Pages

Thursday, March 31, 2011

Anak Dengan Bapa Sama Je

Ini kisah aku dengan abah, orang yang tak baca arahan sebelum buat sesuatu. Sila jangan jadi macam kami :D

Kisah abah aku,
balik je dari kebun terus buka peti ais, sebab penat kan. Pastu nampak botol air ribenna dalam tu, yang adik aku baru beli. Pertama kali beli yang dalam botol besar macam tu. Abah aku apa lagi, nampak air cam sedap je terus tuang dalam gelas dan teguk. Minum seteguk, muka berkerut..rasa pedih dalam tekak, rasa masam bukan kemain.
>> Sebenarnya..itu bes minuman la abah..nak minum kena campur dengan air dulu.
Itulah lorat sangat :D ngeh3

Kisah aku plak,
Pertama kali guna downy. Downy si pelembut pakaian yang berbau wangi tu.
Lepas basuh kain, siap bilas semua tu aku letak la downy. Tapi sebab rajin sangat, lepas taruk downy tu aku g bilas sekali lagi.
Amacam ?? Macam tak ada guna je letak downy pastu bilas balik.
Ruginya rasa.

 Ini downy

Lain kali baca dulu arahan sebelum guna.

p/s: kekadang baca arahan pun tak faham jugak :D
Like father, like daughter