Pages

Saturday, March 30, 2013

Senarai lukisan yang termahal di dunia - mahal gila!

Salam 1 Malaysia semua..

Sehelai kertas, yang diconteng-conteng.. tak cantik pun tapi bernilai jutaan ringgit.

1.THE CARD PLAYERS - PAUL CEZANNE (1892)
terjual dengan harga US250M (RM800 juta) pada tahun 2011

2. NO.5 - JACKSON POLLOCK (1948)
terjual dengan harga US159M (RM509 juta) pada tahun 2006

3. WOMAN III - Willem de Kooning (1953) 
terjual dengan harga US156.5.5M (RM501 juta) pada tahun 2006

4. Portrait of Adele Bloch-Bauer I - Gustav Klimt(1907) 
terjual dengan harga US152M (RM486 juta) pada tahun 2006 

5. PORTRAIT OF DR. GACHET - VINCENT VAN GOGH (1890)
terjual dengan harga US146.5M (RM468 juta) pada tahun 1990

6. Bal du moulin de la Galette - Pierre Auguste Renoir (1876)
terjual dengan harga US138.7M (RM443 juta) pada tahun 1990

7. BOY WITH A PIPE - PABLO PICASSO (1905)
terjual dengan harga US126.4M (RM404 juta) pada tahun 2004 

8. THE SCREAM - EDVARD MUNCH (1895)
terjual dengan harga US119.9M (RM384 juta) pada tahun May 2012

9. Nude, Green Leaves and Bust - Pablo Picasso (1932)
terjual dengan harga US112M (RM358 juta) pada tahun 2010

(gambar censored)

10. Portrait of Joseph Roulin - van Gogh (1889)
terjual dengan harga US108M (RM345juta) pada tahun 1989

dan terakhir yang paling mahal tapi tidak akan dijual kerana ia disimpan di Musee du Louvre, Paris (muzium). Ia bernilai US768M (RM2.45 billion). 

mona lisa

Kenapa mahal sangatnya? Adakah kerana faktor usianya, atau pelukisnya adalah seorang yang berpengaruh?
Hanya orang buta seni seperti aku menganggap ianya satu pembaziran yang amat besar. ekekeke

Yang macam ni berapa sanggup orang bayar? RM 2 boleh? hehe
Encik Pandai Buat Duit

Friday, March 29, 2013

Cara menyiang ikan keli dengan betul

Ikan keli hidup bukannya mudah untuk disiang, tambahan keli ni suka pula melompat-lompat jadi makin sukar nak pegang. Yang perempuan mesti terjerit-jerit kegelian kan.


Tips mudah ini utk menyiang ikan keli.

1. Masukkan ikan yang hidup ke dalam baldi, kemudian taburi segenggam garam lalu tutup rapat. Biarkan ikan keli meronta sehingga lemah. Perbuatan ni agaknya nampak juga kejam tapi inilah satu-satu cara yang agak mudah dan cepat berbanding memukul ikan tersebut atau membekukan ikan dalam peti sejuk.

2. Cara potong ikan keli:

Sila terbalikkan dulu keli tersebut. Gambarajah diatas adalah bahagian bawah ikan (bahagian sebelah perot). Cara membelah disyorkan guna gunting tajam. Tapi hendaklah berhati hati. Pastikan keli betul-betul dah lemah.

No.1 Potong bahagian hujung kepala. Buang bahagian mulut dan misai sekali.

No.2 Potong guna gunting membelah perut hingga ke alat sulitnye. Bersihkan semua bahagian isi perut hingga insang serta buang sekali darah beku dekat kepala untuk hilangkan hanyir. Cuci dengan air bersih dan siap untuk dimasak.

3. Untuk hilangkan hanyir, ikan dilumur dengan air asam jawa dan dibiarkan seketika sebelum dimasak

nyumm nyummm
 


Seni kreatif menggunakan sudu dan garpu

Bahan bahan
1. Sudu
2. Garpu
3. Playar
4. Gam

Cara-cara
 
 









Selamat mencuba!

Thursday, March 28, 2013

Biografi Tuan Guru Nik Abdul Aziz - Ulama tersohor

Nama: Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat
Tarikh lahir : 10 Januari 1931
Tempat lahir : Pulau Melaka, Kelantan
Pasangan : Datin Hajjah Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak
Anak : 10 orang (5 lelaki & 5 perempuan)
Agama : Islam
 
Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat (نئ عبدالعزيز بن نئ مت) merupakan Menteri Besar Kelantan kini. Namun imej beliau lebih terserlah sebagai seorang ulama, di samping merupakan Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
 
Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.

Pada tahun 2009, beliau diletakan diantara 50 tokoh Islam berpengaruh didunia dan disenaraikan dalam buku berjudul "The 500 Most Influential Muslims".
 
 
Kehidupan peribadi
 
Dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak, beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan).

Nik Aziz sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Pada hampir setiap masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban. Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya. Rumahnya pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya.
 
Sebelum menjadi Menteri Besar, beliau adalah seorang guru agama yang aktif. Beliau pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi yang kesemuanya terletak di Kelantan. Maka tidak hairanlah beliau lebih mesra dengan gelaran 'Tuan Guru' di kalangan rakyat Malaysia. Malah sehingga kini, beliau masih lagi aktif menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat. Pada hampir setiap pagi, beliau akan menjadi imam kepada Solat Subuh dan kemudiannya memberikan kuliah ringkas di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa langkah sahaja dari rumahnya.
 


Pendidikan
 
Nik Aziz mendapat pendidikan awal dari ayahnya sendiri, Tuan Guru Haji Nik Mat Raja Banjar di kediamannya di Pulau Melaka. Beliau memiliki kelulusan dalam bidang Sarjana Perundangan Islam daripada Universiti al-Azhar di Mesir.[4] Ketika belajar, beliau pernah menjadi salah seorang saksi kepada Perang Arab-Israel.
 
Beliau juga pernah belajar di:
Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat, Kelantan (3 Bulan) – 1936
Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian, Kelantan
Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas, Besut, Terengganu
Universiti Deoband, India – 1952
Universiti Lahore, Pakistan - 1957
Universiti al-Azhar, Mesir – Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab.
Universiti al-Azhar, Mesir – Sarjana Perundangan Islam.
Beliau mampu berkomunikasi dalam bahasa Melayu, Arab, Urdu, Inggeris dan Tamil.
 
 Pekerjaan
 
Guru Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Panchor.
Guru Sekolah Menengah Agama Darul Anwar, Pulau Melaka.
Penyelia Kelas Dewasa – KEMAS.
Guru Sekolah Menengah Maahad Muhammadi, Kota Bharu.
 
 
 
Kerjaya politik
 
Tuan Guru mula menjadi ahli PAS pada tahun 1967, kini beliau adalah Mursyidul Am bagi parti tersebut. Semenjak tahun 1990, beliau telah memegang tampuk kepimpinan sebagai Menteri Besar Kelantan. Beliau juga adalah seorang ADUN bagi kawasan N.06 Chempaka, Kelantan. Pada pilihan raya ke-11, Nik Aziz menyandang kerusi tersebut setelah mengalahkan Ruhani Mamat (BN) dengan majoriti undi sebanyak 3,694.
 
Pada pilihan raya umum Malaysia kali ke-12, beliau bersemuka dengan Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar yang bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN) di kawasan DUN yang sama. Secara peraturannya, Nik Aziz sudah boleh menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon apabila lawannya itu terlupa untuk menurunkan tandatangannya pada borang penamaan calon. Namun beliau tidak mahu menang dengan cara begitu lalu meminta calon BN itu menandatangani semula borang pencalonan tersebut.Keputusan pilihan raya kali ini menyaksikan Nik Aziz menang dengan majoriti undi yang lebih besar, iaitu 4,249.

Beliau bersedia untuk melepaskan jawatan sebagai seorang Menteri Besar selepas pilihan raya yang terbaru ini.Penggantinya itu akan dipilih melalui satu proses undian sulit. Namun jika undian yang dibuat kelak menyaksikan beliau terus dipilih, beliau sedia meneruskan tanggungjawab itu walaupun sudah terbabit dalam politik Pas sejak 42 tahun lalu.
 
Beliau dituduh mengamalkan kronisme dengan melantik menantunya Ariffahmi sebagai CEO PMBK, tetapi beliau menyatakan perlantikan itu berdasarkan kelayakan pendidikan tinggi dan pengalaman luas dalam bidang kejuruteraan. Ariffahmi akhirnya meletak jawatan.
 


Kesihatan
 
Beliau mempunyai masalah kesihatan jantung, darah tinggi dan gastrik. Pada akhir tahun 2004, beliau dimasukkan ke hospital setelah mendapat serangan sakit jantung. Pada tahun 2007, beliau dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kerana keletihan.

Beliau sendiri mengakui bahawa kesihatannya semakin terganggu sejak akhir-akhir ini. Namun itu semua tidak menghalangnya untuk terus berbakti kepada masyarakat.

“Saya akui pada zahirnya, tubuh saya ada mengalami masalah berkaitan jantung tetapi pemikiran saya masih tajam untuk berfikir dan membuat penilaian atau keputusan"