Pages

Thursday, September 2, 2010

Rumahku Syurgaku

aku sampai rumah dalam kul 5 lebih tadi..4 jam perjalanan yang memenatkan, tambah2 bulan puasa gini..tapi inilah dikatakan dugaan dan cabaran..atau asam garam kehidupan. =)
dalam perjalanan dari kota bharu ke jeli tadi macam2 perkara yang berlaku..tambahan aku menaiki bas 'lompat2', macam2 ragam manusia aku perhati semasa dalam bas mahupun ketika menunggu bas~~sedikit terhibur.
sampai kat pintu rumah, aku bagi salam,kemudian aku masuk..aku tengok abah duk membaca buku, tajuk 'sulatus salatin', aku tengok ummi duk masak lauk, ayam paapit ngan ikan siakap masak masam manis..sedap baunye. abang aku pun duk buat kuih..try resepi baru katanya, 'banana pie'. adik2 aku yang pompuan tolong ummi masak gak..aikk, 2 orang lagi adik laki aku duk tidur..rupanya, sorang demam..dan sorang lagi kepenatan agaknya.. =) meriah betul.
inilah famili aku~~bahagia tengok semua famili kumpul ramai2 cam gini..hehe..selalunya jarang2 dapat kumpul cam gini, anak2 ummi ngan abah sibuk kerja ngan belajar..ada je yang tak lengkap.