Pages

Saturday, April 30, 2011

Hot

Bangun pagi-pagi dah rasa hot, malam-malam lagi lah hot. SUPER HOT.
Duduk dalam bilik pun aku rasa hot, nak buka tingkap luas-luas aku takut orang ternampak aku yang tengah hot ni. Walaupun pancaran matahari kurang, aku tetap rasa hot. Kelajuan kipas no 5 pun tak mampu nak atasi kehottan aku ni. 
Cuaca sangat hot lah sekarang ni. Rasa belengas sepanjang masa. Rasa nak berhijrah ke kutub utara je.

Oleh itu mari kita amalkan tip-tip mengurangkan kesan kesihatan akibat daripada cuaca panas:
  • Minum dengan banyak, tanpa mengira tahap aktiviti anda. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
  • Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
  • Berada di dalam rumah dan bangunan
  • Hadkan aktiviti luar
  • Berehat dengan kerap
  • Mandi atau buka kipas angin untuk meyejukkan badan anda
  • Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
  • Pakai topi atau payung yang besar semasa keluar rumah. 
Jangan/tak perlu:
  • Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol atau kandungan gula yang tinggi.
  • Membiarkan seseorang di dalam kereta yang bertutup.
  • Bersenam dalam cuaca panas.
Sedut dari : http://www.myhealth.gov.my

p/s: aku tau la neraka tu lagi hot