Pages

Tuesday, April 7, 2015

20 makanan yang mesti anda cuba sebelum tinggalkan kelantan

Susunan adalah tidak mengikut tahap kesedapan/keglamouran

1. Ayam percik

2. Satay ikan

3. Nasi tumpang

4. Laksa kelantan

5. Satay perut ayam

6. Mee celup

7. Nasi kerabu

8. Kuih lompat tikam

9. Budu

10. Nasi kak wok

11. Murtabak

12. Solok lada

13. Satar

14. Keropok lekor

15. Akok kedut

16. Kuih cek mek molek

17. Kuih tahi itik

18. Nasi air

19. Maggi ketam

20. Ketupat sotong

Thursday, April 2, 2015

Pengalaman tinggal di Ramada Plaza, Melaka

Sepanjang tahun 2014, banyak hotel yang telah aku menginap. Antaranya,
  1. Lexis PD, Port Dickson  Negeri Sembilan
  2. Gold Coast International Resort, Banting Selangor
  3. Klana Beach Resort, Port Dickson Negeri Sembilan
  4. Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan
  5. Langkawi Seaview, Kuah
  6. Ramada Plaza Melaka
  7. Le Meridien, Kota Kinabalu Sabah
  8. Merdeka Palace Hotel & Suites, Kuching Sarawak
Setiap hotel tersebut mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing.
Tapi kali biar aku review dahulu Ramada Plaza kerana banyak benda lebih bagus disini berbanding dengan dengan hotel-hotel lain diatas.

Makanan
Aku bagi: 10/10
Benda yang paling utama, sebab itu aku letak point ini yang paling atas. Di Ramada Plaza makanan dia memang super best.
Menu yang pelbagai pada sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam! Ada masakan melayu kampung, mamak, masakan cina, india, siam, masakan barat itali pun ada! dan macam-macam lagi sampai tak larat nak sebut. Sampai pening kepala nak makan yang mana dahulu
Pagi-pagi dah jumpa sate, tengahari ada mee goreng api dalam kuali, lagi rojak buah yang buat korang tambah berkali-kali. Steak, seafood, aiskrim, dimsum..meleleh-leleh air liur bila teringat balik
Yang pasti setiap makanan enak dan memang tak mengecewakan.

Lagi best, masuk je bilik terhidang cokelat dan buah-buahan. Mula-mula takut nak makan sebab takut kena bayar! haha

Bilik
Aku bagi: 9.5/10
Bilik besar, bersih, luas cukup untuk korang guling-guling serta kuak lentang.
Karpet sampai tenggelam tumit.
Aku suka wallpaper dia. warna kayu rasanya 
Aku sungguh beruntung, masa datang sini bilik baru siap renovate. Semua benda baru.
Cuma bunyi bising sikit-sikit sebab ada bilik yang tak siap renovate, tapi tak kisah la sebab bila tidur aku sudah terbuai dek keenakkan katil empuknya.
Permandangan luar bilik yang indah, mengadap sungai Melaka
Permandangan mengadap sungai Melaka
Suasana malam, romantis takk
Kat bilik semuanya lengkap, sabun ada, syampu, berus gigi, ubat gigi, losyen, shaver, pengering rambut. Selipar, bathrobe, seterika, sejadah. Dibahagian mini bar ada kopi, gula, teh, air mineral (wajib disemua hotel lain pun ada) serta biskut, cekedis, meggi, air berkarbonat, beer (yang ni kena caj).
Yang bawa budak-budak tu elok asingkan arak jauh-jauh dan tersembunyi, terminum kang naya!

Staf
Aku bagi: 9/10
Ramah tamah, cekap dan tak lokek senyum.
Masa dalam lif, aku siap terserempak dengan General Manager hotel lagi, dan dia dengan ramahnya menegur aku dan kawan-kawan. "You ladies are beautiful today." sambil bagi kadnama beliau. wahh! kembang setaman
Dia suruh bagi maklumbalas dan komen kalau ada apa-apa yang tak kena sepanjang kitorang duduk sini.
Dapat bunga segar, terhias cantik diatas meja. VIP sangat!

Air kolam yang kempunan mejamah tubuhku. ahakss
Lepas ini, aku review Klana Beach Resort, Port Dickson pula. Ada sesuatu istimewa dihotel itu yang tak akan jumpa dihotel lain.

Cara Menyahaktifkan auto-play video di facebook

Baru-baru ini setting facebook untuk vidoe telah menjadi auto play secara sendirinya. Bagi pengguna yang mempunyai kuota internet yang sedikit pasti merasa sakit hati dengan situasi ini.
Tapi jangan bimbang, setting tersebut boleh diubah dengan mengikuti langkah-langkah berikut: