Pages

Friday, January 16, 2015

Prosedur Memasang Papan Tanda Iklan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,

Berikutan baru-baru ini syarikat tempat aku bekerja hendak memasang papan tanda iklan (signboard) pada bangunannya, maka aku dipertanggunjawabkan untuk menguruskan hal tersebut.

Perkara pertama yang aku perlu lakukan adalah meninjau harga papan iklan tersebut.
Tinjau sahaja maklumat mereka di Google, kemudian terus call untuk dapatkan senarai harga.
Purata harga yang aku dapat adalah dalam RM 2100++ untuk papan tanda iklan berlampu, manakala papan tanda iklan biasa ada la dalam RM 1700++, ada yang lagi murah adalah buat papan tanda iklan yang macam sepanduk (banner) tapi yang ini mampu bertahun 2 3 tahun je lah. Harga tu semua dah termasuk kos pemasangan dan rekabentuk bagi saiz papan iklan 20x4 kaki persegi. Saiz lagi besar lagi mahal lah bayarannya.

Proses seterusnya aku perlu ke majlis perbandaran untuk dapatkan permit pasang papan tanda iklan. Di majlis perbandaran diorang akan bagi 1 borang iaitu BORANG PERMOHONAN LESEN TRED, PERNIAGAAN DAN PERINDUSTRIAN. Dalam borang itu dokumen pada senarai 1 hingga 13 diminta, jadi baik sediakan awal-awal supaya korang tak perlu berulang alik ke majlis perbandaran. Jika dokumen kita lengkap diorang akan proses dan tunggulah permohonan permit selesai dalam 1 minggu.

Setelah mendapat kelulusan dari majlis perbandaran barulah pihak kedai boleh terus buat papan tanda iklan kita dan pasangkan.

Diharap pengalaman aku ini dapat membantu anda.