Pages

Thursday, January 27, 2011

aku benci ayat

"ADA AKU KESAH??"

 ci$$$~

Tuesday, January 25, 2011

Jom Belajar Pertolongan Cemas


Lawa tak kawasan air terjun kat atas?? nama tempat ni adalah Lata Janggut, terletak kat hometown aku di Jeli, Kelantan.
tempat ni femes jugak la kat area sini..kalo hujung minggu memang penuh ngan orang picnic dan mandi-manda.
aku bukan nak promote lata ni ya, cuma aku nak bercerita mengenai peristiwa yang berkait ngan kawasan ni.

Kisahnya begini,
pada masa lepas-lepas, aku bersama-sama adik-adik dan juga sepupu aku telah berkunjung ke tempat tersebut..g picnic la ni.
tengah syok tengok adik aku mandi manda, tiba-tiba aku ternampak sorang budak pompuan tenggelam timbul dalam air sungai tu. mula-mula aku wat tak tahu saje sebab aku tengok adik-bradik dia duk gelak-gelak jek tengok aksi tu, aku pikir diorang main-main. pastu baru ler kalut, budak pompuan tadi tergapai-gapai lalu hanyut di bawa arus yang tak seberapa.
Syukur ada ayah dia masa tu yang terjun lalu menyelamatkan budak tu.
Malangnya setelah di bawa naik ke daratan, budak tu dah tak sedarkan diri..masa tu aku masih lagi memandang dari jauh secara 'cool'. ramai orang dah kerumum diorang masa tu.. dan sekali lagi malang, bila dalam ramai-ramai tu takde sape yang tahu buat pertolongan cemas. Dipendekkan cerita, budak tu berjaya diselamatkan akhirnya walaupun di saat genting yang amat..


Apa yang nak aku utarakan di sini,
masih ramai lagi rakyat kita yang tidak berpengetahuan dalam menangani pertolongan cemas, ini bukan saje boleh dilihat dalam situasi yang aku alami malahan di tempat lain mungkin. Bukan aku nak menyeru  kita semua pergi menjalani kursus pertolongan cemas dan dapatkan sijil (kalo buat lagi bagus) tapi sekadar tahu basic-basic pun dah cukup. Berlambak sumber kat tenet. Bayangkan jika hanya kita yang berhadapan dengan situasi kecemasan begini dan mangsa plak famili kita sendiri, apakah yang anda mampu buat..sekadar tunggu dah lihat sajekah


Lepas peristiwa hari tu, aku baru terdetik nak belajar buat pertolongan cemas secara properly, wahaha..ibarat sudah terhantuk baru tergadah. kebetulan masa tu roomate aku student medic sedikit sebanyak aku sedut ilmu dari dia, sambil tu, aku merajinkan diri bertanya pada incik google, video pasal first aid pun bersepah kat youtube. Pastu aku siap tunjuk video tu kat famili aku lagi, sebab sblom ni diorang tak banyak terdedah ngan benda-benda macam ni :D 


Pertolongan cemas ni penting, untuk mengurangkan kekritikalan mangsa sebelum bantuan luar tiba. Kemalangan bukan boleh kita jangkakan, jadi kalo dah tahu buat pertolongan cemas sekurang-kurangnya kita berpeluang jadi hero, pahala pun dapat.

Sekian.

 Anak sepupu aku posing.
Budak yang lemas tu kat kawasan hujung sane..walaupun air takat pinggang je, jangan sangka tak merbahaya.



::THANKS FOR READING::


Friday, January 21, 2011

Nak Hisap Dadah Takde Duit

Di sini aku nak bercerita lagi, pengalaman yang lama berlalu tapi masih segar lagi dalam ingatan.  

Ketika itu aku dalam perjalanan pulang ke rumah menaiki bas henti-henti (bas yang bergerak dari stesen ke stesen). 
Dalam pertengahan perjalanan tu pakcik bas telah mengambil sorang penumpang ni. Masa penumpang tu berjalan melepasi aku, aku rasa pelik dengan dirinya. Jalannya terhuyung-hayang dan hampir saje jatuh di tempat duduk aku.. di tangannya ada botol air mineral dan juga plastik. aku yang mula-mula tengok keadaan lelaki tu ingatkan dia sakit ke ape. 
tapi setelah dia duduk, dia membuka penutup botol mineral tadi dan menuangkan kandungan didalamnya ke dalam plastik yang dia bawa tu. Masa tu meruap la satu bau yang kuat..bau minyak tanah. Aku tahan nafas, ada penumpang-penumpang yang lain menekup hidung.. bau yang kuat tu cepat saje tersebar dalam bas air-cond ni..kami semua hampir tak boleh nak bernafas.
Dan..lelaki tadi selamber saje menghidu minyak tanah di dalam plastik itu.. Semua penumpang pandang kelakuan pelik dia tu. 
Baru aku tahu jalannya yang huyung-hayang tadi adalah sebab efek GIAN. 
Perasaan aku ketika itu hanyalah jijik! mane tidaknya, matanya merah dan berair.. hidungnya juga mengeluarkan lendir-lendir kotor..lepas tu dia siap meludah lagi di atas lantai bas..iskk.
Memang lelaki ni tak betol!

Macam biasalah, sikap orang kita..termasuk aku sekali. mane nak tegur perbuatan macam tu. hanya tahu tengok jelah dan mengutuk dalam hati. =)

Tapi bila dipikir-pikir secara positif..sebak dan kesian jugak tengok keadaan dia. Sampai begitu sekali keadaannya..sampaikan terpaksa hidu bau minyak tanah sebab nak gantikan dengan dadah..kenapa lah dia boleh jadi sampai tahap tu, situasi macam mane sampai hidup dia berhambakan dadah tu..dan bermacam-macam persoalan lagi.
aku juga heran, keluarganya tak amik tahukah..lalu amik inisiatif hantar ke pusat pemulihan dadah.

Abah aku penah bagitau, golongan-golongan sampah masyarakat ni kalo takde dadah nak lepaskan gian diorang guna macam-macam cara. Selalunya minyak lah, bukan minyak masak ya. minyak kategori membahayakan kesihatan macam minyak tanah tu atau minyak kenderaan.. dan yang lebih teruk lagi ada yang sanggup hidu taik lembu..gas ape yang diorang dapat tak tahu gwa. 

Papepun diorang takleh juga nak disalahkan 100%, kita yang tak berada dalam situasi mereka apa yang kita tahu komplikasi yang diorang alami dulu-dulu.. Mungkin peluang kita untuk diuji dengan perkara macam tu belom tiba lagi kan..

SHADOW 
by: Praveen
Semoga diorang kembali ke pangkal jalan..semoga Allah memberi petunjuk kepada mereka.
Semoga cerita ini menjadi pedoman buat semua.


::THANKS FOR READING::

Wednesday, January 19, 2011

Jangan Baca

To figure out the easiest way is the hardest thing

mode: 'TEKE'
mental betol la semester ni,

- terpaksa kena buat FYP..tak buat takleh grad..LAME EXCUSE.
taknak pikir FYP, tapi hari2 terpaksa pikir..
nak balik rumah..tapi keje menghalang

- JPA masuk lambat..dah 3 minggu tunggu
kalo duit skang banyak takpe..tapi kalo sampai dah tinggal 40 sen apa boleh di beli

- nak amik lesen kete, nak belajar main gitar
tapi ada masa ke nak buat semua tu

- rindukan orang yang dah kat dalam kubur


p/s: kenapa kita susah nak dapat apa yang kita mahu? selain ADA HIKMAH DI SEBALIKNYA
(quote status nuru)

nota:
FYP - sejenis projek yang perlu dibuat oleh budak2 tahun akhir univ
JPA - sejenis biasiswa kerajaan


::THANKS FOR READING:::


Sunday, January 16, 2011

Saya Malas Pergi Sekolah



Teringat zaman kecik2 dulu..aku adalah antara kanak2 nakal yang suka ponteng sekolah.
masa aku sekolah rendah dulu, terutamanya semasa di darjah satu boleh bilang dengan
jari berapa hari aku ke sekolah dalam masa sebulan..haha..terukkan.
bila diingat balik rasa kelakar pun ada, menyesal pun ada..menyesal sebab susahkan ummi dan abah serta cikgu2.
macam2 yang aku buat bagi mengelak pergi sekolah antaranya,

- berbungkus dalam selimut dan pura2 tidur..tapi abah paksa gak aku bangun, tarik selimut tu.
tapi ianya tidak berakhir disitu saje..sebab kemudiannya aku,

- kunci diri dalam bilik air..perkara ni memang buat abah n ummi aku hangin, diorang ugut2 sket
bagi aku kecut perut..barulah aku kuar dari bilik air tu. ha..tapi kali ni pun taktik aku tidak berakhir disitu saje,

- sampai di sekolah, aku meragam tak nak kuar dari kereta..siap kunci pintu kereta lagi.
kunci mengunci ni memang kepakaran aku ya..jenuh abah aku nak menangkap aku untuk disumbatkan ke dalam kelas,

- lepas berjaya ditangkap oleh abah aku..aku bukannya reti nak berjalan kaki sendiri ke kelas..
aku kakukan kaki aku sampai abah kena dukong aku plak..masa tu meraung-raung la taknak g kelas. femes gilakk kami anak beranak sebab pelajar2 lain termasuk cikgu2 duk pandang..terpaksalah abah aku tebalkan muka.

disebabkan kelampauan aku yang malas pegi sekolah ni, abah terpaksa tukarkan aku ke sekolah lain. dengan abang aku sekali terpaksa tukar..sekali lagi aku menyusahkan orang lain.
di sekolah baru tu baru aku jadi baik sket..dah kurang ponteng, walaupun dalam seminggu tu ada gak rompong2. =D

Alhamdulillah..dalam malas2 aku masa kecik2 dulu berjaya gak aku sampai ke tahap sekarang..
dah tahun akhir di universiti..hehe..proud sket.

p/s: kenangan masa kecik..walaupun tak semanis mane tetap tidak akan dilupakan..
harap2 pasni tak payah la aku nak susahkan ummi dan abah lagi. pengorbanan diorang tiada galang gantinya..papepun aku akan membalas sedaya yang mampu..Insya-Allah.
::THANKS FOR READING::

Thursday, January 13, 2011

Pengguna Facebook Yang Kreatif

buat pengguna facebook di luar sane..
setakat manekah korang pandai mengaplikasikan penggunaan facebook??
..............................................................................................................................
apakata kali ni kita try be creative..just like below..hehe =D
how to do it..use ur imagination n knowledge okey











 
kalo korang nak konpemkan lagi pic2 ni sumer, korang cuba la search nama empunya diri di atas, pasti kuar sbijik macam pic tu.

selamat mencuba..


::THANKS FOR READING::

Monday, January 10, 2011

Facebook Nak Kena Tutup - Karut Semata-Mata

Sehari dua ni gempak dengan berita facebook bakal di tutup pada 15 Mac ni..
Aku mula-mula baca entri bloggers lain sukar nak percaya.. Tapi tak kisah la tutup ke tak, fb bagi aku bukannya penting pun. =D

Then pagi ni, bila buka tenet..diorang cakap

Facebook NOT Shutting Down March 15

[UPDATE] We have official confirmation from Facebook Director of Corporate Communications Larry Yu that the rumor is false. We asked him via e-mail if Facebook was shutting down on March 15, to which he responded, "The answer is no, so please help us put an end to this silliness." He added, "We didn't get the memo about shutting down and there's lots to do, so we'll just keep cranking away like always."
Let's think about this for a minute. Would Facebook announce a shutdown just a few days after announcing a round of funding, consisting of $450 million from Goldman Sachs and $50 million from Russian investment firm Digital Sky Technologies, on a valuation of $50 billion?

Mark Zuckerberg, Facebook Founder and CEO


Huh?? papepun tunggu jela 15 Mac ni nak tau yang mana satu betol.

Sunday, January 9, 2011

Pesta Ais Terbesar

Best bebenor kalo dapat g nengok Festival Harbin International Ice and Snow Sculpture yang berlangsung di wilayah Harbin, China. Tapi sebab tak berkemampuan, tengok gambar je la..


 

Pesta ais di Harbin ini adalah antara empat festival ais dan salji terbesar di dunia iaitu Japan's Sapporo Snow Festival, Canada's Quebec City Winter Carnival dan Norway's Ski Festival.


Macam-macam ukiran ais boleh ditemui di sini antaranya bangunan pagoda dengan ketinggian sebenar, piramid Sphynx, istana-istana besar yang selalu kita lihat dalam filem-filem tentang kayangan, binatang-binatang, patung-patung, produk disney dan juga ukiran moden.
 

Ketulan ais ni telah deion nak bagi nampak lagi jernih. Lutsinar gitu. Nak tambah cantik gila-gila lagi, lampu warna-warni ditaruk. Hasilnya memang menakjubkan.



Pesta ni dibuat tiap-tiap tahun, bermula 5 Januari lagi dan akan berlansung selama sebulan.. sesape yang mau pegi, sempat lagi. =)

WaNiTa TiDuR LeBiH LaMa DaRi LeLaKi ?



Sebuah kajian yang dilakukan oleh pakar masalah tidur di Loughborough University di England telah merumuskan bahawa wanita tidur lebih lama dari lelaki.

Menurut pakar, fungsi otak wanita bersifat multifungsi berbanding lelaki kerana wanita menjalani aktiviti yang banyak seperti bekerja, mengurus keluarga, menjadi ibu berbanding lelaki.

Salah satu fungsi tidur adalah memberi ruang untuk otak untuk berehat. Dengan beban otak yang semakin berat, wanita tidur lebih lama sekitar 20 minit daripada lelaki, untuk menyegarkan sel otak untuk digunakan lagi.




Waktu tidur orang dewasa adalah 7-8 jam sehari. Waktu ini bergantung pada individu itu sendiri. Ada yang mengambil masa lebih lama, atau kurang dari 7 jam dah merasa mencukupi.

Begitu pula tambahan 20 minit lebih lama untuk wanita bersifat fleksibel. Sebenarnya begantung kepada individu itu sendiri. Jadi mulai saat ini kaum ibu dapat berkompromi untuk bangun tengah malam bancuh susu anak!

Thursday, January 6, 2011

TaKuT SeBeLuM BeRJuaNG - part 2

sebelum ini aku ada menulis entri bertajuk TaKuT SeBeLuM BeRJuaNG
entri yang bersifat keluhan, mungkin..

aku yang kekadang hilang punca
terasa bodohnya bila tak dapat cari penyelesaian
AKU SEPATUTNYA..
bersabar dan berusaha.
n belajar dari kesilapan..bak kata member aku WE'RE NOT IMPROVE BY DOING NO MISTAKE..

hidup ini bukannya semua seperti yang kita harapkan..kekadang lain yang dirancang lain yang jadi..
dan juga menulis begini sememangnya senang..tapi sukarnya nak melaksanakan apa yang aku sepatutnya buat,

 
to be continued

Wednesday, January 5, 2011

Dipaksa Kerja Overtime

aku tak pasti..keje overtime memang boleh dipaksa-paksa ke??
setahu aku yang jenis tak penah keje lagi, kalo keje overtime ni bukan ikut kerelaan hati sendiri eh.

ni kisah adik aku yang baru je masuk keje awal minggu ni..
dia keje kat kilang jahit pakaian..
dia mengadu kat aku..hari first dia keje dah kena wat overtime dah..keje yang sepatutnya balik kul 5 petang, terpaksa plop balik kul 11 malam..dah la kena jahit pakaian part2 yang susah2 satu hal.. pastu takde wat training dulu sebelum tu, padahal pengurus tu dah janji nak wat training sebelum start keje.
aku tanya adik aku..apsal tak tolak je over time tu.. "tak bley la..orang yang duk asrama memang kena paksa wat overtime". gilakkk!! 
duit tu satu hal..tak kisah la sangat..tapi kalo dah badan penat2 lesu2, tak kan tak bagi can orang pulang awal..lagipun wat keje ngan terpaksa belum tentu hasilnya berkualiti tahu.
hishh, tak paham aku sistem macamtu..

Monday, January 3, 2011

TaKuT SeBeLuM BeRJuaNG?


arghhhhhhh!
aku sebenarnya jenis manusia yang takut sebelum berjuang..
takut untuk menghadapi kegagalan
mahupun kritikan..
ini semua gara-gara research project aku sekarang ni.
peningnye duk pikir benda tu semua..dan menjadikan aku takut untuk kerjakan benda2 tu.
nampak macam simple je..tapi sebenarnya punyalah complicated.
tapi..
ni lah aku..susah sket dah tak tahan..cabaran sket tak tahan.
ciri-ciri insan tak maju kan..
aku sepatutnya

to be continued..