Sunday, January 15, 2012

Diriku Disunting

Selamat hari Ahad semua.
Setelah sekian lama menyepi, hari ni terdetik nak update blog pulak. Entri pulak pasal hal diri sendiri, janggal pula rasanya nak menaip.

Tajuk memang tak bleh blah..ayat macam ada orang masuk meminang je. Jangan salah sangka semua, diri ini belum teruja lagi untuk menamatkan zaman bujang. ha ha

Teringat status facebook seorang member semalam, "mana lebih menakutkan? unemployed or jadi andartu?"
Killer punya soalan. Dua-dua menakutkan. Dua-dua pressure.
Unemployed mungkin boleh diterima lagi kot bagi aku, takde kerja boleh menempel celah ketiak mak bapak..erkk, sampai diorang rasa menyampah?
Kalau andartu? tak sanggup rasanya. Hidup lebih tertekan kot. Dulu ada juga cikgu-cikgu sekolah dari kalangan andartu. Memang diorang serius dan garang sangat. Bila borak-borak dengan member n bergosip kenapa cikgu tu garang sangat, mesti akan keluar ayat cikgu tu pressure sebab umur dah lanjut tapi tak kahwin-kahwin lagi.
Adakah perempuan andartu dicop garang atau sebaliknya?

Kalo unemployed andartu?? ini kes KEJAM! minta-minta dijauhkan lah kan.

By the way,
Sekarang ni aku dah boleh rasa lega, unemployed sudah tiada dalam kamus hidup aku. Minggu lepas diri ini telah disunting oleh sebuah agensi kerajaan untuk kerja dengan diorang. Suka lah kan setelah hampir 6 bulan unemployed. Tambahan pula agensi tu memang idaman aku masa tengah belajar lagi. Tak sangka doa dimakbulkan. Rasa bersyukur sangat..

Masa tengah menganggur tu memang rasa stress sangat. Nak kata tak usaha tu tipu lah kan kalau bangun tidur tak basuh muka terus buka laptop google kerja kosong. Sebelum tidur google lagi. Time makan pun duk google lagi. Nasib dalam jamban tak angkut laptop skali.
Mujur ada juga member yang berkongsi rasa yang sama, tak ada lah diri ni stress sangat.

to be cont...

p/s:
~ Suntingan pertama sudah beres, ternanti-nanti 'suntingan kedua' pula. ha ha crazyyouuuu
~ Buat member-member yang masih mencari tu jangan putus harapan, teruskan mencari! Dengan izin Allah tiada yang mustahil.Yang pasti rezeki itu ada, cepat atau lambat je.