Terasa hati la jugak bila saya komen kat entri awak tapi awak tak balas pun komen tu.
Komen saya je yang tak dibalas, komen orang lain awak balas..Ada la jugak sorang dua lagi yang terima nasib macam aku..Walhal ada yang komen berbentuk pertanyaan..kalo setakat yang komen hai2 bai2 takpelah jugak tak layan. Nak kata komen kat entri tu banyak bebenor sampai tak terlayan takde lah sangat..komen seciput lebih kurang macam blog aku je pun.
Tak mesra lah awak ni..
hah..nak kata aku terlampau ke..benda kecik pun nak amik hati. Mestilah.
Nampak tak penting, tapi dari hal macamni lah hubungan sesama blogger dimantapkan..huu
Sekali orang lain pun terasa macam aku macamna, lingkup baru tahu.
p/s: Apalah sangat aku ni.
::TERIMA KASIH SUDI BACA::