Pages

Sunday, March 20, 2011

Santan Sawit Dalam Masakan

Pernah dengar santan yang dihasilkan daripada kelapa sawit? 
Aku baru tahu hari ni..ahakss..memang ketinggalan lah. 
Dekat Kosmo! tahun lepas ada keluar artikel pasal benda ni.


Sebenarnya santan sawit ni telah dikomersialkan bertahun-tahun lepas lagi, setelah penghasilan mendapat pengiktirafan pada tahun 1998.
Santan ni dikatakan setanding santan kelapa dari segi rasa dan rupa, malah mempunyai pelbagai khasiat, termasuk kandungan lemak tepu yang rendah dan lebih tahan lama. 
Walaupun harga dia agak mahal dari santan biasa, tapi penggunaanya lebih jimat sebab kandungannya lagi pekat. Ada la dalam 4 ringgit lebih sepaket. Berbaloi la kot dengan proses penghasilannya yang rumit.


Satu alternatif yang bagus kan, tambahan pula kemelut kelapa semakin bertambah sekarang ni.   
Lagipun produk ni masih lagi dianggap baru, jadi kurang persaingan. Dari sini bolehlah peniaga mengambil peluang untuk menjana pendapatan kan.
Setakat ni yang aku tahu pengeluar besar produk ni berjenama Khalis jela.




p/s: aku masih lagi pengguna setia santan kelapa yg segar dari ladang tu.