Thursday, September 20, 2012

Kekeliruan antara duit RM20 dan RM10

Alkisahnya, ada seorang member aku pergi isi minyak kereta RM30. Dia bagi pada cashier tu RM50. Haruslah bakinya RM20 lagi kan. Bila cashier beri not RM20 sekeping, member aku pun minta lagi sekeping sebab ingatkan yang diberi itu not RM10. Termalu disitu..katanya, kenapa la duit RM10 dengan RM20 nampak lebih kurang saja warnanya..

Hakikatnya, warna duit not RM10 dengan RM20 tak lah sama, tapi apabila tengok sekali imbas mesti tertukar not RM10 dengan RM20, tambahan lagi not RM20 adalah duit baru, pasti sesetengah orang masih belum familiar dengan rekaan tersebut. Asal warna merah-jingga mesti suspek tu duit RM10..

Kisah seterusnya terjadi pada musim raya baru-baru ini, ada seorang member ni bukan main gembira lagi dapat duit raya..bila buka angpau nampak not macam merah terus sangka itu RM20..seronok lah dia. Malangnya, sebenarnya itu not RM10..he he, kuciwa bukan

Wednesday, September 19, 2012

berjinak-jinak dengan says.my

Says.my sememangnya telah lama popular dikalangan rakan-rakan lain. Kecuali aku yang baru nak bergiat aktif dengan says.my ini.
Buat pengetahuan bagi yang belum tahu, says.my serupa sebijik sama dengan churp churp, bezanya adalah dari segi kadar bayaran. Dimana churp churp meletakkan kadar setiap iklan adalah 20 sen per klik, manakala says.my kekadang ada yang lebih dari 20 sen per klik. Sudah tentu lebih menguntungkan kan.

Pada mulanya aku anggap benda main klik-klik tu melecehkan. Bak kata pepatah tak cuba tak tahu, jadi apabila dah mencuba memang masyukkk. biarpun nampak nilai 20 sen macam sikit kan, tapi jika 10 orang klik sehari dah dapat rm2, kali 5 hri dapat rm10. Itu baru kiraan 10, kalau 100? 1000? congak la sendiri..he hee.

Setelah aku makin rancak nak promosikan iklan says.my semenjak dua ni, maka dapatlah aku kumpul seperti nilai yang tertera dibawah.


Sikit saja kan, nak cash out pun tak lepas. Tapi berbaloi juga la sambil online FB sambil tambah income.  Selain FB kempen-kempen says.my boleh juga kita war-warkan melalui twitter, email or blog ke.

Daftar says.my

Lepas dah daftar terus boleh promosi kan kempen-kempen says.my.