umur 15 tahun dan ada yang 16 tahun 3 4 orang.. muda gilakk. Aku memang stalk abis la maklumat peserta lain masa nak sain borang kehadiran tu. Curiosity beb bukannya busybody..ahakss. Pastu aku perhati lagi keadaan sekeliling, tiba-tiba terpandang sorang hamba Allah ni.. mak aihh perut dah muncit..belum nikah dah muncit, apalah 'rahsianyaa'. Nak je aku g tanya kenapa jadi camtu..tapi terbantut, akal masih waras lagi..lagipun 
masa lunch tu aku tengok dia santap berpinggan-pinggan nasik. Itulah la kot rahsianya..ahakss.

 ini gambar makan spageti
Harap-harap bakal isterinya tahu nak menjaga perut lelaki tu nanti. Dan semoga berbahagia untuk pasangan yang aku tak kenal namanya, sweet ah tengok korang..

Sambung lagi, masa nak balik aku sempat jeling-jeling lagi keadaan sekeliling, maka terlekatlah mata aku kat merpati dua sejoli ni.  Balik naik motor sama-sama..romantik gitu.  Bakal suami tunggu bakal isteri luar pagar masjid, takut-takut ustaz  nampak lah tu. Atas motor peluk-peluk, nanti jatuh..kononnya la.
Baru je ustaz pesan jangan begitu jangan begini. Tahu la dah nak kawin..bajet dah halal, ini baru sijil kursus pra-perkahwinan bukan sijil nikah.

p/s:
1. Pegi kursus kawin sebab nak isi masa lapang.
2. Peserta lelaki mengadu tak cukup makanan. 
3. Pompuan yg muncit bawa baby pun ada juga masa tu sebenarnya.
4. Lembab sangat aku makan, orang dah solat baru nak terhegeh-hegeh


::TERIMA KASIH SUDI BACA::

Saturday, April 30, 2011

Hot

Bangun pagi-pagi dah rasa hot, malam-malam lagi lah hot. SUPER HOT.
Duduk dalam bilik pun aku rasa hot, nak buka tingkap luas-luas aku takut orang ternampak aku yang tengah hot ni. Walaupun pancaran matahari kurang, aku tetap rasa hot. Kelajuan kipas no 5 pun tak mampu nak atasi kehottan aku ni. 
Cuaca sangat hot lah sekarang ni. Rasa belengas sepanjang masa. Rasa nak berhijrah ke kutub utara je.

Oleh itu mari kita amalkan tip-tip mengurangkan kesan kesihatan akibat daripada cuaca panas:
  • Minum dengan banyak, tanpa mengira tahap aktiviti anda. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
  • Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
  • Berada di dalam rumah dan bangunan
  • Hadkan aktiviti luar
  • Berehat dengan kerap
  • Mandi atau buka kipas angin untuk meyejukkan badan anda
  • Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
  • Pakai topi atau payung yang besar semasa keluar rumah. 
Jangan/tak perlu:
  • Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol atau kandungan gula yang tinggi.
  • Membiarkan seseorang di dalam kereta yang bertutup.
  • Bersenam dalam cuaca panas.
Sedut dari : http://www.myhealth.gov.my

p/s: aku tau la neraka tu lagi hot

Wednesday, April 13, 2011

Sedikit Terasa Hati

Aku ni kan kadang-kadang sensitip jugak.


Terasa hati la jugak bila saya komen kat entri awak tapi awak tak balas pun komen tu.
Komen saya je yang tak dibalas, komen orang lain awak balas..Ada la jugak sorang dua lagi yang terima nasib macam aku..Walhal ada yang komen berbentuk pertanyaan..kalo setakat yang komen hai2 bai2 takpelah jugak tak layan. Nak kata komen kat entri tu banyak bebenor sampai tak terlayan takde lah sangat..komen seciput lebih kurang macam blog aku je pun.
Tak mesra lah awak ni..

hah..nak kata aku terlampau ke..benda kecik pun nak amik hati. Mestilah.
Nampak tak penting, tapi dari hal macamni lah hubungan sesama blogger dimantapkan..huu
Sekali orang lain pun terasa macam aku macamna, lingkup baru tahu.


p/s: Apalah sangat aku ni.

::TERIMA KASIH SUDI BACA::