Pages

Thursday, June 28, 2012

Belajar mekap smokey eye

Rentetan dari entri Belajar Mekap Siang hari tu, kali ni tunjuk pula gambar langkah demi langkah untuk mekap malam ataupun dinner. Dalam mekap malam tersebut aku telah diajar teknik smokey eye. 
Tentunya ramai yang suka nak buat smokey eye kan sebab caranya simple je tapi hasilnya mengagumkan!


 

1. Macam biasa lah lepas pakai foundation dan bedak, letak lagi bedak serbuk bawah mata untuk elakkan jadi comot lepas pakai eye shadow nanti.
Then, letak eye shadow warna putih pada seluruh bahagian kelopak mata dan sedikit aje pada bawah mata.

2. Lapiskan eye shadow warna hitam pada separuh dari kelopak mata tadi.

3. Hitam kena kasi terang

4. Lapiskan eye shadow warna gelap (cth: biru tua) ke seluruh kelopak mata. Blend-blendkan dengan warna hitam tadi. 

5. Lapiskan eye shadow warna cerah (cth: biru muda) pada bahagian atas warna gelap tadi. Blend-blendkan lagi. Letak eye shadow putih sebagai highlight kat  bawah kening.

6. Pakai liquid eyeliner kat atas mata

7. Hasil selepas hitam, biru gelap dan biru cerah digabungkan

8&9. Lukis, bentuk dan ratakan warna kening

10. Kepit bulu mata biar lentik, sebab nanti nak pakai bulu mata palsu. hehe.

11. Oh ya, pakai juga eye shadow ikut warna atas tadi pada bahagian bawah mata. tidak dilupa juga eyeliner 

12. Hasilnya!

13. Letak bulu mata palsu, then topup balik eyeliner atasnya

14. Mekapkan mata sebelah kiri plak.

15. Dengan efek bulu mata palsu segala bagai.  Amacam?



Nanti..
Kalau aku rajin aku tunjuk lagi pasal belajar mekap pengantin & mekap artis



Lelaki kurus ramai je awek suke


hahahahaa
tergelak berjemaah pula bersama-sama housemates dengan kata kunci hari ni..

betul ke ada website macam tu? tak try google lah pula.
yang pasti, lelaki kurus ramai je awek suke. kekeke


Friday, June 22, 2012

Drama Dejavu Di Kinabalu. best!


Assalamualaikum & salam sejahtera,
Soundtrack selingan dejavu di kinabalu
Itu adalah antara kata kunci pagi ni yang membuatkan pengunjung singgah di blog aku. Agak kesian padanya sebab entri berkaitan kata kunci tersebut tak pernah dibuat aku.


Drama dejavu di kinabalu merupakan slot akasia yang baru ditayangkan di TV3. Bagi aku drama yang dibintangi Aqasha dan Tiz Zaqiyah ini cukup menarik untuk ditonton.  Dan tepat pukul 7 aku akan terpacak depan tv melaghokan diri. Jalan ceritanya lebih menarik berbanding slot akasia terdahulu kala iaitu, Atas Nama Cinta. Drama tersebut aku pernah buat review dahulu di mana jalan cerita Atas Nama Cinta agak copycat dengan drama korea Spring Waltz.

 
Secara ringkasnya drama dejavu di kinabalu ini berkisar tentang Ammar (Aqasha) yang sentiasa dibayangi kekasih lamanya apabila berdepan dengan Nadira (Tiz Zaqiyah). Lama kelamaan Ammar macam dah jatuh suka pada Nadira. Disebalik kisah tersebut, rupa-rupanya Nadira adalah penerima jantung yang diderma oleh kekasih lama Ammar. 

Lepas tu apa jadi? Tontonilah episod seterusnya.

p/s: suka jugak soundtrack drama ni, Butterfly nyanyian Melly Goeslow

Thursday, June 21, 2012

Thanks Nuffnang bagi BE yang ke 23, 24 & 25

Hehehh

Alhamdulillah masih lagi diberi rezeki BE.
Terima kasih kat nuffnang sebab beri peluang kat blog aku untuk letak iklan-iklan tu semua iaitu,
DiGi DEP Rider, KOSE Save The Blue, dan Libresse Pure Fresh.

Walaupun UV kat blog ni kekadang tak mencapai seratus pun sehari tapi itu bukanlah faktor untuk nuffnang kedekut dengan kita.

Terima kasih juga buat pengunjung blog yang tak seberapa ini. Mudah-mudahan kalian juga murah rezeki hendaknya.

Bagi yang berminat untuk tahu sejarah BE nuffnang di blog aku boleh klik label nuffnang.


Hot Jugak!




Wednesday, June 20, 2012

Belajar Mekap Siang

Minggu lepas aku ada pergi bengkel mekap anjuran giatmara di bawah program Kursus Latihan 1 Malaysia.
Free aje. Alat mekap pun disediakan. Nota diberi. Just bawa diri.
Sijil juga akan diberi setelah tamat bengkel tu nanti.

Modul pertama bengkel tersebut adalah mekap untuk siang hari.
Mekap siang ni tak tebal sangat dan sesuai kalau nak pergi jalan-jalan, g kelas tak pun time kerja.

Macam biasa lah, kalau nak mekap benda asas yang perlu ada ialah foundation, bedak padat, naturactor, bedak serbuk, eye liner, eye shadow, maskara, pensil kening, lipgloss, gincu, pemerah pipi dan berus-berusnya.

Part penting masa mekap siang ni adalah bahagian mata. Lebih terserlah disitu..
Nampak senang je masa cikgu buat demo tapi bila buat sendiri susah jugak tau

 

Minggu depan belajar mekap untuk dinner plak.
InsyaAllah jika berkesempatan aku update gambar kat blog lagi


NIKON GIVEAWAY By Ieqah Blog Gajah

Assalamualaikum..

dah lama giler aku tak join give away.. Latest give away yang aku join adalah GiveAway Aliesha Kirana Makngah Auni! pada bulan 3 tahun lepas. 
Benda-benda camni sebenarnya aku tak minat sangat dan ada je sifat malas bila nak buat entri give away tu. semangat nak support member blogger pun takde. parah betolll

Tapi kali ni give away anjuran Belog Ieqah Si Gajah buat aku tertarik nak join.
Sebabnya,
hadiah utama dia tu menarik sangat, MINI DSLR NIKON PENDRIVE 8GB.
sebagai syarat, aku lengkapkan slogan ni:
Saya join Nikon GiveAway by Ieqah Blog Gajah kerana saya berkenan sangat dengan mini dslr nikon pendrive 8gb tu. smart dan cun. Tak ada dslr yang betul pun jadi la asalkan dapat yang mini ni

Sesape yang nak join boleh klik banner atas tu. Taknak join pun takpe, kurang sikit persaingan aku..hehe

Sekian.


Tuesday, June 19, 2012

Kenali tayar kenderaan anda

 Info berguna buat kita semua..kalo main beli je tanpa usul periksa, nayaa.......

Thursday, June 14, 2012

Kelas memandu di Korea dan Malaysia

Assalamualaikum,

Tadi tengok We Got Married Episod 16, 17 yang pasangan ubi keledek. Si Yonghwa CN Blue dengan Seohyun SNSD tu.
Dalam episod tu diorang kena ambil lesen memandu sama-sama.
Yang menariknya, rupa-rupanya kat korea guna trak pikap semasa belajar dan test.

Agak-agak kalau kat Malaysia guna trak tu jugak berapa ramai yang lulus eh..huhu
Nasib kat sini guna kancil takpun viva je kan.
Kereta kecil camtu lagi senang handle dari trak pikap yang pendek depan belakangnya panjang.

Satu lagi,
Berita baik untuk generasi akan datang, tak lama lagi kerajaan akan buat kelas memandu guna kereta auto dah. Hari tu cakap nak dilaksanakan bulan Mei lepas, tapi tangguh plak.  Untung la korang kan
Tapi yang tak untungnya,
Kementerian Pengangkutan telah menetapkan bahawa calon yang memilih transmisi automatik hanya dibenarkan memandu kenderaan transmisi yang sama selepas memperolehi lesen kelak. Hanya calon yang lulus dengan kenderaan transmisi manual dibenarkan memandu kenderaan manual dan automatik.
Keh keh keh..Kalau degil jugak, kena saman!

Thursday, June 7, 2012

Semak keputusan peperiksaan sekolah secara online

Assalamualaikum

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) merupakan sistem yang ditubuhkan dengan salah satu tujuan utamanya adalah untuk memudahkan ibubapa memantau keputusan peperiksaan anak-anak mereka dengan pantas dan mudah. 
Hanya perlu memasukkan no kad pengenalan ataupun no siji lahir pelajar kemudian pilih jenis sekolah dan klik ujian bagi tahun sekian-sekian, sistem seterusnya akan memaparkan maklumat markah bagi setiap subjek milik pelajar tersebut.
Senang saja kan, semua maklumat di hujung jari.


Klik pautan di bawah untuk ke laman SAPS:

Sistem SAPS ini merupakan sistem yang agak baru diperkenalkan. SAPS atau Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah dirangka bagi menjalankan fungsi sebagai pusat pengumpul, penyimpan dan menganalisis data peperiksaaan dalaman setiap sekolah di seluruh Malaysia. Sistem ini berfungsi hanya di atas talian (online) yang boleh dicapai oleh pihak tertentu seperti KPM, JPN, PPD dan sekolah. Penyediaan pusat data yang berpusat ini memberi kemudahan dan boleh digunakan oleh pihak KPM, JPN dan PPD untuk membuat perbandingan, analisis ataupun mengenalpasti kelemahan yang ada untuk diperbaiki. Sistem ini juga direka bagi mengurangkan masalah dalam meminta data peperiksaan sekolah. SAPS ini juga boleh dijadikan penunjuk aras kepada pihak pengurusan melalui analisis TOV (Take Of Value), ETR (Expected Target Result) dan AR (Actual Result). 

Cuba cek yang adik aku punya markah peperiksaan

Malangnya, tiba-tiba keluar camni
Ayarkkk!
Masalah cikgu ke server ni?? Tak terpantau jugak le nampaknya

Tuesday, June 5, 2012

gerhana bulan 4 jun 2012

Jom layan gambar gerhana bulan  semalam:

Gerhana Bulan Separa (dalam bayang penumbra) yang sempat Langkawi National Observatory
(LNO) rakamkan.
7:29 pm dari Sandakan
imej dari penang
 imej dari balai cerap selangor pada 08:03 pm..keadaan berawan yang tipis
Bulan bersinar terang selepas berakhirnya gerhana
sumber: Malaysia Lunar Eclipse


4 benda yang sering hilang

Sebelum ni aku ada post pasal screw driver yang hilang kan.
Rupa-rupanya benda tu ada terselit kat salah satu beg aku.
Memang berpenyakit betul lah muda-muda ni

Cakap pasal benda hilang ni,
budak-budak kat rumah aku selalu hilang tak jumpa cari 4 benda:
  1. Kunci - kunci rumah, kunci bilik, kunci motor, kunci kereta
  2. Handphone - memasing akan mula main miss call, selalunya akan jumpa celah sofa, dalam kereta, dalam handbag, etc
  3. Pakaian - tshirt, kain tudung, seluar dan stoking. Selalunya, kes terjadi sebab ada yang tolong basuhkan atau ada yang tolong angkatkan jemuran lepas tu simpan kat tempat lain
  4. Cermin mata - terpaksa meminjam cermin mata kengkawan lain untuk mencari cermin mata sendiri
Apa nak jadi la..penyakit berjangkit kot sifat pelupa ni.
Papepun benda yang hilang tetap ditemui!


Monday, June 4, 2012

Jom tengok Gerhana Bulan petang ni

Gerhana bulan datang lagi, ingat tak dulu ianya pernah berlaku pada 6 mei 2012.
Masa tu aku tak sempat tangok pun. Kali terakhir aku tengok gerhana bulan beberapa tahun lepas. Tak ingat sangat bila, tapi masa tu aku masih lagi sekolah. Sanggup bersengkang mata sampai pukul 1 2 pagi semata-mata nak tengok gerhana bulan.
Subhanallah! Memang awesome sangat scene tu!

Hari ni, 4 Jun 2012 gerhana bulan bakal berlaku lagi. Gerhana ini akan bermula pada 4:48 petang tapi hanya boleh dilihat apabila bulan naik pada jam lebih kurang 7.18 petang. gerhana bulan ini akan berakhir pada jam 9:18 malam.

Fasa Gerhana Bulan Separa pada 4 Jun 2012
lagi info di: Laman Web Rasmi Planeterium Negara