Thursday, December 15, 2011

Nak Lagi Bubur Asyura

Tadi aku jejalan kat blog Hok Sengoti, baca post asal bubur asyura.
Teringat pula untuk bulan Muharram ni baru sempat makan sekali. Tak puas rasanya.
Hari ni dah 19 Muharram . Sempat lagi kot nak makan lagi.
Kalau bukan bulan Muharram memang tak merasa lah kan bubur asyura.

Lain negeri lain rasa bubur asyuranya. Rupa saja sudah lain. Bubur asyura kelantan bagi aku sangat best, tapi jawapan ni mungkin berubah setelah aku rasa setiap bubur asyura yang dibuat kat negeri lain nanti. Mungkin juga tak.

Bubur asyura Kelantan, warna hitam. Rupa tak berapa menarik tapi rasanya ohsem. Aku suka sebab diletak daging dan rempah ratus. Yang Terengganu buat pun lebih kurang je rasanya dan rupa.

Teringin aku nak merasa bubur asyura kat negeri lain pula. Agak-agak kat Negara Islam lain ada orang buat juga tak bubur asyura ni? Mesti sangat variasi kalau ada kan

3 comments:

IMANSHAH said...

salam

sengoti sedap, taruk dalam peti ais lagi sedap

unanswerable sunset said...

sedappp~ rindu eh nk mkn..bubur kt melake len~ hukhuk..pos jay~ heee

sara pedrosa said...

@IMANSHAH betul tu..mkn sejuk2 sedap, isi pun jadi lg pejal.

@unanswerable sunset bubur kat mlake letak apa ye?