Monday, May 2, 2011

Edisi Skodeng: Ketika Kursus Kawin

Pertama sekali kalau ada yang tertanya-tanya bila aku nak langsung majlis, boleh dapatkan jawapan di entri INI.
HAHAHAHA
Dalam entri ni nak cerita benda yang aku skodeng dan terskodeng masa g kursus kawin hari tu.

Sepanjang duk kursus pra-nikah selama 2 hari tu banyak benda aku dapat. Sejujurnya, aku asyik termengantuk je setiap slot. TERMENGANTUK, sampai part-part lawak gilakk pun aku tak mampu nak gelak.  Suasana kat sana berbeza sket, mungkin sebab peserta-pesertanya punya latar belakang dan peringkat umur yang berlainan. Variasi perangai pun pelbagai. Dulu ada jugak kampus aku anjurkan kursus ni, tapi tak minat nak join sebab masa tu rasa muda lagi.
Sekarang ni nak nikah kena buat ujian saringan HIV/AIDS dulu..sah untuk 6 bulan sahaja ya

Tempat yang aku kursus ni kat dewan masjid dot dot dot. Peserta paling muda umur 15 tahun dan ada yang 16 tahun 3 4 orang.. muda gilakk. Aku memang stalk abis la maklumat peserta lain masa nak sain borang kehadiran tu. Curiosity beb bukannya busybody..ahakss. Pastu aku perhati lagi keadaan sekeliling, tiba-tiba terpandang sorang hamba Allah ni.. mak aihh perut dah muncit..belum nikah dah muncit, apalah 'rahsianyaa'. Nak je aku g tanya kenapa jadi camtu..tapi terbantut, akal masih waras lagi..lagipun 
masa lunch tu aku tengok dia santap berpinggan-pinggan nasik. Itulah la kot rahsianya..ahakss.

 ini gambar makan spageti
Harap-harap bakal isterinya tahu nak menjaga perut lelaki tu nanti. Dan semoga berbahagia untuk pasangan yang aku tak kenal namanya, sweet ah tengok korang..

Sambung lagi, masa nak balik aku sempat jeling-jeling lagi keadaan sekeliling, maka terlekatlah mata aku kat merpati dua sejoli ni.  Balik naik motor sama-sama..romantik gitu.  Bakal suami tunggu bakal isteri luar pagar masjid, takut-takut ustaz  nampak lah tu. Atas motor peluk-peluk, nanti jatuh..kononnya la.
Baru je ustaz pesan jangan begitu jangan begini. Tahu la dah nak kawin..bajet dah halal, ini baru sijil kursus pra-perkahwinan bukan sijil nikah.

p/s:
1. Pegi kursus kawin sebab nak isi masa lapang.
2. Peserta lelaki mengadu tak cukup makanan. 
3. Pompuan yg muncit bawa baby pun ada juga masa tu sebenarnya.
4. Lembab sangat aku makan, orang dah solat baru nak terhegeh-hegeh


::TERIMA KASIH SUDI BACA::