Wednesday, June 29, 2011

Kopitiam di Kampung Boleh Jalan ke?

Lama dah tak update blog..komen2 pun tak terbalas. Maaf =)
Lepas ni ya..


Bila dah masuk alam pekerjaan ni masa amat mencemburui. Bila buka blog sempat view je, tak sempat la nak update entri.

Kali ni entri nak mitak pendapat member2 semua..
Rasa2 perniagaan apa yang sesuai sekarang ni, yang menarik hati pembeli..
Nak buka kedai la ni, kat Jeli ni baru nak membangun..ada tiga kampus dalam proses nak siap. Tu yang rasa elok benar kalau buka kedai.

Dalam kepala tengah fikir kedai buku n kopitiam..kat sini takde lagi kedai tu sume. Erkk kopitiam?? nonsense! maklum la kat sini majoriti penduduknya berpendapatan rendah..

ini boleh kaa


p/s: Semangat nak jadi usahawan berjaya berkobar-kobar, tapi otak blurr