Pages

Friday, February 25, 2011

Abah Nikah Lagi

Pagi tadi..
Abah nikah lagi
Bini ke-2
Orangnya hampir sebaya dengan aku
23 tahun
Gila ke hape abah ni
Bini nak sama umur dengan anak


Tapi mujur ini hanya mimpi semata-mata
Mimpi tido sesudah solat subuh tadi
Minta simpang jauh-jauh la perkara ni di alam realiti
Takut sangat kalo benar-benar berlaku
Jika benar, pasti aku akan pergi jauh-jauh dari abah.


p/s: WARNING untuk abah..keh keh keh

::THANKS FOR READING::

Thursday, February 24, 2011

Guru Seorang Blogger yg Bagus

Betul ke sahabat-sahabat sekalian?
Pada pendapat aku macam tu lah.
Sepanjang duk melawat blog-blog orang, bila tersinggah di blog cikgu2 a.k.a guru2 mesti duk lama melepak kat situ.
Semestinya aku tertarik. Lalu jadi pengikut.
Bagi aku entri yang dibuat oleh blogger yang merupakan seorang guru selalunya menarik ditambah pula dengan penggunaan bahasa yang bagus, susunan ayat yang baik, tidak banyak merapu, bla bla etc etc.
Mungkin dibesarkan sebagai seorang pendidik maka mereka lebih menitik-beratkan sesuatu yang berguna untuk masyarakat biarpun hanya sekadar luahan di blog.
Nilai yang baik itulah disemai buat pengajaran kita semua.
Walaupun entri2 mereka sekadar  bercerita mengenai diri sahaja.
Yang pasti cara penyampaian mereka baik sekali. Ada seninya yang tersendiri

Tapi tak semua guru sebenarnya..jangan ada yang perasan lebih2 oke. :)
Ramai jugak blogger lain yang bukan guru yang bagus blognya.
Jangan lepas baca entri ni cikgu2 asyik berblogging plak ya

p/s: Sekadar pandangan selepas belum jumpa lagi blog2 guru yang buruk.
+ Aku bukan seorang guru :(

::THANKS FOR READING::

Wednesday, February 23, 2011

Lelaki Berbau Ros

Semalam yang lepas.
Ketika dalam perjalanan pulang ke kampus.
Aku duduk bersebelahan dengan orang luar negara ketika menaiki bas.
Tiada apa yang perlu dibanggakan sebenarnya.
Seorang lelaki, berkulit gelap..berbadan sasa. Tapi berbau ros. 
Agak klasik baunya. Sebijik bau bunga ros tu..Wahh
Maaf aku tidak terpikat, mungkin perempuan-perempuan lain pun berpendapat sama.
Bau itu kiranya lebih sesuai untuk wanita, para makcik-makcik.
Pelik kan, bau sebegitu seakan menghilangkan kemachoan seorang lelaki.

Aku berharap benar perjalanan itu cepat berakhir.
Fuhh
Nak plak bangla tu buka lagu dikir barat di henset dia, loudspeaker lagi.



::THANKS FOR READING::

Wednesday, February 16, 2011

Peniaga Melayu, Beginikah Sikapnya

Pertama sekali, aku bukan hendak mengutuk ataupun mengata bangsa sendiri.
Tapi ini adalah realitinya yang sudah terang lagikan bersuluh.

Aku terdetik mahu menulis karangan ini selepas peristiwa semalam.
Semalam aku bersama-sama geng-geng mahu menyewa kereta dari seorang mahasiswa yang memang menjalankan perniagaan ini.
Waktu yang dijanjikan untuk mendapatkan kereta adalah pukul 8.
Malangnya lebih dari pukul 8, BUSINESSMAN tersebut masih tidak menghubungi kami.
Bila menghubungi dia, tindak balas yang diberikan sangat lah lambat dan tidak mesra serta tidak tepat.
Sudahlah hanya diberitahu no plat keretanya sahaja, tempat ia di parkir tidak disebut.
Jenuh kami mencari dan tetap tidak jumpa.
Terpaksalah kami meminjam kereta dengan pemilik lain selepas itu.
Membazir sahaja masa kami 1 jam lebih, menunggu barang yang tidak pasti.

Disertai dengan sumpah seranah, kami padamkan nombor tepon orang itu dan berjanji tidak akan menggunakan perkhidmatan dia lagi! Dan siap buat promosi pada member-member lain agar tidak berurusan dengannya.

SEE?

Beginilah layanan yang diterima pelanggan bila berurusan dengan segelintir peniaga kecil melayu.
Bila perniagaan anda akan maju jika perkhidmatan yang diberikan tidak memuaskan.
Jangan salahkan kami bila perniagaan anda ditakuk lama.
Sebab layanan yang anda berikan memanaskan hati perut orang!

Bukan dalam situasi ini sahaja perniaga melayu bersikap begini.
Contoh lain paling ketara adalah layanan di kedai makan.
Layanan tidak mesra pengguna, tidak dihormati, masam mencuka, tidak menepati masa, bla bla etc etc.
Jika nak dibandingkan dengan kedai mamak, jauh berbeza.

Harapan aku, perbaikilah perkhidmatan ke arah yang lebih berkualiti.
Jangan berkonsepkan, 'Kau taknak beli takpe lah, ramai lagi yang nak'.
Kalau anda tidak mahu berubah sikap, terserahlah. Bukan aku yang menanggung beban.


::THANKS FOR READING::

25 Random Things About Me

Aku di tag lagi, kali ni oleh Cik Fatiehah Asmui pula..
Seperti biasa, aku tidak akan menghampakan sahabat-sahabat aku. :)

Once you have been tagged, you are supposed to write a note
with 25 random things, fact, habits, or goal about you.
At the end, choose 25 people to be tagged.
You have to tagged the person who tagged you 
If I tag you, its because i want to know more about you 


Perkara duniawi, 25 random things about me yang baik serta jelek:
  1. Tinggi 166 cm
  2. BMI kategori normal
  3. Suka Dani Pedrosa, iaitu penunggang Repsol Honda dalam perlumbaan Grand Prix
  4. Suka kumpulan The Times, sejenis indie band
  5. Pernah eksiden motor 4 kali 
  6. Tiada lesen motor atau kereta
  7. Suka lelaki macho iaitu definisi bagi aku, hitam-manis serta punya janggut sedikit & pandai main bola
  8. Nak kahwin sebelum umur 24 tahun
  9. Sangat suka menjahit
  10. Suka warna hijau, tapi kekadang pink dan purple itu nampak menarik juga
  11. Tak suka cakap banyak
  12. Bukan pendiam
  13. Kenangan paling memalukan adalah terbabas ketika naik basikal lalu tersepit di celah pokok pisang
  14. Suka nyanyi lagu omputeh
  15. Tak suka biologi, anatomi, fisiologi dan seangkatan dengannya
  16. Pernah menghisap rokok, rokok daun ketika kecik je
  17. COOL, ini kawan-kawan yang cakap
  18. Mempunyai seekor kambing, yang tidak diberi nama lagi
  19. Mengimpikan untuk membeli kereta jenama Honda
  20. Bila tidak dapat melampiaskan kemarahan, akan menangis
  21. Bila marah/terasa hati cepat sejuk
  22. Pemalu :)
  23. Suka bau sabun
  24. Keyakinan diri rendah
  25. Tak pilih kawan
..the end.
Oppss lupa kena pulak tag 25 orang yang lain, tapi sebab aku malas nak pilih-pilih maka aku tag semua followers aku. If I tag you, its because i want to know more about you.
Tapi suka hatilah korang nak abaikan ke ape..demokrasi okehh. 




 ::THANKS FOR READING::

Tuesday, February 15, 2011

CONTEST : BERAPA JUMLAH KAMBING

Member aku Cik Fatehah Noorani telah tag aku untuk join contest.
Terima kasih lah ya.
Untuk tidak menghampakan ko, aku join. :D

Kawan-kawan lain yang nak join boleh terjah situ untuk baca syarat-syarat dan sebagainya.
Hadiahnya wang tunai RM 50.
Contest ni cuma kira bilangan kambing, letak link  pastu tag 3 orang members 
[Mangsa aku: aiman rashidd at aimanrashidd, azwandengkil at Catatan dari Dengkil
aliesha kirana at *~Citra Hati Aliesha Kirana~*] tiada paksaan okehh.

Jawapan aku: 15 EKOR KAMBING

If you can't amaze people with your intelligence, confuse them with your bullshit.

Saturday, February 12, 2011

Iltizam Mangsa Kutukan Terhebat

Pengenalan. Aku ni anak kedua dari 6 beradik. Ada sorang abang, 2 orang adik laki, 2 orang adik pompuan. Ada sorang abah, sorang ummi. Aku ni taklah pandai masak sangat kan, kategori lauk pauk lah. Kalo jenis kueh-mueh terror la jugak. Sebab masak tak berapa pandai ni, kadangkala makanan yang aku masak tu tak sedap..kadang-kadang takde rasa langsung.  Balik rumah pun sekali-sekala, masak pun jarang-jarang la kan. Jadi ingat-ingat lupa resepi dulu-dulu. Bila masak dekat rumah tu, memang ramai lah juri. Bila ramai juri tu, ramai la yang komplen. Komplen pulak macam-macam. 

Yang paling hebatnya abang aku lah,
'tak sedap, lepas ni tak payah masak lagi. Membazir je.bla bla bla'. Rasa nak ketuk-ketuk saje kepala dia tu ngan puyok..cakap takde lapik-lapik dah.

Adik aku yang pompuan plak bagi komen yang membina sket,
'Tawar..tambah 2 sudu garam lagi kak.'OK.

Adik aku yang laki,
'rupa je lawa, rasa hampeh' keji bunyinya.

Abah ngan ummi plak,
'Sedap dah..Len kali boleh buat lagi'. Aku tahu itu tipu, itu hanya ayat provokasi untuk merajinkan aku masuk dapur.

Tapi takpe, kalo dah tak sedap tu ada abah dan ummi yang tolong modify kan.
Kalo memang tak bleh di selamatkan jugak, kitorang tak buang terus. Sangatlah membazir buat macam tu. Kitorang bagi kat kambing. Kat kampung kan, mesti lah ada kambing. Tapi kambing kitorang ni walaupun duk kat kampung, ia kambing millenium. Mane taknya, kekadang makan western food kekadang thai food, jarang dah makan pucuk kayu. Selalulah juga kambing tu makan pizza, makaroni bakar, mee kung fu, roti tempayan dll. Tu semua hasil masakan aku yang tak jadi lah.

Malu jugak cerita semua ni pada korang semua, tapi aku ada mesej yang nak di sampaikan. Yang pompuan tu kena lah pandai masak tahu. Kalo tak pandai, jadi mangsa kutukan macam aku ni la. Aku pun tengah belajar jugak. Runsing ni, tahun depan dah nak kawin. Bukan ape, nanti kawin nak kena tambat perut suami.. Penting tu. Barulah dia tak cari lain. :D
Betol tak puan-puan sekalian?
Dan sampai bila nak beli makanan kat luar kan. Bersih ke tidak. Air tangan sape plak tu. Fast food? pikir sendirilah berapa banyak bahan kimia dan pengawet dalam tu.

Lagi kan, bela la sekor dua haiwan ternakan. Kita tak habis makan, ada yang nak. Barulah tak membazir. Kucing lah yang commonnya..tapi kucing millenium macam kambing aku susah nak cari. Nak bela ayam itik serati burung kuda lembu kerbau pun boleh juga, tikus pun boleh. Pahala lebih dah kat situ.

Itu je lah nak cerita.
Sekian.
Terima kasih la semua sudi baca sampai abis.

Kerusi Yg Tak Macam Kerusi

Kerusi-kerusi yang direka oleh pereka-pereka hebat di seluruh dunia. 

Beautiful Outdoor Lounge Chair by Pooz
- Kerusi untuk berjemur. Cantik dan unik, diperbuat dari kayu oat dan walnut. Sesuai sangat lah kalo nak berjemur bawah cahaya matahari di tepi kolam ke pantai.  Tapi nampak macam tak selesa, boleh sakit tulang vertebra.

The Knot collection by Atelier Blink

- Yang ni pulak macam simpulan tali..sangat kreatif sampai dah macam takde rupa kerusi lansung :D Strukturnye di buat dari bulu biri-biri..agak2 mahal la.

 



Segmented Chair by Revol Design

 
- Bersegmen-segmen, macam ulat saje..nasib baik 4 segi. Kerusi kusyen juga span. Kalo kecik agaknya dah boleh buat basuh pinggan kan. Yang ni pun kerusi untuk berjemur tengah panas jugak.

The Pyramid Chair by Karim Rashid

  - Tiru bentuk piramid yang dekat Mesir tu tapi diterbalikkan. Lawa kerana warnanya, tapi nampak tak stabil je.

 The Seatub by Baek Ki Kim
- Diinspirasikan daripada tub mandi. Kalo terbalikkan pastu letak tayar kat depan boleh wat keto tolak. Kerusi ni materialnya, carbon fiber disaluti bahan berkilat. Kiranya kerusi ni ada 3 fungsi, boleh wat tub mandi dan keto tolak..buat akuarium ikan pun jadi.





Robotic Chair by Max Dean et al.
- Kerusi robot. Bentuknya ketara benar mcam kerusi. Nampak fleksibel. Berkecai pun boleh bergabung balik. Ciptaan yang hebat!









Lastly,
-kerusi bukan untuk diduduk tapi untuk dipakai di kaki.
Itu aje. Cukuplah. Nak tengok banyak lagi cek kat laman bawah ni sendiri.

Thursday, February 10, 2011

Sambutan Hari Valentine Di'Ban' di Rusia

Rasanya semua dah tahu kan kenapa kita umat Islam di haramkan menyambut hari kekasih a.k.a Valentine's Day pada 14 Februari. Kalo yang dah lupa tu aku tolong peringatkan sekali lagi. Senang2, aku cuma copy paste saje untuk korang baca, yang padat dan ringkas ;)


Berkata Peguam Zulkifli Nordin (peguam di Malaysia) di dalam kaset 'MURTAD' yang mafhumnya :-
"VALENTINE" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana pada nya Islam adalah ZALIM!!! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga Anda Semua Ambil Pengajaran!!!
Jadi..mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol..




Selanjutnya mengenai sejarah valentine, pandangan Islam padanya dan hal yang harus diberi perhatian boleh baca di laman tersebut.


Nak tahu kenapa Rusia haramkan sambutan hari valentine?


Baca kandungan di bawah yang berversi inggeris pula, aku tak berkesempatan nak alih bahasa..yang tak paham boleh guna Google translate.

Source: rferl.org, Published Feb 9 2011

Russian city bans Valentine's Day

The southern Russian region of Belgorod has canceled official Valentine's Day celebrations due to concerns about its impact on young people. 

Under a decree reportedly signed by Deputy Governor Oleg Polukhin, authorities should not allow celebrations of St. Valentine's Day and Halloween at educational, cultural, and other institutions. 

Reports say the university in the town has banned festivities on February 14 - including concerts and discos.
The local zoo also has canceled discounts for couples.

Belgorod's regional governor said the holiday went against Russian cultural traditions.
Grigory Bolotnov, a spokesman for the governor's office, was quoted as saying the holiday "has nothing to do
with our traditions."

"Society has to think about the consequences," said Grigory Bolotnov, from the department for relations with
social and religious bodies, citing fears that many people see the romantic holiday as an excuse to get drunk.

"We could have just as well have introduced a Vodka Day," he told The Times of London. 

"Marking this sort of holiday means that tomorrow we could end up creating other celebrations, such as a National Beer Day or a Day of Marijuana."

Bolotnov said the ban extended only to public celebrations and that individuals would not be prevented from exchanging tokens of love privately.
 


Dalam konteks yang berbeza orang Rusia meng'ban'kan valentine's day..
Di Rusia yang kebanyakkan non-muslim pun tahu keburukan sambutan hari tersebut kan. Jadi orang Islam di Malaysia ni tak paham-paham lagi ke..pasangan kekasih memperingati hari tersebut sehingga mengheret ke lembah makisat. 


Dan something stupid berlaku DI SINI ! Tolong tengok, baca, fikir dan ambil tindakan anda2 semua.




p/s: Kalau memang dah sayang, tak perlu tunggu hari valentine nak sambut..hari2 boleh sambut kan.

Tuesday, February 8, 2011

Bahagia Dapat yg Baru, yg Tua pula Merajuk

Dulu,
- Beli mesin basuh baru, mesin kukur kelapa pulak rosak
- Beli kipas baru, blender pulak rosak

Sekarang,
- Beli oven baru, pemutar kek pulak rosak

Kenapa ni, barang-barang tu semua merajukkah, nak juga di ganti baru. Guna tak sampai pun lagi setahun..dah nak meragam. Buatan Malaysia tu sumernya, barang yang aku rasa lebih elok kualitinya dari buatan China.
Buat jiwa jadi kacau saje..melayang lagi duit pasni.
Gara-gara si pemutar kek, niat nak buat kek coklat dua bijik terbantut. Rajin buat sebab saje nak test oven baru beli petang tu. 
Sayangnya dah siap taruk merjerin ngan gula, pemutar kek wat hal..dengan menggunakan tulang empat kerat ni aku teruskan secara manual dengan bergayanya. Mampu siapkan sebijik je, penat doh wat banyak2. Hasilnya, tak gebu mane..ni la duk manja guna mesin selalu.
Nak pula abang aku bawa kek tu sebagai buah tangan untuk kengkawan rumah sewa dia. Aduhh..jatuh dah saham kat situ, kek aku tak berapa nak sedap..he he.


::THANKS FOR READING::

Monday, February 7, 2011

Penulis Sekarang Hilang Kualiti

Dalam entri kali ini aku nak menyuarakan ketidakpuasan hati aku terhadap penulis-penulis cerpen mahupun novel-novel di www.penulisan2u.my. Aku yang memang suka baca karya sebegitu menjadi tidak seghairah dulu untuk berkunjung ke laman tersebut. Mana tidaknya, aku dapati karya-karya disitu sekarang sudah tidak berkualiti. Karya penulisan di situ kebanyakkan stereotaip dan klise. Ke mana hilangnya penulis berbakat dan kreatif, yang tinggal sekarang segelintir penulis yang belum baligh kiranya. Sungguh, bila aku baca karya diorang, tiada penghayatan yang dapat diberikan. Sedikit sangat karya-karya yang berkualiti. Nasihat daripada aku yang serba kekurangan ini, perbaikilah gaya penulisan dengan mengambil kira pendapat pengomen-pengomen dan selidik dulu cara penulisan yang betul sebelum berkarya. Nak tiru dari muvi ke hape, boleh..tapi jangan sebijik ikut jalan cerita dia. Pastikan gaya penceritaan tu kreatif.

Sekian. Semoga berjaya penulis-penulis sekalian.




p/s: Aku tak maksudkan semua.
       Timbang taralah pada diri sendiri.

::THANKS FOR READING::

Sunday, February 6, 2011

Berani Seperti Diakah Anda?

You may have never seen this!

 

Gilakah dia?? Nope! Tidak sama sekali.
Sebenarnya dia adalah seorang yang sangat berani.
Kerjanya yang sedemikian memang memerlukan keberanian dan kepakaran yang tinggi, tak perlu amik pHd nak jadi pakar macam tu.


Mampukah anda panjat pokok kelapa setinggi bangunan 4 tingkat tu? dengan hanya berbekalkan sebilah parang, tanpa bantuan alat teknologi moden. 
Aku yang tengok dari bawah ni pun rasa gayat nak mampoih..huhu. Tak perlu pikir nak panjat2.

Rupanya susah juga nak tebang pokok kelapa ni.. ingatkan boleh tebang sepohon sekaligus, tapi tidak..sebab kalo buat macam tu nanti habis la rumah kat kawasan dekat2 tu kena hempap. Alternatifnya, pokok ni kena tebang sikit2..dalam sebatang tu kena bahagikan kepada 4, 5 bahagian.
..O0ooO.. 


Keje menebang pokok kelapa macam ni dah jarang sangat kita jumpa sekarang. Cara tradisional la ni. Tapi berbaloi ke dibayar RM seratus lebih sepohon sambil mempertaruhkan nyawa sendiri.  Tepuk dada tanya keberanian..
Papepun lebih baik mencari rezeki halal begini dari amik jalan pintas tanpa berusaha.  

Dari hasil tebang pokok ni, maka hari tu dapatlah aku minum air kelapa muda yang fresh2, dapat buat ketupat nasi dan ummi aku sibuk amik daun dia wat penyapu lidi =D. Walaupun empunya pokok tu jiran punya, tapi adat berjiran di kampung..semua benda nak share. Nice2!

Kena pegang kuat2 takut jatuh..bila bahagian atas yang dipotong di tarik, pokok goyang dengan sangat kuat tahu. tapi dia kata best, macam naik buai..huihh.


p/s: Berbanggalah dengan kerja yang anda lakukan..asalkan halal. IT IS WORTH FOR LIVING


::THANKS FOR READING::

Saturday, February 5, 2011

Join Contest | 1

  1. Letakkan banner ini di ENTRY =)
  2. mesti ade blog sendiri bukan tumpang kawan-kawan hehe :P
  3. mesti jadi FOLLOWER fify.
  4. bagi tahu jantina (female/male)
  5. pemenang dipilih secara jeng3 * biar la rahsia*
  6. sambung slogan ni "nak join jugak sebab....." (tak lebih 20 patah perkataan)
  7. tag kawan-kawan korang at least 3 orang *make sure dorang tahu*
  8. tarikh tutup GIVE AWAY ni 9 MARCH 2011 yang merupakan tarikh bufday fify dan pemenang akan diumumkan 15 march 2011 :)
  9. hadiah ada untuk DUA pemenang =) (lelaki dan perempuan)
Saya Hafzan Sarah, tuan punya blog ini dengan pertama kalinya ingin menyertai GA, setelah di tag oleh Adzriel AB
First and foremost, saya dah jadi follower fify, dan
i'm a female.
Nak join jugak sebab tergerak hati nak memeriahkan GA ini dan jadi pemenang!
Kat sini saya tag 3 orang sahabat saya,
my ^o^ at tentang aku
fatiehah asmui at bila rasa gembira
Kawan2 lain yang  berminat nak join gak bleh jengok sini. JOM3!
p/s: saya nak ucapkan selamat hari lahir awal2 buat fify. he he.
wish u live happily ever after