Pages

Friday, January 25, 2013

Zain dan Ersalina bila nak berbaik

Aku agak ramai yang ikuti drama Setia Hujung Nyawa slot Akasia di TV3
Apa korang rasa tentang drama itu?
Poster drama

Sebelum itu aku ceritakan secara ringkas sipnosis drama tersebut.
Drama adaptasi dari novel Setia Hujung Nyawa karya Fatin Nabila mengisahkan Zain (hero) yang disatukan dalam ikatan perkahwinan dengan Ersalina (heroin) demi menjaga maruah keluarga masing-masing.
Muka depan novel

Sebelum kahwin, diorang tak pernah kenal baik..adapun masa bertembung pasal kes kasut dan ais krim sahaja. Namun, dalam meniti kehidupan rumah tangga dan belajar untuk mencintai antara satu lain, timbul dugaan apabila Ersalina di dapati keguguran kandungan, biarpun Zain Hakimi tidak pernah menyentuhnya. Daripada sinilah konflik bermula..

Sekarang aku luahkan pula apa yang rasa mengenai drama tersebut,
Dulu sangat best, pada awal-awal cerita yang bahagian diorang baru kahwin, aku rasa Zain dan Ersalina adalah sangat comel dan nakal-nakal. Memang sentiasa ternanti-nanti lah kan episod seterusnya, ketagihan mungkin. Namun sekarang ini aku sudah naik bosan dengan babak pergaduhan (setelah Zain mengetahui Ersalina mengandung anak orang lain) mereka yang meleret-leret hingga banyak episod, agak hambar.
Kenapa meleret? Sebabnya,  apabila aku terlepas 1 2 episod tersebut aku masih lagi boleh faham jalan ceritanya. Tiada perkembangan..tak rugi kalau tak tengok. hehee
Berbanding awal-awal cerita, apabila terlepas 1 2 epsiod pasti akan tertanya-tanya apa yang terjadi sebelum ini..rugi tak tengok.

Walaupun perkembangan cerita agak hambar aku masih ternanti-nanti juga apa yang bakal terjadi pada Zain dan Ersalina. hehee..maaf jika tulis tak serupa bikin.

Jika menurut novelnya,  selepas mereka berbulan madu yang tak berapa nak madu (kat TV bahagian ini dah lepas), Zain dapat menerima Ersalina sebagai isterinya, mereka pun berbaik semula. Lepas itu, muncul konflik besar-besaran apabila Zain terlibat dalam kemalangan dan koma selama sebulan. Sedar-sedar dari koma, mummy Zain minta dia ceraikan Ersalina. Rupa-rupanya mummy Zain sudah terdengar perbualan Hady (kawan Zain) dan Ersalina tentang Ersalina yang bukan dara sebelum kahwin. Kemudian Zain cuba dijodohkan dengan Erniza.  Malangnya, sangkaan mummy Zain konon-kononya anak dia ditipu keluarga Ersalina salah sama sekali. Bila dicungkil sejarah hitam Zain, dia sebenarnya sudah tak teruna juga. Zain pernah meniduri Ekin (bekas tunangnya).
Sama-sama padan akhirnya.

Tapi itu cerita dalam novelnya, kat TV mungkin sama mungkin juga berbeza.

Apapun aku suka tagline drama tersebut yang berbunyi:
Tiada insan yang suci yang tidak mempunyai masa lampau,
Tiada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan

Lagi pendapat aku tentang slot Akasia sebelum-sebelum ini:
  • Drama Dejavu Di Kinabalu. best!
  • Atas Nama Cinta Vs Spring Waltz