Pages

Friday, January 16, 2015

Prosedur Memasang Papan Tanda Iklan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,

Berikutan baru-baru ini syarikat tempat aku bekerja hendak memasang papan tanda iklan (signboard) pada bangunannya, maka aku dipertanggunjawabkan untuk menguruskan hal tersebut.

Perkara pertama yang aku perlu lakukan adalah meninjau harga papan iklan tersebut.
Tinjau sahaja maklumat mereka di Google, kemudian terus call untuk dapatkan senarai harga.
Purata harga yang aku dapat adalah dalam RM 2100++ untuk papan tanda iklan berlampu, manakala papan tanda iklan biasa ada la dalam RM 1700++, ada yang lagi murah adalah buat papan tanda iklan yang macam sepanduk (banner) tapi yang ini mampu bertahun 2 3 tahun je lah. Harga tu semua dah termasuk kos pemasangan dan rekabentuk bagi saiz papan iklan 20x4 kaki persegi. Saiz lagi besar lagi mahal lah bayarannya.

Proses seterusnya aku perlu ke majlis perbandaran untuk dapatkan permit pasang papan tanda iklan. Di majlis perbandaran diorang akan bagi 1 borang iaitu BORANG PERMOHONAN LESEN TRED, PERNIAGAAN DAN PERINDUSTRIAN. Dalam borang itu dokumen pada senarai 1 hingga 13 diminta, jadi baik sediakan awal-awal supaya korang tak perlu berulang alik ke majlis perbandaran. Jika dokumen kita lengkap diorang akan proses dan tunggulah permohonan permit selesai dalam 1 minggu.

Setelah mendapat kelulusan dari majlis perbandaran barulah pihak kedai boleh terus buat papan tanda iklan kita dan pasangkan.

Diharap pengalaman aku ini dapat membantu anda.


Lagi Duit Masuk Dengan Survey Berbayar Ipanelonline

Syukur Alhamdulillah..

Walaupun tidaklah banyak mana duit yang dapat, tapi inilah hasil daripada duduk saja2 main internet!


Aku dah gunakan khidmat ipanelonline ini hampir 2 tahun sudah, ternyata syarikat tersebut memang berlaku jujur pada para pelanggannya dan tak pernah sesekali pun tebusan mata aku hasil daripada menjawab tinjauan (survey) online tidak dibayar.

Rujuk pos aku yang terdahulu untuk lihat berapa banyak hasil yang telah berjaya aku kumpulkan:
Menambah Duit Dengan Menjawab Survey

Tunggu apa lagi, kalau nak buat duit juga pergi cepat daftar ataupun klik je SINI dan rajin-rajinkan diri anda menjawab survey yang ada.


Tuesday, April 15, 2014

Buat Panggilan ke Extension Secara Automatik di iPhone

Copy&Paste

Memanggil nombor telefon dikendalikan oleh pengendali automatik boleh membuatkan kita menunggu lama. Biasanya suara pada hujung menyenaraikan pilihan untuk pengguna pilih sebelum sampai kepada orang yang kita kehendaki.

Berikut adalah cara licik untuk melepaskan diri daripada mesin dan terus kepada orang yang kita kehendaki jika kita tahu nombor 'extension' orang tersebut.

1. Katakanlah anda menelefon kawan di syarikat dengan nombor telefon 234-5678. Extension rakan anda adalah 9101. Masukkan dulu nombor telefon yang asal.

2. Pegang jari anda pada butang * sehingga koma muncul. Ini dikenali dalam telefon sebagai tanda 'pause'.

3. Masukkan nombor extension dan tekan call.

Koma yang anda masukkan akan mengarahkan iPhone anda untuk pertama memanggil nombor utama, dan kemudian dail sambungan tersebut. Maksudnya anda tidak perlu mendengar balasan dari operator atau mesin penerima panggilan.