Sempena nak raya ni mesti ramai yang berpusu-pusu nak pulang ke kampung kan. Masa tu jalan konfem jem punya, nak-nak laluan KL-Kelantan. Kat sini aku nak kongsikan beberapa tips nak harungi jem panjang serta lama ni.
- Sediakan botol kosong dan air minuman serta makanan yang mencukupi
- Pastikan aircond dalam keadaan baik
- Yang pakai Android tu install Plus Toll Rate, takpun pakai Waze. Dalam tu semua live update, boleh standby bab info trafik
- Matikan enjin / tutup aircond sekiranya betul-betul keadaan kereta tak bergerak langsung, kalo tak nanti over heat. Senang cerita, kurangkan pasang aircond time jem ni
- Standby lagu-lagu best, time jem boleh layan. Siap sedia topik borak dengan penumpang, sedikit sebanyak kurang rasa penat dan ngantuk
- Minyak isi biar penuh, nanti tak payah susah nak tolak kereta
- Sebelum bergerak buka website macam ni, http://llmtrafik.gov.my/ tengok keadaan semasa trafik di sesetengah highway
- Jangan guna laluan kecemasan, biar lambat asal selamat. Kalau dah accident lagi lama masa diambil untuk repair kereta..tu pun kalau tak teruk
- Bertolak pada malam atau pagi, awal pagi jam 2-3 ke
- Cuba laluan alternatif. Beli GPS, cuba cari laluan alternatif. Guna jalan lama ke, selalu jarang orang lalu.
- Bawa kereta kecil macam kelisa, viva, kancil..senang nak cilok-cilok
- Pakai kereta auto, nanti tak payah susah-susah tukar gear.
- Naik motosikal
- Baca doa naik kereta dan elak bala
- Bebanyak bersabar dan berzikir