Pages

Tuesday, July 21, 2015

Kisah Sebenar: Penipuan di Lowyat

Apabila baru-baru ini gempar kes gaduh besar yang berlaku di plaza Lowyat hingga hampir membuatkan perbalahan kaum, aku ada kisah sendiri bagaimana ditipu masa beli smartphone di sana.

Masa tu aku, adik dan adik ipar pergi Lowyat sebab adik aku nak beli smartphone baru. Target adalah smartphone Samsung Galaxy Mega, survey punya survey jumpa satu kedai ni yang offer harga paling rendah. Selepas deal kitorang pun jadi la nak angkat smartphone tu, so seller tu minta la RM50 sebagai deposit sebab dia nanti nak pergi amik stok kat stor (ke stokis lain, aku tak sure). Bila barang sampai, seller bagitahu harga dia beritahu awal-awal tadi (RM1200) adalah harga 2 tahun lepas untuk set lama, harga sekarang RM1300 lebih yang mana kitorang kena tambah duit dalam seratus lebih lagi. GILA!

Kemudian seller tu sambung lagi dan cakap yang tu harga untuk AP set, kalau yang original harga RM1400 lebih (lagi mahal dari kedai yang kitorang survey sebelum ni). Bertambah BENGANG aku.. ikutkan hati aku memang nak blah je camtu biarlah burn duit deposit RM50 tadi. Tapi aku serahkan pada adik aku untuk buat keputusan sebab dia yang nak beli phone tu, dia kata ambil lah sebab penat dah kot jalan dan survey dari tadi. OK! Redha jelah

Itu satu hal pasal harga, satu hal lagi pasal warna. Masa deal kitorang minta phone warna putih, kemudian yang sampai phone warna hitam. Bila tanya kenapa warna lain, seller tu cakap tadi U minta warna hitam la, “Apahal pulak hitam, I minta putih U tu yang silap dengar!! Ni adik-adik I bleh jadi saksi yang I cakap nak phone warna putih!”, naik satu oktaf suara aku. Dan-dan dia cakap stok warna putih dah habis. Kitorang tahu la dia tu malas nak pergi ulang-alik naik lif semula. Berganda-ganda BENGANG aku. Sampai situ aku serahkan pada adik aku dan suami dia untuk buat keputusan nak beli ke tak, aku blah ke tepi malas nak hadap dah muka seller cina tu.

Rugi sebab ramai pembeli boikot
p/s: Kisah berlaku setahun lepas, terdapat perbezaan harga pasaran smartphone dengan sekarang. Itu last aku beli phone kat Lowyat, peniaga penipu tak kira apa bangsa dan agama memang patut kena boikot. Malangnya tiap kali aku kena tipu seperti kes beli phone, tinted kereta, repair kereta dll mesti terkena dengan cina. Begitu juga bila dengar kes orang lain pun mesti terkena dengan peniaga cina, jadi makin SINONIM peniaga CINA ni banyak PENIPU.