Pages

Tuesday, April 15, 2014

Buat Panggilan ke Extension Secara Automatik di iPhone

Copy&Paste

Memanggil nombor telefon dikendalikan oleh pengendali automatik boleh membuatkan kita menunggu lama. Biasanya suara pada hujung menyenaraikan pilihan untuk pengguna pilih sebelum sampai kepada orang yang kita kehendaki.

Berikut adalah cara licik untuk melepaskan diri daripada mesin dan terus kepada orang yang kita kehendaki jika kita tahu nombor 'extension' orang tersebut.

1. Katakanlah anda menelefon kawan di syarikat dengan nombor telefon 234-5678. Extension rakan anda adalah 9101. Masukkan dulu nombor telefon yang asal.

2. Pegang jari anda pada butang * sehingga koma muncul. Ini dikenali dalam telefon sebagai tanda 'pause'.

3. Masukkan nombor extension dan tekan call.

Koma yang anda masukkan akan mengarahkan iPhone anda untuk pertama memanggil nombor utama, dan kemudian dail sambungan tersebut. Maksudnya anda tidak perlu mendengar balasan dari operator atau mesin penerima panggilan.





Rahsia naik kapal terbang

Setiap kali menaiki kapal terbang, pernahkah anda tertanya apa fungsi atau sebab utama perlu matikan telefon bimbit apabila menaiki kapal terbang? Bagaimana ini boleh mempengaruhi penerbangan anda? Ataupun pernahkah anda tertanya cara termudah dan termurah untuk naik taraf penerbangan anda ke kelas pertama?

Kini tersenarai semua rahsia yang anda wajar tahu untuk penerbangan anda yang seterusnya!

1) Anda boleh cuba penerbangan First Class

Tetapi tidak perlu bayar tiket penerbangan kelas pertama. Menurut krew kabin, ini boleh dilakukan, terutamanya jika kawasan kabin kelas pertama tidak ramai, anda berpakaian kemas macam Victoria Beckham, ibu yang mengandung, jika anda tinggi dan kacak atau kawan kepada krew kabin. Menurut seorang pramugari yang tidak ingin berkongsi nama beliau. Bukan selalu mereka lakukan perkara ini, terutamanya kerana terpaksa menerangkan mengapa penumpang dipindahkan ke kelas pertama.

2) Boleh buka pintu bilik air dari luar


Jaga-jaga, pintu bilik air dalam pesawat boleh dibuka dari luar, semua untuk tujuan keselamatan.

 3) Topeng oksigen berikan anda 15 minit oksigen

Jangan berlengah apabila keluar topeng oksigen. Ini kerana anda hanya mempunyai 15 minit untuk memakai topeng tersebut, dan 15 minit untuk juruterbang bawa pesawat ke altitude lebih rendah agar anda boleh bernafas dengan normal.

4) Jangan minum air pesawat

Air dalam botol mineral tidak mengapa. Tetapi jangan sentuh air yang tidak datang dari botol bersih dan tertutup. Ini kerana ia tidak bersih.

5) Juruterbang dihidang dua makanan berbeza

Contoh, jika juruterbang dihidang nasi lemak, pembantu juruterbang akan dihidangkan mee kari. Sekiranya satu hidangan buatkan seseorang sakit perut, ada makanan berbeza dan kita boleh kesan puncanya.

6) Suasana tenang dalam kapal terbang

Dalam kapal terbang komersial, ada sistem komputer yang boleh kesan kekuatan suara penumpang. Katakan pada sesuatu masa,semua penumpang sedang bercakap dgn kadar purata 70db. Sistem komputer akan kesan 70db tadi dan menghantar semula -40db. Jadi suasana dalam pesawat tenang dan tak bising kerana bunyi hanya tinggal 30db. Fenomena dinamakan interference wave, node and antinode.

7) Hotel percuma

Kalau nak check in domestik atau international, kalau boleh biarlah awal, jangan last minute. Sebab bila penerbangan dibatalkan, sesiapa yang dah check in dan lugagge dah masuk flight, penumpang tersebut dapat duduk hotel secara percuma.
Contoh kalau penerbangan dibatalkan keesokannya sebab ribut salji, penumpang yang dah check in dapat tinggal dekat hotel berhampiran.