Assalamualaikum & salam sejahtera,
Soundtrack selingan
dejavu di kinabalu
Itu adalah antara kata kunci pagi ni yang membuatkan pengunjung
singgah di blog aku. Agak kesian padanya sebab entri berkaitan kata kunci
tersebut tak pernah dibuat aku.
Drama dejavu di kinabalu merupakan slot akasia yang baru
ditayangkan di TV3. Bagi aku drama yang dibintangi Aqasha dan Tiz Zaqiyah ini cukup
menarik untuk ditonton. Dan tepat pukul 7 aku akan terpacak depan tv melaghokan diri.
Jalan ceritanya lebih menarik berbanding slot akasia terdahulu kala iaitu, Atas Nama Cinta. Drama tersebut aku
pernah buat review dahulu di mana jalan cerita Atas Nama Cinta agak copycat dengan drama korea Spring Waltz.
Secara ringkasnya drama dejavu di kinabalu ini berkisar tentang
Ammar (Aqasha) yang sentiasa dibayangi kekasih lamanya apabila berdepan dengan
Nadira (Tiz Zaqiyah). Lama kelamaan Ammar macam dah jatuh suka pada Nadira. Disebalik
kisah tersebut, rupa-rupanya Nadira adalah penerima jantung yang diderma oleh kekasih
lama Ammar.
Lepas tu apa jadi? Tontonilah episod seterusnya.
p/s: suka jugak soundtrack drama ni, Butterfly nyanyian Melly Goeslow