Beberapa bulan lepas aku telah beli satu car seat untuk anak aku yang berumur 4 bulan.
Pilihan aku ialah jenama Little One, car seat ni aku beli secara online.
Pembelian kali ini agak terburu-buru tanpa kajian yang mendalam. Sebabnya nak guna segera, bajet time tu pulak ciput..
Mengikut keterangan yang ditulis dilaman online tersebut, ciri-ciri car seat ni agak baik (rujuk gambar bawah) dan harganya pula agak murah iaitu RM89.00. Orang yang beli pun ramai.. maka aku rasa ini adalah pilihan yang betul.
Bagaimanapun... Car seat little one ni, bagi aku tak cukup selamat..first impression apabila barang ni sampai ialah bodynya. Body plastiknya macam plastik baldi pun ada..ringan memang ringan.
Lepas aku beli ni baru pula ternampak seorang hamba Allah bagi review yang body car seat dia pecah sedikit semasa proses penghantaran. Bayangkanlah masa pos pun macam ni jadinya, apatah nanti bila berlaku kemalangan..
Walaupun ditawarkan 1 to 1 exchange semasa dalam tempoh waranti, adakah anda rasa berbaloi ?
Fabriknya pula biasa-biasa sahaja, jadi tak boleh komen lebih sebab padan dengan harga murahnya.
Tujuan kita beli carseat ni bukan sahaja untuk mudah letak anak tapi nak
melindungi anak dari sebarang risiko dan bahaya andai kata berlaku
insiden or kemalangan.
Nasihat aku korang peruntukkan lebih bajet korang dan beli carseat berkualiti. janganlah terburu-buru macam aku.
Jadi aku agak menyesal dengan pembelian kali ini dan telah menukar baru car seat anak aku. Car seat yang ni boleh la buat cradle anak kat rumah..
Sekian.