Pages

Friday, April 29, 2011

Lata Belatan yg Best

Masa orang lain sibuk nak exam final aku dan rakan seperjuangan sempat lagi g jalan-jalan dan berkelah..huhu. Destinasi pilihan kitorang kali ni adalah Lata Belatan, yang terletak di area Besut.

Perjalanan lebih kurang sejam dari Kubang Kerian ke sana memang berbaloi. Lata Belatan yang terletak di kaki Gunung Tebu agak popular dan sering dikunjungi ramai, nasib kitorang pergi hari tu tak ramai orang..hari bekerja kan. Sampai kat sana kitorang dihidangi permandangan yang indah, air sungai jernih serta udara segar. Nampak je air jernih terus rasa nak terjun dalam sungai tu.

 
Jika nak dibandingkan dengan tempat lain yang pernah kitorang pergi, di sini kebersihannya terjaga. Disetiap sudut disediakan tong sampah, pastu tiap-tiap hari ada orang mai kutip sampah..sebab tu kot bersih. Banyak gak kemudahan lain kat sini macam gazebo, tempat barbeque, chalet, tandas, tempat solat etc etc..bangku lepak pun berlambak.

 
Banyak batu-batu besar..menjadikan permandangan bertambah menarik.

Bahaya tak bahaya, dikhabarkan baru je minggu lepas ada orang mati lemas kat sini. Tempat-tempat air terjun sebegini sememangnya ada mangsa korban tiap-tiap tahun.

Air yang sangat jernih. 
Tempat yang kitorang mandi manda  ni paling dalam takat pinggang aku. Kalo yang tinggi bawah 150 cm tu ada la takat dada.


Aktiviti kitorang..main bola baling dalam air. Seronok gilakk nampak. Aku tukang ambik gambar jela.



Ni mungkin adalah aktiviti last kitorang sesama coursemates sebelum berpisah bulan Mei nanti. Banyak kenangan indah yang tercipta antara kita..Semoga kita kekal sahabat selamanya.