Pages

Thursday, March 31, 2011

Anak Dengan Bapa Sama Je

Ini kisah aku dengan abah, orang yang tak baca arahan sebelum buat sesuatu. Sila jangan jadi macam kami :D

Kisah abah aku,
balik je dari kebun terus buka peti ais, sebab penat kan. Pastu nampak botol air ribenna dalam tu, yang adik aku baru beli. Pertama kali beli yang dalam botol besar macam tu. Abah aku apa lagi, nampak air cam sedap je terus tuang dalam gelas dan teguk. Minum seteguk, muka berkerut..rasa pedih dalam tekak, rasa masam bukan kemain.
>> Sebenarnya..itu bes minuman la abah..nak minum kena campur dengan air dulu.
Itulah lorat sangat :D ngeh3

Kisah aku plak,
Pertama kali guna downy. Downy si pelembut pakaian yang berbau wangi tu.
Lepas basuh kain, siap bilas semua tu aku letak la downy. Tapi sebab rajin sangat, lepas taruk downy tu aku g bilas sekali lagi.
Amacam ?? Macam tak ada guna je letak downy pastu bilas balik.
Ruginya rasa.

 Ini downy

Lain kali baca dulu arahan sebelum guna.

p/s: kekadang baca arahan pun tak faham jugak :D
Like father, like daughter

Monday, March 28, 2011

Mendaftar Di apesal.com - Traffic Aku Berganda

Buat pengetahuan anda semua, aku baru je mendaftar di apesal.com
Biasala..aku bab-bab macam ni agak ketinggalan sikit dari orang yang dah maju 2 3 tapak.
Alhamdulillah, blog aku diterima. Bukan apa, ada blog kawan-kawan yang dirijek..kecewa juga kalo jadi macamtu. Mungkin tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.


Walaupun baru je daftar harini, dan aku baru post dua link entri aku kat sana, apesal.com memang tidak mengecewakan.
Traffic yang aku dapat berganda daripada biasa. Traffic meningkat, siapa tak suka kan..

Aku cadangkan rakan-rakan blogger lain pun patut mencuba daftar di sana.
Ini merupakan salah satu cara untuk meningkatkan traffic ke blog anda. Boleh terjah laman tersebut untuk info selanjutnya.
Konpem tidak menyesal.

p/s: Traffic aku berganda takde la sampai beribu-ribu..hoho..takleh lawan otai lah.
Tapi better meningkat dari menurun kan.

Saturday, March 26, 2011

Kisah Cinta Pertama Aku

Kisah ni adalah antara rahsia besar aku..Maklum lah, bab-bab cinta ni aku jarang nak kongsikan dengan orang.
Cinta pertama ni bukan bererti aku bercinta kali pertama ya.
Kisah ni boleh dikatakan cinta monyet, masa tu aku baru tingkatan 3.
Pertama kali berperasaan suka sangat-sangat pada seorang lelaki.

Orangnya tinggi berkulit hitam manis.
Kelas dia bertentangan dengan kelas aku. Dia masa tu tingkatan 4.
Sebab kelas bertentangan tu lah aku selalu terpandang dia.
Lama-lama pandang jadi nak pandang selalu.
Agak pervert lah..ahakss
Daya tarikan dia yang kuat adalah matanya, bulu mata lentik beb..macam pakai maskara.
Pandangannya pula tajam..itu yang membuatkan aku selalu terbayang-bayang.

Tapi macam tu lah..aku suka diam-diam je..bukannya gelojoh nak g himpit-himpit kat dia n pastu luahkan perasaan.
Yang bestnya, masa balik sekolah kitorang naik bas sama-sama..sehaluan kan.
Kalo dia duduk dekat-dekat aku, aku rasa berdebar lain macam..Bunga-bunga kegembiraan pun terpancar kat muka..hohoo
Nasib masa tu takde henset berkamera, kalo tak aku snap-snap dah :D

Dekat setahun jugak la aku macam tu..mengharapkan dia perasan kewujudan aku.
Sebelum aku pindah sekolah sempat aku minta tolong member aku ushakan nama dia.
YUSRY ZAIRY..namanya sekacak tuannya.hoho..Ada kenai??

Masuk sekolah baru maka berakhir lah disitu kisah cinta pertama aku..terkubur dah perasaan tu
Seterusnya wujud kisah cinta kedua, ketiga, keempat and so on.

Gambar yang takde kaitan: Jawapan untuk teka-teka haritu.

Thursday, March 24, 2011

Cubaan Bunuh Diri Di KB MALL

Sebelum ni kita digemparkan dengan kejadian KB Mall runtuh..Kali ni lagi gempar bila tempat tersebut dijadikan tempat untuk membunuh diri oleh seorang remaja perempuan pada waktu petang tadi. Dengar cite sebab kantoii result SPM, ada pula yang kata sebab putus cinta..Wallahualam




Apa nak jadi la dengan remaja sekarang..tak pikir panjang. Papepun, Alhamdulillah hidup lagi..sempat lah nak bertaubat.

Tuesday, March 22, 2011

Mana Nak Beli Tetikus ni?

Menarik,bermanfaat dan practicable.
Teringin nak memiliki salah satu dari tetikus ni.

Yang ni best, pakai kat jari. Tak perlu pegang-pegang dan letak-letak. Klik guna ibu jari. Mudah kan.
Tetikus ni guna sensor optik untuk mengesan dan kawal kedudukan cursor.

  Compact design, punya lebih dari satu fungsi iaitu Numeric Keypad dan Optical Mouse
Memang innovatif!

Rasa-rasa kalau mouse tu kotor sangat boleh dibasuh dan sabun sekali. Design kalis air ni memang sesuai bagi mereka yang selalu tumpahkan air ke, atau yang sangat pentingkan kebersihan.

Monday, March 21, 2011

Jawab Soalan Ini

Cuba teka apa yang ada dalam kotak tu??


Klu: gigit tak patah, bentuk bulat
Selamat mencuba..terbuka sepanjang masa.

Opkos yang jawab dengan tepat dan cepat dapat ganjaran.

Kepada Manusia yg Suka Pakai Ledging

Satu perkataan je..aku memang MENYAMPAH dengan orang yang bertudung tapi pakai ledging.
Tak faham konsep aurat agaknya. Seronok sangat tayang aset. Ingat dah tutup seluruh kaki cukup syarat tutup aurat lah? Tak seksi lah?

Tak tahu dah wess nak tegur diorang ni macamana..Aku sendiri naik malu bila mata jantan-jantan merayap kat diorang tu. Seksanya

Takkan ar nak tunggu sampai orang kafir cakap, "Bukan ke orang Islam tak boleh pakai seksi2 ke, ledging tu ketat dan nipis kan".
Pffiittt!!

Fakta Menarik Mengenai Haiwan

1) Tahukah anda, semut tidak pernah tidur dan ia akan bersenam merenggangkan badannya setiap pagi.

2) Jerung boleh hidup sehingga 100 tahun.

3) Apabila seekor badak air dewasa mengangakan mulut, keluasan bukaannya cukup untuk membolehkan seorang budak setinggi 1.25m berdiri di dalamnya.

4) Gajah hanya tidur 2 jam sehari, tetapi Gorila dan Kucing 14 jam!

5) Lintah bulan mempunyai 4 hidung!

6) Burung Penguin boleh berenang sepantas 24 KM sejam.


7) Tiada seekor pun Singa dan Labah-labah mempunyai bulu dan bentuk yang serupa.

8) Ikan paus boleh berenang selama 3 bulan tanpa makan.

9) Tiram boleh bertukar jantina.

10) Lebah boleh hidup sekitar 40 hari sahaja kecuali pada musim sejuk ia boleh hidup selama 3-6 bulan.



11) Kuda Belang mempunyai kombinasi warna yang sangat menarik iaitu hitam dan putih, Tetapi warna asasnya adalah PUTIH.

12) Unta mempunyai 3 lapisan kelopak mata, ini dapat melindungi matanya dikawasan padang pasir.

13) Seekor Cacing mempunyai 8 jantung.

14) Lembu adalah haiwan yang buta warna.

15) Telur burung unta adalah telur paling besar di dunia. Berukuran 6-8 inci setiap 1, kalau di rebus akan mengambil masa 40 minit untuk masak.

16) Kalau kita sembur racun ke arah semut, serangga itu mesti akan tumbang ke sebelah kiri.





 17) Hamster hanya mengelipkan sebelah mata sahaja pada setiap masa.

18) Rama-rama tidak mempunyai perut.

19) Landak akan terapung kalau dicampak ke dalam air.

20) Semasa dilahirkan, anak Beruang panda adalah lebih kecil daripada seekor tikus. Beratnya cuma 113 gram sahaja!

21) Nyamuk betina boleh hidup sehingga 100 hari manakala nyamuk jantan hanya 10-20 hari sahaja.

22) Walaupun tenaga seekor buaya semasa menutup mulutnya begitu kuat sehingga boleh mematahkan tulang- temulang kita, tetapi otot yang bertindak untuk membuka mulut haiwan tersebut terlalu lemah sehingga kita boleh memegang mulut Reptilia itu dan menghalangnya daripada terbuka dengan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja.



23) Ular tidak boleh mengelipkan mata, Reptilia itu juga tidak akan mematuk ketika berada di dalam air kerana boleh menyebabkannya lemas.

24) Tenggiling adalah binatang yang malas. Haiwan ini menggunakan 80% hayatnya semata-mata untuk tidur!

25) Badak boleh mengangkat 850 kali beratnya sendiri sedangkan manusia hendak mengangkat beban yang 2 kali ganda beratnya pun macam hendak terkeluar isi perut.

26) Seekor landak dewasa mempunyai 30,000 batang duri pada badannya dan ia diganti setiap tahun.





27) Seekor penyu boleh hidup sehingga 100 tahun

28) Belalai gajah tidak bertulang, tetapi mengandungi 40,000 otot!

29) Rama-rama merasa makanannnya dengan menggunakan kaki terlebih dahulu.

30) Arnab betina boleh mengawal lebihan populasinya dengan menyerap embrionya ke dalam tubuh.

31) Buaya pula tidak boleh mengundur.

32) Harimau Kumbang boleh berlari sepantas 110 KM sejam.

33) Kupu-kupu boleh mengesan bau yang berada 11 KM jauh darinya.




 34) Tikus Mondok boleh menggali lubang sedalam 91 m dalam tempoh 1 malam sahaja. Kalau 5 malam, berapa m? 10 mlm? 20 malam? Berapa pulak?



Dicopy paste dari SINI

Sunday, March 20, 2011

Santan Sawit Dalam Masakan

Pernah dengar santan yang dihasilkan daripada kelapa sawit? 
Aku baru tahu hari ni..ahakss..memang ketinggalan lah. 
Dekat Kosmo! tahun lepas ada keluar artikel pasal benda ni.


Sebenarnya santan sawit ni telah dikomersialkan bertahun-tahun lepas lagi, setelah penghasilan mendapat pengiktirafan pada tahun 1998.
Santan ni dikatakan setanding santan kelapa dari segi rasa dan rupa, malah mempunyai pelbagai khasiat, termasuk kandungan lemak tepu yang rendah dan lebih tahan lama. 
Walaupun harga dia agak mahal dari santan biasa, tapi penggunaanya lebih jimat sebab kandungannya lagi pekat. Ada la dalam 4 ringgit lebih sepaket. Berbaloi la kot dengan proses penghasilannya yang rumit.


Satu alternatif yang bagus kan, tambahan pula kemelut kelapa semakin bertambah sekarang ni.   
Lagipun produk ni masih lagi dianggap baru, jadi kurang persaingan. Dari sini bolehlah peniaga mengambil peluang untuk menjana pendapatan kan.
Setakat ni yang aku tahu pengeluar besar produk ni berjenama Khalis jela.




p/s: aku masih lagi pengguna setia santan kelapa yg segar dari ladang tu.

Saturday, March 19, 2011

Mengapa Bunga Raya Dipilih Sebagai Bunga Kebangsaan

Rasanya persoalan ini timbul masa aku kecil lagi, cuma sekarang baru rajin nak mencari jawapannya :D
Kenapa ya bunga raya? kenapa tidak bunga lain

 
Hibiscus rosa-sinensis
Secara amnya, ketika pemilihan Bunga Kebangsaan ni terdapat 7 cadangan bunga iaitu Kenanga, Melur, Teratai, Mawar, Cempaka, Bunga Tanjung dan Bunga Raya. Kemudian untuk pemilihan bunga mana yang layak, satu kajian pada orang ramai telah dibuat. Hasilnya, penduduk Pantai Timur memilih bunga mawar manakala penduduk Pantai Barat memilih bunga melur.

Akhirnya, kerajaan buat keputusan pilih bunga raya. Antara sebabnya, bunga raya sememangnya terkenal di seluruh negara, warna menarik, bentuk unik, nama diguna pakai pun sama dan semestinya bukan simbolik bunga kebangsaan mana-mana negara lain masa tu. Kriteria pada bunga raya ni kemudiannya dilambangkan mengikut perkara tertentu.

Rujukan dan pautan: Sini

p/s: Keputusan kajian mengatakan bunga mawar dan melur jadi pilihan. Tutt bunga raya dapat nama. Hohoo

Monday, March 14, 2011

GiveAway Aliesha Kirana Makngah Auni!

Assalammualaikum semua!
Hari ni aku join G.A dari blog  Aliesha Kirana
Jom semua pakat join.
Nak tau syarat-syarat dan hadiah boleh jenguk blog tu.
Tarikh tutup 23/03/11 ni.
Pantun khas buat Auni dan makngahnya:
Anak kecil berketawa riang
Tersenyum manis lagi menawan
Auni cahaya tak kira malam dan siang
Penawar buat makngahnya dan kawan
~senyum :)

Sunday, March 13, 2011

Cara Baik Pulih Handphone yg Dimasuki Air

Masa naik bas pagi tadi, aku dengar-dengar orang sebelah aku cakap dengan member dia. Bukan sengaja curi dengar, tapi dia tu yang cakap terang n jelas :D


Member sebelah sana tu cakaplah yang handphone dia rosak, masuk air. Macam mana air masuk tak tau ahh.
Member sebelah sini pun bagilah satu tip, cara yang tak penah aku dengar.
Tapi dari kesungguhan dia cakap tu macam boleh guna pakai tip tu.
Dia cakap kalo handphone masuk air, rendam dalam beras. 
Buang penutup belakang, cabut bateri, keluarkan simcard dan rendam handphone tu semalaman dalam beras. 


Gambar: Kalo tenggelam terus macam ni tak dapat nak diselamatkan dah la kot


Rasa macam nak try, nak uji betul2 menjadi ke tak cara tu. Tapi takkan la aku nak g rendam handphone aku dalam air pulak sebab nak bereksperimen.hehehh
Ada sesape penah cuba wat macamni?

Friday, March 4, 2011

Beranak Sendiri arr

"Anak orang nak main, diri sendiri taknak beranak"

Ayat yang diucapkan oleh seorang BAPA sewaktu kitorang menjalankan pemeriksaan Quality Assurance di Jabatan Perubatan Nuklear, Radioterapi & Onkologi (gilakk! nak jugak tulis penuh).

Walaupun kata-kata tu bukan dituju buat kitorang. Dan bukan anak dia yang duk menangis tu.
Memang kami semua turut terasa lah kan.
Pedas dan tepat sekali.
Sememangnya kami yang bujang-bujang ni selalu sangat bermain-main dengan anak orang.

Tapi itulah hakikatnya, si single-single ni suka sangat usik anak orang. Anak-anak kecil lah, bukan yang tua bangka tu. Nak merasa pegang anak sendiri belum tiba masanya.
Rasanya kalo mereka yang dah punya anak sendiri tu tak ada lah nak usik anak orang lagi kan.

Harap-harap ibu-ibu bapa-bapa sekalian tak marah kalo kitorang usik-usik pegang-pegang anak anda. 
Anda sepatutnya berbangga mempunyai anak yang comel, kiut miut. Daya penarik tu.
Kitorang yang tengok ni rasa geram.
Jangan risau kitorang tak bawa lari punya.
Kalo budak tu menangis bukan salah kami, anak anda tu manja sangat. Wahaha.

sape tak geram kalo ghuponya macam ni

p/s: mesej untuk ibu-bapa yang anak kecilnya selalu menjadi perhatian :)


::THANKS FOR READING::