Monday, February 27, 2012

Atas Nama Cinta Vs Spring Waltz

Korang layan tak drama melayu Atas Nama Cinta pukul 7 kat TV3 tu? Boleh tahan jugak lah ceritanya. Bagi aku cerita tu sedikit sebanyak ada persamaan dengan drama korea Spring Waltz.
Jalan cerita dua2 cerita tu tak lari mana pun. Kebetulan atau sengaja kah?

Atas Nama Cinta
- Hero: Ghazali, Heroin: Cinta
Spring Waltz (disiarkan pada Mac 2006)
- Hero: Jae Ha, Heroin: Eun Young




Jom tengok kat mana samanya,
Hero dan heroin dalam kedua-dua cerita ni mula berkawan sejak kecil lagi.  Perkenalan mereka bermula apabila ayah si hero bawa dia pulang ke kampung untuk lari daripada ahlong2.
Latar belakang kedua-dua cerita kebanyakkan adalah pantai dan laut.

Heroin2 ada penyakit kronik masa kecik. Dua2 sakit jantung kot, tak brape ingat plak.
Ayah hero2 dalam cerita melayu dan korea dua2 kaki judi..dan banyak hutang piutang.
Heroin2 suka kumpul kulit kerang dan ada bagi hadiah kulit kerang kat hero2 masa kecik.

Hero2 dijadikan anak angkat oleh sebuah keluarga kaya lalu berhijrah ke luar negara.
Sebelum berangkat ke luar negara, ayah angkat hero2 tipu hero2 yang heroinnya dah meninggal sebab penyakit kronik tu. Dalam cerita Atas Nama Cinta negara yang diorang pergi ialah Australia, dalam cerita Spring Waltz pulak negara Austria..huhu, dekat2 je kan.

So bila diorang dah besar, hero dan heroin kedua-dua cerita akan bertemu kembali kat negara tersebut. Masa ni akan keluar semula bibit percintaan antara si hero dan heroin.
Masa kat luar negara hero2 belajar main alat muzik dan menjadi agak femes jugak.
Bezanya, Jae Ha main piano manakala Ghaz main biola.

Part yang berbeza sikit,
ibu Cinta dalam Atas Nama Cinta mati sebab kena rompak masa dia ke bandar nak cari balik duit yang ayah hero curi, tapi ibu Eun Yong dalam Spring Waltz pulak meninggal dilanggar kereta masa dia pergi mencari ayahnya Jae Ha untuk dapatkan balik duit yang ayah hero curi tu. Duit tu sebenarnya disimpan untuk menanggung kos perubatan heroin yang sakit tu.

Kisah watak2 hero no 2 dan heroin no 2 pulak,
Didalam Spring Waltz dan Atas Nama Cinta, hero no 2 adalah kawan baik kepada hero. Mereka jugak jatuh hati pada si heroin. Wujud la kat sini cinta 3 segi.
Heroin no 2 didalam Atas Nama Cinta merupakan adik angkat Ghaz dan dia sukakan hero no 2. Heroin no 2 dalam Spring Waltz pulak merupakan kawan masa kecik 'Jae Ha' (Jae Ha sebenar yang telah meninggal), dan dia memang suka habis kat Jae Ha.
Lepas tu macam2 konflik yang bakal timbul

Itu lah sedikit sebanyak persamaan dan perbezaan yang dapat aku senaraikan. Untuk ketahui lebih lanjut korang tontonlah kedua-dua drama tersebut, pasti banyak lagi persamaan yang korang jumpa. Jalan cerita sama, cuma olahannya berbeza.

Bagi aku, drama Spring Waltz lagi menarik tambah2 part masa diorang kecik. Kisah masa kecik diorang sangat sadis yang boleh buatkan kita sebak.