Pages

Friday, December 23, 2011

Ringgit Malaysia Baru, Warna-Warni


Duit kertas baru yang diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia.
Meriah aku tengok design duit baru ni, warna-warni dan punya ciri-ciri yang unik.
Dengar cerita, bulan Julai tahun depan akan mula keluar.
Layan gambar dulu jela sekarang ni ;)

Duit Kertas RM1- Sukan Tradisional

Duit Kertas RM5- Hidupan Liar

Duit Kertas RM10- Flora

Duit Kertas RM20- Hidupan Laut

Duit Kertas RM50- Pertanian dan Teknologi

Duit Kertas RM100- Keajaiban Alam Semula Jadi

Design lawa2 macamni sayang pula nak guna..huu.

Tuesday, December 20, 2011

Nama Anak Jin Undang Penyakit Misteri

Nak kongsi dengan semua sesuatu yang member aku post kat fb tadi. Soal ini bagi aku tak boleh dipandang remeh. Sekadar langkah berjaga-jaga sebab kita tak tahu apa yang bakal terjadi pada masa depan kan.
Dalam rancangan Tanyalah Ustaz TV9, Ustaz Sharhan Shafie pengamal perubatan Islam menyatakan nama-nama berikut merupakan antara nama-nama anak Jin...walaupun maknanya bagus namun nama-nama ini BOLEH mendatangkan penyakit misteri.
1. Balqis
2. Qistina/Kistina
3. Najwa
4. Zakuan/Zaquan
5. Batrisya
6. Erisya
7.Mazda
Jadi janganlah sesekali mengambil nama-nama di atas untuk nama anak-anak kita. PERINGATAN dari Ustaz Sharhan Shafie, kepada mereka-mereka yang bernama yang sedemikian TIDAK perlu untuk MENUKARKAN nama tetapi perlu menukar PANGGGILAN kepada yang lain.. sebagai contoh kalau SITI NAJWA, dari dipanggil Najwa ditukarkan kepada SITI.
Daripada senarai nama kat atas, ada diantaranya nama yang digunakan oleh orang sekeliling aku (nama yg 2 3 4 5). Bagaimanapun, syukurlah setakat ni diorang sihat walafiat sahaja. Sesungguhnya, setiap perkara yang terjadi itu adalah di atas kehendak Allah. 
Mungkin ada sesetengah dari kita tak percaya semua ni kan, yelah apa kaitan penyakit misteri dan nama anak. Dalil dan hadis sahih pun takdak kan. Namun janganlah ditolak seratus peratus pendapat di atas. Bagi aku, sebagai seorang ustaz yang berpengalaman dalam hal-hal jin mesti apa yang dikatakan adalah berdasarkan ilmu serta pemerhatiannya, bukan hanya beri pendapat secara logik. 
MENCEGAH lebih baik dari mengubati.

Saturday, December 17, 2011

Rekod Baru Orang Paling Rendah di Dunia

Jyoti Amge, seorang pelajar India yang berumur 18 tahun telah diisytiharkan sebagai wanita paling pendek di dunia oleh Guiness World Records pada Jumaat semalam.

Dengan ketinggian 62.8 cm (24.7 inci), dia 7cm lebih pendek daripada pemegang Guiness World Records sebelum ini iaitu Bridgette Jordan, seorang rakyat Amerika.
 Bridgette Jordan bersama abangnya

Bagaimanapun ketinggian Jyoti Amge ini tidak dapat megatasi wanita terpendek dalam sejarah iaitu Pauline Musters, yang tinggal di Belanda. Pemegang rekod dari 1876 hingga 1895 dengan ketinggian 61 cm (24 inci).
Pauline Musters like a doll lah
 
 
Lagi info rekod dunia:

Impian Termakbul

Tak sangka betul rezeki kali ni. Termakbul juga keinginan aku. 
Semalam baru aku post entri Nak Lagi Bubur Asyura
Alih-alih petang tadi jiran sebelah rumah datang bagi bubur asyura.
Budak kecik yang aku panggil Na datang ketuk pintu, terus bagi mende ni.
Tak sempat nak cakap terima kasih dia dah pecut pergi. aishh laju betul..

Ke jiran aku ada baca blog ni.  Kesian kot tengok entri aku macam orang kempunan. Maka dimasaknya satu kawah bubur asyura. hehe
Bubur asyura diorang buat ni sangat sedap. Satu famili aku habis duk puji2.
Thank you Allah diatas nikmat ini.

Thursday, December 15, 2011

Kapal Selam Keluaran Perodua



lagi gambar lawak:
betul betul betul
Lawak Local

Nak Lagi Bubur Asyura

Tadi aku jejalan kat blog Hok Sengoti, baca post asal bubur asyura.
Teringat pula untuk bulan Muharram ni baru sempat makan sekali. Tak puas rasanya.
Hari ni dah 19 Muharram . Sempat lagi kot nak makan lagi.
Kalau bukan bulan Muharram memang tak merasa lah kan bubur asyura.

Lain negeri lain rasa bubur asyuranya. Rupa saja sudah lain. Bubur asyura kelantan bagi aku sangat best, tapi jawapan ni mungkin berubah setelah aku rasa setiap bubur asyura yang dibuat kat negeri lain nanti. Mungkin juga tak.

Bubur asyura Kelantan, warna hitam. Rupa tak berapa menarik tapi rasanya ohsem. Aku suka sebab diletak daging dan rempah ratus. Yang Terengganu buat pun lebih kurang je rasanya dan rupa.

Teringin aku nak merasa bubur asyura kat negeri lain pula. Agak-agak kat Negara Islam lain ada orang buat juga tak bubur asyura ni? Mesti sangat variasi kalau ada kan

Friday, December 2, 2011

Perlunya kritikan untuk jadi lebih baik

Bagaimana untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik ? Kita manusia seolah-olah berada dalam sebuah rumah pondok. Kadang-kala walaupun pondok ini sudah usang bagaikan hendak runtuh, kita yang berada di dalamnya mungkin belum menyedarinya.

Masyarakat kita terbina sebagai sebuah masyarakat yang jarang mengkritik rakan kita. Kita lebih selesa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini dan berharap keadaan akan berubah menjadi lebih baik di masa hadapan.

Contohnya, jika badan anda berbau busuk. Anda mungkin tidak menyedarinya kerana bau ini berkembang sedikit demi sedikit dan hidung anda terbiasa dengan bau ini.

Kawan anda yang merasai bau ini mungkin juga akan terus diam tanpa memberitahu anda dengan harapan keadaan akan berubah pada keesokan harinya.

Ini adalah masalah yang perlu kita selesaikan. Kita perlu membudayakan rakan kita untuk mengkritik kita dan kita seharusnya menerima kritikan ini dan cuba berubah tanpa sebarang rasa malu atau marah.

Keadaan kedua yang lebih teruk berlaku kepada seseorang individu apabila seseorang menyatakan bahawa "bau badan awak busuk".
Apabila seseorang menyatakan kenyataan seperti di atas, ini adalah indikasi bahawa bau badan anda itu sudah TERLALU BUSUK.
Jika ianya TIDAK TERLALU BUSUK, mungkin tidak ada orang akan menyatakannya kerana mereka akan cuba menyesuaikan diri dengan keadaan ini.

Pengajaran yang boleh diambil adalah:-
1. Budayakan orang disekeliling anda untuk mengkritik anda. Terima dan nilai dengan hati terbuka. Tidak perlu malu atau marah.
2. Jika orang menyatakan sesuatu kritikan. Ini bermakna keadaan sudah menjadi terlalu teruk. Jika tidak terlalu teruk, orang tidak akan menyatakannya.
3.Terima kritikan secara terbuka, ini untuk kebaikkan anda bukan kebaikkan orang yang mengkritik.

Jika kita lihat, kebanyakkan ahli politik akan mengelilingi diri mereka dengan orang yang suka memuji mereka. Apabila ini terjadi, mereka ini akan hidup dalam dunia utopia tanpa mengetahui keadaan yang sebenar. Biasanya apabila kebenaran sebenar itu muncul, keadaan sudah terlambat untuk diperbaiki. Jangan benarkan orang sekeliling anda memuji dan mengampu anda. Ini BAHAYA !!!


~ Apa yang aku lihat kat dunia blog sekarang ni, ramai yang hipokrit termasuk aku. Hanya lemparkan pujian sehinggakan empunya diri tu makin leka. Mungkin yang seeloknya, kritikan diselitkan dengan pujian.. mudah dia nak terima. Berilah kritikan yang membina dan berhemah, bukannya dengan mengeji. Bila mengeji, kita dianggap keji. Orang yang keji siapa mahu turuti.  

~ Biasa-biasakanlah diri korang mengkritik aku. Aku sedia menerima kerana aku mahu menjadi lebih baik! he he

Thursday, December 1, 2011

Komik kos 10sen dijual harga 6juta lebih!

Selalunya korang beli komik berapa ringgit? Kalau komik doremon ke sinchan tak lebih dari sepuluh ringgit je kan.
Percaya tak satu komik ni dijual dengan harga $2.16 juta! Tukar duit Malaysia jadi RM 6,788,702.87. Kalau beli lamborghini dah dapat 2 3 bijik tu.

Komik yang paling mahal di dunia ini merupakan ''Action Comics No. 1'' yang memaparkan penampilan pertama SUPERMAN. Isu pertama itu merupakan terbitan tahun 1938 dan dilelong dengan harga $1 secara online dekat www.comicconnect.com sejak 11.11.11. Lelongan baru je berakhir semalam, namun siapakah pembeli mahupun penjualnya tidak didedahkan.

 

Dengar kata Nicolas Cage yang beli. Kalau betul ko memang kaya gila ah!