Thursday, March 29, 2012

Suria KLCC terbakar petang tadi

Ramai orang berpusu-pusu keluar daripada KLCC kerana ada kebakaran berlaku di dalam Suria KLCC. Kebakaran dipercayai berlaku di dapur Restoran Chinoz On The Park di tingkat empat pusat membeli belah KLCC petang tadi. Asap kelihatan keluar dengan banyak di atas bangunan Suria KLCC. 



~fuhhh! gawat-gawat

Wednesday, March 14, 2012

Buah Berangan

Ingatkah lagi korang pasal buah ni?
Bentuk ala-ala gasing tapi leper, kulit keras warna coklat. Isi dalam warna kuning koko.
Sekarang ni susah sangat nak cari buah ni..dah pupus ke apa
Dulu masa kecik-kecik selalu gak makan buah berangan ni.
Kalau tak beli, mesti kutip kat pokoknya.
Dulu depan sekolah rendah aku ada sepohon pokok berangan.
Lepas balik sekolah sambil tunggu van datang ambil, aku akan kutip buah-buah tu.
Dapat 4 5 bijik pun jadi la, pastu balik mesti suruh ummi bakarkan.
Ahh sedapnyaaa! Lemak-lemak manis berperisa kacang

Kenapa buah itu dinamakan buah berangan ya?
Adakah bila kita makan buah tu kita akan mula berangan?
Hahahh..sebenarnya,
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Aku pun tak tau


Wednesday, March 7, 2012

Cintanya tak kesampaian akibat dibomoh ayah sendiri

Kisah benar ni terjadi dekat member aku sendiri.
Mulanya aku lihat dia menangis dengan teruknya sambil bercakap di talipon. Sampai teresak-esak dan hampir pengsan. Lepas tamatkan panggilan itu dia akan menangis sampai ke malam pula. Siang malam asyik menangis je, makanan langsung dia tak sentuh. Dalam 2 3 hari tu dia alas perut dia dengan minum air.
Sungguh sadis keadaan dia.

Kenapa dia jadi begitu?
Puncanya, dia terpisah dengan kekasih hati.
Sebenarnya dah berbulan lamanya dia berpisah, tapi deritanya baru nampak pada hari tu.
Dulu dia mungkin boleh terima dengan terbuka kenapa dia terpaksa berpisah dengan kekasih hatinya.
Tapi hari tu, bila seseorang call dia dan menceritakan hal sebenar punca perpisahannya dulu. Dia terkesima dan sangat-sangat tak menyangka itu adalah akibat perbuatan ayahnya sendiri.

Rupa-rupanya ayah dia pergi bomohkan di Siam untuk pisahkan mereka.
Memang ayah dia sendiri mengaku yang dia bomohkan anaknya.

Bila aku dengar perbualan dia dengan ayahnya, aku sekali ikut terasa sebak..
Dia tanya,
'kenapa ayah sanggup buat orang macam ni'
'sanggup ayah hancurkan kebahagian kami'
'mana ayah tahu dia jahat, ayah pernah nampak ke, ayah cuma dengar cakap orang je'
'ayah tahu tak, masa orang susah tak berduit dia yang tolong support'
'sekarang ni orang tak boleh fokus, semua keje tak jadi, nak study tak dapat'
'kenapa dulu tak berterus terang saja yang ayah tak sukakan dia'
'orang sedih sangat ayah, ayah yang selalu solat tapi sanggup buat benda terkutuk macam tu'


Mungkin ayahnya mahukan yang terbaik buat anaknya. Dia kasih dan sayang dan mahu melindungi anaknya
Namun, relevankah perbuatan dia??

Tuesday, March 6, 2012

Fahamkah kita konsep aurat?

Sedihnya bila ada member terdekat letak gambar-gambar free hair mereka di facebook or etc, walhal di alam realitinya dia seorang yang bertudung.
Ada kalanya juga bila lelaki bukan muhrim datang ke rumah mereka, member-member aku anggap itu perkara biasa lalu bebas kesana kemari dengan rambut bergerbangan.
Walhal ketika bersantai di kawasan rumah juga rilex saja tunjuk rambut dekat jiran-jiran lelaki.

Sedarkah itu tiada bezanya..

Kepada member-memberku yang terbaca entri ini harap ianya terkesan di hati korang untuk lakukan perubahan.
Bukannya aku nak menghina ataupun berlagak alim..cuma berteraskan hubungan persahabatan kita, aku mohon kita saling ingat mengingati.


Saturday, March 3, 2012

View blog guna internet explorer tak cantik

Bila guna browser mozilla firefox, tak ada masalah view blog ni.. layout memang tersusun cam biasa. Lepas tu aku beralih pula guna google chrome selepas mozilla selalu mintak update version, bila tak update mesti selalu hang..stress jadinya.
So view blog ni guna chrome, OK.
Pastu bila try guna internet explorer 9 pula, timbul masalah..habis lari layout terutama tempat yang letak scroll bar. Petak-petak yang ada bloglist jadi bertindan tulisan-tulisannya.

Jadi kepada pembaca semua anda disarankan untuk view blog sara pedrosa ni guna mozilla atau chrome ya :)

Friday, March 2, 2012

Buffered earning dari nuffnang buat aku semangat

Rasanya inilah pertama kalinya aku post entri mengenai nuffnang setelah sekian lama aku berblogging.
Patutlah aku punya duit nuffnang tak brape masyuk2 sebab tak hiraukan nuffnang sangat.

Betul lah kot kata orang, bila kita jarang update blog rajin pula iklan buffered earning memunculkan diri.
Bukti terdekat adalah aku, memang bila aku update acap kali langsung tak ada buffered earning, tapi bila aku update sekali dua pula sebulan..ADA.
Hairan juga ya, sepatutnya time update acap kali la patut ada sebab bila trafik tinggi ramai orang tengok iklan tu.
Ataupun nuffnang saja perasan kedekut, bila trafik tinggi tak letak sebab takut nanti kena bayar lebih..
haha gurau okey..pihak nuffnang sila jangan marah :)


satu pun jadilah..Terima kasih banyak-banyak Nuffnang!

Bila nak tukar mykad baru

Dah tukar belum mykad baru?

Aku belum..
Mykad aku yang ada sekarang ni lama benar, sejak dari tingkatan 3 lagi. Gambar kat mykad tu sangat berbeza dengan wajah zaman sekarang. Memang lain sangat, bila member-member tengok mykad aku mesti bantai gelak.

Sebagai menyahut galakan kerajaan memang aku akan tukar, cuma asyik bertangguh je.
Perasan sibuk~

Kelebihan MYKAD Baru 2012
  • MyKad yang berstruktur baru memiliki reka bentuk dan ciri-ciri keselamatan seperti diperbuat daripada bahan polikarbonat yang lebih bertahan dan menggunakan cip baru yang lebih bertahan.
  • MyKad baru mempunyai “ghost image” yang menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad bagi mengelakkan pemalsuan berlaku
  • Tidak mudah rosak dan ia dapat mengatasi masalah berkaitan kualiti dan ketahanan MyKad termasuk kualiti cip yang sering dibangkitkan akhir-akhir ini.
  • MyKad dengan teknologi terkini dan ia memperkukuhkan daya lekatan antara lapisan cetakan dengan “overlay” dengan reka bentuk yang ditambahbaik.

Takde Awek Yang Tak Suka Lelaki Romantis

Entri ini ditulis setelah mendapati tahap kecemburuan aku muncul mendadak apabila salah seorang daripada housemate aku mendapat 3 kuntum mawar merah, sebiji kek cappucino yang kiut dan sebuah mug yang tertulis perkataan 'cinta kita akan semakin mekar seiring dengan masa'. Itu semua adalah hadiah yang diterimanya daripada seorang lelaki.
Woaaaa! sape tak jelees
Pasti mana-mana perempuan yang berdepan dengan situasi ni akan merasa cemburu dan akan berkeinginan untuk perolehi semua itu. Walhal perempuan yang punya pakwe pasti akan membanding-bandingkan sifat pakwenya dengan lelaki itu.

Mungkin tip ini sesuai untuk lelaki di luar sana,
Tak hensem tak apa asalkan romantis..memang boleh buat perempuan cair der.hehe
Oh ya, romantis bukan terhad pada bagi benda je...