Monday, November 28, 2011

Main Banjir Lagi

Semalam pergi main air banjir lagi. Subuh tu nenek kat Rantau panjang talipon ajak kami adik-beradik pergi tangkap ikan. Apalagi, pukul 7.30 pagi dah bersiap-siap nak bertolak. Semangat!
Sampai kat Panglima Bayu nampak ada lagi label amaran laluan ditutup. Kami redah juga. Kalau ada lagi air banjir atas jalan nanti patah je balik. 
 

Syukur, lepas lalu kat UPP Lalang Pepuyu nampak dah takde air melimpahi jalan raya. Tapi rumah2 kat tepi tu berendam dalam air lagi.

Pastu dekat2 masjid Kubang Rambutan nampak air penuh atas jalan. Ada la takat lutut. Alamakk, kereta kecik tak boleh lalu. Terpaksa la tinggal kereta kat kawasan tinggi kat sana. Nasib dah dekat dengan rumah nenek, jalan kaki la kami merentasi air.

Pagi2 lagi ramai juga budak2 kecik duk mandi manda. Budak2 tua masih dalam kain selimut agaknya, pagi lagi kan.
Bedegooom sana bedegooom sini!!
Maka aku tak melepaskan peluang join sama budak2 ;D


 ~ jemput mai kalo nak rasa air banjir kelantan. Yehaa!

Friday, November 25, 2011

Nostalgia Banjir

Sekarang ni musim tengkujuh, maka kat dekat belah sini hari-hari hujan. Walaupun hujan itu rahmat tapi banyak aktiviti yang terbantut. Nak kuar rumah pun tak best dengan keadaan lembap basah macam ni. Jemuran nun, berhari-hari nak kering.

Mujur kawasan kampung aku tak dilanda banjir. Jika nak dibandingkan dengan tempat lain bukan setakat rumah je tenggelam malah ada insan yang turut terkorban kerana banjir. Bila baca suratkhabar semalam2 dilaporkan 4 orang mati lemas. Kanak-kanak lagi mereka itu. Aduhaii kasihan sungguh.

Memang tak dinafikan keseronakan main banjir ni. Aku zaman budak-budak dulu pun tak ketinggalan. Bila banjir mesti nak balik kampung, kat Rantau Panjang.
Pelik kan, orang nak lari dari banjir kita pergi cari banjir. Biasa la, kat rumah sendiri tak pernah banjir kan.
Best tak terkata weei bila jumpa air banyak, dapat pulak kayuh perahu sendiri. Ikut pula pak sedara dan sepupu-sepupu pergi tangkap ikan sampai ke Golok. Fuhh menyeronokkan!

Gambar-gambar masa banjir dulu ada simpan lagi. Layan jela.


Kat dalam gambar, sepupu2, adik2, pak dan mak sedara. Aku invisible.

Perahu merah atok punya. Air kat bendang padi, lapang je nampak.

Tangkap ikan banyak2 lepas tu buat pekasam. Sedapp


Tahun ni tak sempat pergi main banjir. Jalan tak boleh lalu, melainkan dijemput dengan perahu. huu..
Kalau ada yang nak keluar kena tahu laluan kat bawah ni masih ditutup kepada semua kenderaan buat masa sekarang ni,
  • Machang: Jalan Machang-Pangkal Meleret-Wakaf Bata
  • Pasir Mas: Jalan Pohon Tanjung-Meranti, Jalan Pohon Tanjung-Rantau Panjang (Jalan Lama) Kampung Siram
  • Tanah Merah: Jalan Tanah Merah-Kusial-Kampung Ipoh
  • Tumpat: Jalan Cabang 4/Kampung Jambu/Meranti. 
  ~ Hati-hati lah ya tak kira dimana anda berada. Air pun macam api juga, sikit2 jadi kawan bila banyak jadi lawan.

~Tak lupa juga Salam Ma'al Hijrah 1433 buat semua. Dengan tema “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah” semoga di tahun baru ini kita lebih diberkati dan dirahmati Allah s.w.t.


Tuesday, November 22, 2011

Dua Peminat Maut Final Bola Sepak Sukan SEA


JAKARTA – Dua peminat bola sepak Indonesia maut selepas berasak-asak bagi mengikuti perlawanan akhir pertembungan antara Malaysia dan Indonesia bagi merebut emas, di Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi. “Kami menemui mangsa terbabit dan mereka sudah meninggal dunia,” kata ahli paramedik, Abdul Majid memberitahu protal berita Detik.com.
Kedua-dua lelaki memakai kemeja-T merah putih skuad bola sepak Indonesia itu kemudian dibawa ke hospital berhampiran jam 8.30 malam waktu tempatan, kira-kira 90 minit kejadian berasak-asak itu bercetus. “Ketika kami masuk ke stadium, kumpulan penyokong bertolak-tolak sesama sendiri untuk meloloskan diri,” kata Helmi, abang kepada salah seorang mangsa yang maut itu. “Adik saya ditolak daripada saya dan kami terpisah. Saya kemudian mendengar beberapa orang terjatuh dan ada yang mati. Saya bergegas untuk mengetahui apa yang terjadi dan ketika itu saya lihat adik saya sudah meninggal,” katanya.
Identiti seorang lagi mangsa yang maut belum diketahui. Media tempatan melaporkan beberapa lagi penyokong turut dikejarkan ke hospital, termasuk seorang  budak lelaki berusia sembulan tahun yang terjatuh dan dilaporkan dalam keadaan koma. – AFP 

(sumber: MyNewsHub
 
  p/s:
- Takziah untuk keluarga mangsa..kesian bila bergembira pergi nak tengok bola, alih-alih hilang nyawa.
- Tahniah buat pasukan Malaysia kerana berjaya meraih emas, tahniah juga untuk pasukan Indonesia kerana kesungguhan mereka bermain.
- Menang kalah adalah takdir-Nya, jangan yang menang mengutuk yang kalah, yang kalah membara dendamnya.

Sunday, November 20, 2011

Bahan Paling Ringan di Dunia

Tahu tak bahan paling ringan di dunia diperbuat daripada logam. Logam selalunya kita dengar berat-berat kan.
Menurut edisi terbaru Science, bahan paling ringan di dunia ini telah dicipta oleh jurutera US. Ianya diperbuat daripada tiub logam yang sangat halus yang disusun ke dalam kekisi mikro - corak yang merentasi pepenjuru dengan ruang kecil yang terbuka di antara tiub.

Dengan jisim 100 kali lebih ringan daripada styrofoam,  ia juga mempunyai kadar penyerapan tenaga yang sangat luar biasa. Ketebalan dinding kekisi tiub pula 1,000 kali lebih nipis dari rambut seorang manusia. 
Ketumpatan 0.9 milligram/cm3. Komposisinya terdiri daripada 99.99% udara dan 0.01% pepejal (90% nikel). 
Benda ini berpotensi untuk digunakan dalam industri aeroangkasa, pembuatan bateri dan kompenen-kompenen elektrik lain.

''It's sort of like a feather - it floats down, and its terminal velocity depends on the density,'' . ''It takes more than 10 seconds, for instance, for the lightest material we've made to fall if you drop it from shoulder height.''- Bill Carter, manager of the Architected Materials Group at HRL

p/s: Great idea! ingatkan polistirena dah cukup ringan.

Friday, November 18, 2011

Tokyo Sky Tree - Bangunan Tertinggi di Dunia

TOKYO 18 Nov. – Guinness World Records semalam mengiktiraf Tokyo Sky Tree setinggi 634 meter sebagai bangunan tertinggi di dunia.Dalam majlis yang diadakan di bandar raya Tokyo, Pengarah Pengurusan Guinness, Alistair Richards menyampaikan pengiktirafan tersebut kepada Presiden Tobu Tower Sky Tree Co., Michiaki Suzuki. Bangunan pencakar langit tersebut mengatasi Canton Tower di China yang memiliki ketinggian 600 meter. – dpa
(sumber: UTUSAN
  

Bangunan yang terletak di Sumida,Tokyo ini dijangka siap sepenuhnya pada Feb 2012. Dikenali juga New Tokyo Tower merupakan bangunan yang menempatkan stesen penyiaran, pengawasan serta restoran-restoran.























Berdasarkan ketinggian sekarang ini nampaknya Menara Kuala Lumpur jatuh tempat ke-7.

Monday, November 14, 2011

Susu Bina Badan

Lelaki ni kalau kurus sangat tak lawa sangat, kalau gemuk sangat pun tak lawa juga. Yang ramai awek suka badan tuft, berisi sikit tapi tak geleber, kurus sedan-sedan. Sebab tu kebanyakkan artis korea pujaan hati, pakej lengkap.. body lawa rupa menawan. he heh.

2pm: uishh..gaya macam gay

Kat sini, yang body lawa selalunya boleh tengok abang-abang askar. Mostly tuft weh! walaupun rupa jarang yang menawan. Ini salah satu penyebabnya ada antara member aku GILAKAN ASKAR! nampak trak askar atas jalan raya pun dah meroyan. Giler kencang penangannya!


Namun bukan senang nak dapatkan body lawa macamtu. betul tak abang-abang? nak-nak yang berat badan ada yang susah nak naik ~~>underweight people.
Masa kerja kat farmasi dulu, ramai abang-abang askar cari susu Body Build Horleys. Susu untuk naikkan berat badan dan buatkan badan berketul-ketul. Memang yang beli tu kurus je, tapi lepas jumpa balik diorang beberapa bulan kemudian ada peningkatan. Dah mula sasa.
Dengan testimonial daripada mereka aku sarankan susu itu untuk abang aku. Abang aku jenis BMI tak cukup. Maka belilah dia Body Build Horleys dengan harga RM 73 sebekas berperisa coklat.
Susu tu nampak sedap, bau pun wangi.

Suatu hari, lepas makan nasik aku minta sikit dengan abang nak minum. Aku pun nak badan tuft juga. Tengah sedap duk teguk susu tu, ada satu suara minta nak rasa juga susu tu dari aku. Nenek! dia sengih-sengih pandang aku. Aku gelak, nenek nak bina badan juga.. kalah abang-abang askar ni.

Walaupun begitu, minum segelas susu body build tidak akan buatkan badan terus berketul-ketul. Minum habis sebekas tanpa bersenaman juga tidak akan buatkan badan sasa ~petikan kata-kata abang askar.


Thursday, November 3, 2011

Pilihan, popular cara baik atau buruk

Apa sebenarnya tujuan berblog?
Heh, dah bertahun berblog baru nak tanya diri tujuannya

Berkongsi rasa, berkongsi maklumat, tambah kenalan, buat duit
Dan nak glamour??
Mestilah..jauh di sudut hati memang ada rasa itu.
Hipokrit la kalau taknak mengaku.
Salah ke adinda nak jadi glamour? famous? popular? masyhur?
Kalau kena caranya tidak salah.
Guna cara elok, n menulis dari hati dan kena berhati-hati.
Ni kategori yang nak glemer dari segi tulisan mereka lah.

Oleh kerana itu aku nak sentuh sikit beberapa isu mengenai bloggers popular nih.
Mereka yang buat aku berminat nak ambil tahu.
Tapi sayangnya, kepopulariti mereka dikecapi dengan liku-liku negatif.
Pendapat aku, bukan mereka yang kejar populariti itu, tapi dah terpaksa jadi popular.
Yang pastinya, mereka ni popular hasil dari tulisan mereka di blog masing-masing.
Disebabkan satu entri je terus meletoppp!!
Mesti korang ada baca kan kisah Adinda Evans. Isu lama.
Budak yang mengaku tiada dara secara terang-terangan diblognya. Padahal umur baru 14 tahun.
Femes abis, keluar surat khabar apa.
Satu lagi, Schaza Zedane . Seorang pelajar Unimas yang mebangkitkan isu kenegerian.
Hebat mereka kena kecam oleh masyarakat.
Kesian aku pada mereka ni. Usia belum menginjak dewasa dah terpaksa berhadapan dengan situasi macamtu.
Pasti tertekan jiwa raga. Tak tahu lah apa bakal jadi kat masa depan diorang kelak.
Wallahualam.

Lepas selami kisah mereka tu, tanya balik hati tujuan berblog.
Nak ke glemer dengan cara macamtu. Cara terpaksa. Jiwa raga terseksa!

Maka bila menulis jangan sambil lewa aje, hati-hati sikit..buat kajian banyak-banyak.
Isu sensitip jangan bangkitkan sewenang-wenangnya.
Fikir baik buruk dan selami jiwa pembaca. 1 dunia baca tahu.

Sekian.

p/s: hafzan sarah sudah tiada, versi baru--> sara pedrosa ;D

Tuesday, November 1, 2011

Jawatan Kosong D.O -sesuai untuk perempuan

Jenis Jawatan:
-Tetap, Kontrak, Sementara

Syarat Kelayakan:
- Tidak bersekolah, minimun tamat darjah 6  ataupun fresh graduate mana-mana bidang dialu-alukan
- Sihat tubuh badan


Peranan Tugas:
- Memastikan ruang kerja kemas dan bersih
- Menggembirakan perut 'pelanggan-pelanggannya'
- Memastikan tiada 'pelanggan' yang muntah-muntah atau cirit-birit

Pohon sekarang untuk jawatan District Officer 'Dapur Officer'.

Resepi Biskut Jejari Coklat dari Mat Gebu

Sebenarnya aku buat biskut ni untuk stok raya haji nanti. Malangnya tak sampai sehari dah abis. Kes adik-adik aku kuat makan ler dan silap buat awal seminggu. Boleh tahan sedap jugak rasa biskut ni. Cuma aku buat rapuhnya jadi luar biasa, terlebih kuantiti marjerin la tu. Resepi asal guna mentega ya, KLIK SINI untuk ke resepi asal chef Mat Gebu.

Hasil dari jari jemari aku ;D

p/s: blog ni takde niche, so jangan fenim kalau kejap entri pasal masak-masak kejap pasal emo-emo, kejap lawak kejap serius.