Rasanya persoalan ini timbul masa aku kecil lagi, cuma sekarang baru rajin nak mencari jawapannya :D
Kenapa ya bunga raya? kenapa tidak bunga lain
Hibiscus rosa-sinensis
Secara amnya, ketika pemilihan Bunga Kebangsaan ni terdapat 7 cadangan bunga iaitu Kenanga, Melur, Teratai, Mawar, Cempaka, Bunga Tanjung dan Bunga Raya. Kemudian untuk pemilihan bunga mana yang layak, satu kajian pada orang ramai telah dibuat. Hasilnya, penduduk Pantai Timur memilih bunga mawar manakala penduduk Pantai Barat memilih bunga melur.
Akhirnya, kerajaan buat keputusan pilih bunga raya. Antara sebabnya, bunga raya sememangnya terkenal di seluruh negara, warna menarik, bentuk unik, nama diguna pakai pun sama dan semestinya bukan simbolik bunga kebangsaan mana-mana negara lain masa tu. Kriteria pada bunga raya ni kemudiannya dilambangkan mengikut perkara tertentu.