Pages

Wednesday, January 22, 2020

orang baik baik


dikelilingi oleh orang baik baik merupakan satu rezeki. Alhamdulillah.. 

aku ada menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan, Alhamdulillah semua customer orang baik-baik. 

hari yang buruk boleh menjadi Ceria ke Kita dipertemukan dengan orang yang baik-baik.

Marilah kita sama-sama menjadi orang yang baik baik..

Monday, November 18, 2019

Pengalaman guna baby carseat Little One

Beberapa bulan lepas aku telah beli satu car seat untuk anak aku yang berumur 4 bulan.
Pilihan aku ialah jenama Little One, car seat ni aku beli secara online.
Pembelian kali ini agak terburu-buru tanpa kajian yang mendalam. Sebabnya nak guna segera, bajet time tu pulak ciput..

Mengikut keterangan yang ditulis dilaman online tersebut, ciri-ciri car seat ni agak baik (rujuk gambar bawah) dan harganya pula agak murah iaitu RM89.00. Orang yang beli pun ramai.. maka aku rasa ini adalah pilihan yang betul.


Bagaimanapun... Car seat little one ni, bagi aku tak cukup selamat..first impression apabila barang ni sampai ialah bodynya. Body plastiknya macam plastik baldi pun ada..ringan memang ringan.
Lepas aku beli ni baru pula ternampak seorang hamba Allah bagi review yang body car seat dia pecah sedikit semasa proses penghantaran. Bayangkanlah masa pos pun macam ni jadinya, apatah nanti bila berlaku kemalangan..
Walaupun ditawarkan  1 to 1 exchange semasa dalam tempoh waranti, adakah anda rasa berbaloi ?
Fabriknya pula biasa-biasa sahaja, jadi tak boleh komen lebih sebab padan dengan harga murahnya.

Tujuan kita beli carseat ni bukan sahaja untuk mudah letak anak tapi nak melindungi anak dari sebarang risiko dan bahaya andai kata berlaku insiden or kemalangan.
Nasihat aku korang peruntukkan lebih bajet korang dan beli carseat berkualiti. janganlah terburu-buru macam aku.

Jadi aku agak menyesal dengan pembelian kali ini dan telah menukar baru car seat anak aku. Car seat yang ni boleh la buat cradle anak kat rumah..

Sekian.








Tuesday, July 21, 2015

Kisah Sebenar: Penipuan di Lowyat

Apabila baru-baru ini gempar kes gaduh besar yang berlaku di plaza Lowyat hingga hampir membuatkan perbalahan kaum, aku ada kisah sendiri bagaimana ditipu masa beli smartphone di sana.

Masa tu aku, adik dan adik ipar pergi Lowyat sebab adik aku nak beli smartphone baru. Target adalah smartphone Samsung Galaxy Mega, survey punya survey jumpa satu kedai ni yang offer harga paling rendah. Selepas deal kitorang pun jadi la nak angkat smartphone tu, so seller tu minta la RM50 sebagai deposit sebab dia nanti nak pergi amik stok kat stor (ke stokis lain, aku tak sure). Bila barang sampai, seller bagitahu harga dia beritahu awal-awal tadi (RM1200) adalah harga 2 tahun lepas untuk set lama, harga sekarang RM1300 lebih yang mana kitorang kena tambah duit dalam seratus lebih lagi. GILA!

Kemudian seller tu sambung lagi dan cakap yang tu harga untuk AP set, kalau yang original harga RM1400 lebih (lagi mahal dari kedai yang kitorang survey sebelum ni). Bertambah BENGANG aku.. ikutkan hati aku memang nak blah je camtu biarlah burn duit deposit RM50 tadi. Tapi aku serahkan pada adik aku untuk buat keputusan sebab dia yang nak beli phone tu, dia kata ambil lah sebab penat dah kot jalan dan survey dari tadi. OK! Redha jelah

Itu satu hal pasal harga, satu hal lagi pasal warna. Masa deal kitorang minta phone warna putih, kemudian yang sampai phone warna hitam. Bila tanya kenapa warna lain, seller tu cakap tadi U minta warna hitam la, “Apahal pulak hitam, I minta putih U tu yang silap dengar!! Ni adik-adik I bleh jadi saksi yang I cakap nak phone warna putih!”, naik satu oktaf suara aku. Dan-dan dia cakap stok warna putih dah habis. Kitorang tahu la dia tu malas nak pergi ulang-alik naik lif semula. Berganda-ganda BENGANG aku. Sampai situ aku serahkan pada adik aku dan suami dia untuk buat keputusan nak beli ke tak, aku blah ke tepi malas nak hadap dah muka seller cina tu.

Rugi sebab ramai pembeli boikot
p/s: Kisah berlaku setahun lepas, terdapat perbezaan harga pasaran smartphone dengan sekarang. Itu last aku beli phone kat Lowyat, peniaga penipu tak kira apa bangsa dan agama memang patut kena boikot. Malangnya tiap kali aku kena tipu seperti kes beli phone, tinted kereta, repair kereta dll mesti terkena dengan cina. Begitu juga bila dengar kes orang lain pun mesti terkena dengan peniaga cina, jadi makin SINONIM peniaga CINA ni banyak PENIPU.