Pages

Friday, April 8, 2011

Guru Popular Dengan Kisah Dibelasah Dan Membelasah

Once again, bila aku baca berita pagi ni..terpapar tajuk GURU Wanita Patah Hidung Ditumbuk Pelajar. Seingat aku baru je beberapa hari lepas gempar dengan kisah Murid Dipukul GURU Meninggal rentetan dari kisah Anak Yatim Koma Dibelasah GURU. Lagi kisah seumpama itu, berlaku di Labuan: GURU Cedera Ditumbuk Pelajar 
Itu baru kisah bulan ni..berlambak lagi sebenarnya pada isu-isu yang lepas. Kisah bermusim pembelasah yang tiada nilai kemanusiaan.

Popular kan cikgu ni, dah nak capai tahap glemer ahli parlimen dan artis. Kisah-kisah sebegini sebenarnya banyak mengundang komen-komen negatif dari pembaca..terkeluarlah bermacam-macam hipotesis dan kesimpulan-kesimpulan yang tak dikaji.

Kenapa media tak keluarkan kisah-kisah kejayaan yang dicapai guru atau anak didiknya? ada tapi jarang. Adakah kerana media yang gemar mensensasikan kisah yang kononnya bakal menarik minat ramai..ataupun masalah institusi pendidikan or kekeluargaan itu sendiri yang menarik minat media.

Abaikan itu semua, bagi aku terjadinya kisah membelasah dan dibelasah adalah kerana konflik dalaman mereka yang terlibat itu sendiri. Wallahualam. Yang penting sejauh mana tindakan yang diambil selepas peristiwa itulah yang perlu diambil berat oleh pihak yang berwajib.

p/s: Aku ternanti-nanti bila kisah Guru *pilih nama sendiri dari Malaysia menerima Hadiah Nobel kerana menyumbang di dalam *sekian-sekian..hhee besarnya harapan.