Thursday, May 9, 2013

hebat sangatkah kita sebagai Islam

Cuba kita fikirkan sejenak dan insafilah siapa kita
Peringatan buat diriku yang sering lupa........
Adakah kita seorang Islam????
Pernahkah kita terfikir... Hidup kita ini hanyalah sementara.
Sampai masanya kita akan pergi menemui Allah.
Apakah bekalan dan persediaan kita menempuh hari kematian.
Dalam kita mengejar kejayaan dunia, kita sering lupa bahawa tujuan hidup kita yang sebenar.. apakah pilihan kita?
Beruntunglah orang-orang yang berebut-rebut menagih ihsan dan kasih sayang Allah.
Sesungguhnya keredhaan Allah yang kita cari.
Dunia yang semakin tua ini sering dilanda masalah,
bermula daripada jerebu, kegawatan ekonomi, timbul pula gejala murtad...
Fitnah.. gempa bumi, peperangan dan bermacam-macam lagi.
Ini sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita.
Adakah kita benar-benar menginsafinya.
Semua ini juga adalah bala!!
Tanda kemurkaan Allah!!
Adakah kita benar-benar seorang Islam????
Maka, adakah kita fikir bahawa kejayaan kita di Universiti dapat membawa kita ke Syurga?
Adakah kita fikir bahawa kejayaan kita adalah kerana usaha dan ikhtiar anda sendiri.
Tidak malukah kita mengaku diri kita hebat, bijak, rajin ... walhal semuanya adalah kurnia Allah.
Segala kelebihan yang ada pada kita adalah datangnya dari Allah.
Apakah kita fikir Allah itu akan menyukai hambaNya yang tidak bersyukur.
Adakah kita yakin kita seorang Islam???
Sedangkan Rabiatul Adawiyah tidak mahu melupakan Allah walau sedetik sekalipun.
Hassan Al-Basri pula menangis sampai berjujuran airmata kerana menyesal melupai Allah dalam beberapa minit.
Tetapi, mengapa kita masih leka dibuai perasaan...
Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berzikir kepada Allah..
Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berselawat kepada Rasulullah...
Siapa diri kita sebenarnya!!!! Firaun???
Tentu tidak..jadi, siapa kita sebenarnya, wahai manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina!!!!
Apakah kita yakin kita bertuhankan Allah????
Maka, mengapa kita tidak mahu mengejar Dia...
Mengapa kita masih mendedahkan aurat.
Mengapa kita masih tidak mahu menuntut ilmu.
Syariat, Tariqat, Hakikat, dan Makrifat. Feqah dan Tasauf...
Dapat kah kita menghuraikan cabang-cabang ilmu tersebut..
Tidak malukah kita kerana gagal menghuraikannya, jauh dari mengamalkannya.
Adakah kita harus mempersalahkan puak-puak kristian yang berjaya memurtadkan ribuan umat Islam jika kita sendiri gagal memperhebatkan pertahanan diri.
Ketahuilah... sesungguhnya Iblis itu amat suka kepada mereka yang tidak berilmu..
Sedarilah bahawa, kejahilan boleh menyebabkan dosa.
Kita tidak takut dosa. Berapa banyak amalan kita yang boleh menghapuskan dosa seharian???
Apakah kita begitu yakin untuk menempuh akhirat????
Siapakah kita menjelang hari kematian? Adakah kita seorang Islam.
Bersediakah kita berhadapan dengan malaikat maut.
Apakah kita merasakan diri kita terlalu mulia sehingga tidak ada daya untuk menjauhkan diri dari perbuatan mungkar.
Kita pergi kuliah, pergi kerja ** kita yakin kita telah menutup aurat?
Kita solat ... ** kita yakin solat kita tidak tercela?
Kita makan ... ** kita yakin rezeki yang kita jamah diredhai Allah?
Kita minum ... ** kita yakin di akhirat kelak kita akan dapat minum seperti yang kita minum sekarang?
Kita ketawa .. ** kita tidak malu pada Allah?
Kita cemerlang dalam SPM,PASCAL, LOGIK, TITAS,C++, ... ** kita yakin semua itu dapat membantu kita menjelangnya fitnah kubur?
Kita berpuasa ** kita yakin puasa kita mulia sehingga dapat membela kita di hari akhirat?
Kita sihat .. ** kita yakin Allah muliakan kita?
Kita sakit .. ** kita tidak malu pada Allah kerana menarik balik nikmat kesihatan?
Siapa Kita???? Kita adalah manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina dina..
Betapa hinanya kita... tapi, kita masih mampu tersenyum dan tertawa.
Bersedialah menempuh hari selepas kematian, bersedialah untuk menempuh sakaratul maut.
Burulah cinta ALLAH, sebelum Allah menutup pintu rahmatnya.
Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang PASTI......!!!!
Siapa kita....???? Wallahu'alam
JKIM :
4 ibu utama
A) Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud:
Ada 4 di pandang sebagai ibu iaitu:
1) Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2) Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERCAKAP
3) Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA
4) Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR
B) Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan Kesabaran.
C) Beberapa kata renungan dari Qur'an :
Orang yang tidak melakukan sholat pada :
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zhuhur : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesehatan / kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isha' : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnyaAl-Quran


Thursday, April 11, 2013

gadget dapur untuk si pemalas

Jangan ingat didapur kita hanya memerlukan pisau dan pinggan mangkuk sahaja untuk memasak.
Dengan kekreatifan otak manusia sekarang ini, pelbagai alatan dapur khas telah dicipta untuk pemalas memudahkan dan mempercepatkan lagi urusan kita.

Bagi yang memotong sosej guna pisau, tukarlah alatan anda dengan membeli dog dicer. Pasti pantas

Makan jagung tapi malas nak gigit satu-satu biji dia, ataupun untuk yang tiada gigi..carilah corn kernel remover

Tak pandai nak pecahkan telur, gunalah ini

Makan pisang tak habis dan nak simpannya dalam keadaan segar untuk dimakan kemudian. Simpanlah dalam nana saver
 



Bukan sahaja untuk pisang, penyimpan timun pun ada iaitu cucumber saver

Makan telur tanpa kolestrol? gunalah alat pemisah kuning telur dan putih telur

Pembuang tangkai strawberi
 

Alat pembuang tangkai dan biji lada pun ada, pemalas betul!
Berus cendawan untuk membuang tanah dan kotoran yang melekat di cendawan. Pasti berkilat cendawan anda


Sekian.

Saturday, March 30, 2013

Senarai lukisan yang termahal di dunia - mahal gila!

Salam 1 Malaysia semua..

Sehelai kertas, yang diconteng-conteng.. tak cantik pun tapi bernilai jutaan ringgit.

1.THE CARD PLAYERS - PAUL CEZANNE (1892)
terjual dengan harga US250M (RM800 juta) pada tahun 2011

2. NO.5 - JACKSON POLLOCK (1948)
terjual dengan harga US159M (RM509 juta) pada tahun 2006

3. WOMAN III - Willem de Kooning (1953) 
terjual dengan harga US156.5.5M (RM501 juta) pada tahun 2006

4. Portrait of Adele Bloch-Bauer I - Gustav Klimt(1907) 
terjual dengan harga US152M (RM486 juta) pada tahun 2006 

5. PORTRAIT OF DR. GACHET - VINCENT VAN GOGH (1890)
terjual dengan harga US146.5M (RM468 juta) pada tahun 1990

6. Bal du moulin de la Galette - Pierre Auguste Renoir (1876)
terjual dengan harga US138.7M (RM443 juta) pada tahun 1990

7. BOY WITH A PIPE - PABLO PICASSO (1905)
terjual dengan harga US126.4M (RM404 juta) pada tahun 2004 

8. THE SCREAM - EDVARD MUNCH (1895)
terjual dengan harga US119.9M (RM384 juta) pada tahun May 2012

9. Nude, Green Leaves and Bust - Pablo Picasso (1932)
terjual dengan harga US112M (RM358 juta) pada tahun 2010

(gambar censored)

10. Portrait of Joseph Roulin - van Gogh (1889)
terjual dengan harga US108M (RM345juta) pada tahun 1989

dan terakhir yang paling mahal tapi tidak akan dijual kerana ia disimpan di Musee du Louvre, Paris (muzium). Ia bernilai US768M (RM2.45 billion). 

mona lisa

Kenapa mahal sangatnya? Adakah kerana faktor usianya, atau pelukisnya adalah seorang yang berpengaruh?
Hanya orang buta seni seperti aku menganggap ianya satu pembaziran yang amat besar. ekekeke

Yang macam ni berapa sanggup orang bayar? RM 2 boleh? hehe
Encik Pandai Buat Duit