Saturday, April 30, 2011

Hot

Bangun pagi-pagi dah rasa hot, malam-malam lagi lah hot. SUPER HOT.
Duduk dalam bilik pun aku rasa hot, nak buka tingkap luas-luas aku takut orang ternampak aku yang tengah hot ni. Walaupun pancaran matahari kurang, aku tetap rasa hot. Kelajuan kipas no 5 pun tak mampu nak atasi kehottan aku ni. 
Cuaca sangat hot lah sekarang ni. Rasa belengas sepanjang masa. Rasa nak berhijrah ke kutub utara je.

Oleh itu mari kita amalkan tip-tip mengurangkan kesan kesihatan akibat daripada cuaca panas:
  • Minum dengan banyak, tanpa mengira tahap aktiviti anda. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
  • Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
  • Berada di dalam rumah dan bangunan
  • Hadkan aktiviti luar
  • Berehat dengan kerap
  • Mandi atau buka kipas angin untuk meyejukkan badan anda
  • Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
  • Pakai topi atau payung yang besar semasa keluar rumah. 
Jangan/tak perlu:
  • Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol atau kandungan gula yang tinggi.
  • Membiarkan seseorang di dalam kereta yang bertutup.
  • Bersenam dalam cuaca panas.
Sedut dari : http://www.myhealth.gov.my

p/s: aku tau la neraka tu lagi hot

Friday, April 29, 2011

Lata Belatan yg Best

Masa orang lain sibuk nak exam final aku dan rakan seperjuangan sempat lagi g jalan-jalan dan berkelah..huhu. Destinasi pilihan kitorang kali ni adalah Lata Belatan, yang terletak di area Besut.

Perjalanan lebih kurang sejam dari Kubang Kerian ke sana memang berbaloi. Lata Belatan yang terletak di kaki Gunung Tebu agak popular dan sering dikunjungi ramai, nasib kitorang pergi hari tu tak ramai orang..hari bekerja kan. Sampai kat sana kitorang dihidangi permandangan yang indah, air sungai jernih serta udara segar. Nampak je air jernih terus rasa nak terjun dalam sungai tu.

 
Jika nak dibandingkan dengan tempat lain yang pernah kitorang pergi, di sini kebersihannya terjaga. Disetiap sudut disediakan tong sampah, pastu tiap-tiap hari ada orang mai kutip sampah..sebab tu kot bersih. Banyak gak kemudahan lain kat sini macam gazebo, tempat barbeque, chalet, tandas, tempat solat etc etc..bangku lepak pun berlambak.

 
Banyak batu-batu besar..menjadikan permandangan bertambah menarik.

Bahaya tak bahaya, dikhabarkan baru je minggu lepas ada orang mati lemas kat sini. Tempat-tempat air terjun sebegini sememangnya ada mangsa korban tiap-tiap tahun.

Air yang sangat jernih. 
Tempat yang kitorang mandi manda  ni paling dalam takat pinggang aku. Kalo yang tinggi bawah 150 cm tu ada la takat dada.


Aktiviti kitorang..main bola baling dalam air. Seronok gilakk nampak. Aku tukang ambik gambar jela.



Ni mungkin adalah aktiviti last kitorang sesama coursemates sebelum berpisah bulan Mei nanti. Banyak kenangan indah yang tercipta antara kita..Semoga kita kekal sahabat selamanya.  

Thursday, April 21, 2011

Koleksi Doodle Google

Perasan tak logo Google kat header tu selalu berubah-ubah..Kreatif kan syarikat Google ni, ada saja benda menarik untuk dipamerkan pada penggunanya sambil mengetengahkan info. 
Logo tu sebenarnya di reka khas mengikut tarikh sambutan atau perayaan tertentu dan bagi memperingati peristiwa penting di serata dunia. Tak ketinggalan juga untuk memperingati para seniman dan saintis tersohor.

Jom tengok koleksi doodle Google untuk bulan ni,

Apr 18, 2011: 129th Birthday of Monteiro Lobato - (Brazil)
    Apr 16, 2011: 122nd Birthday of Charlie Chaplin - (Global)
      
    Apr 13, 2011: Songkran Festival - (Thailand, Cambodia, Laos)
      
    Apr 13, 2011: 240th Birthday of Richard Trevithick - (UK)
       Apr 12, 2011: 50th Anniversary of the First Man in Space - (Global)
       
      Apr 09, 2011: Italy's Culture Week - (Italy)
       
         Apr 04, 2011: Senegal Independence Day - (Senegal)
         
            Apr 04, 2011: 100th Birthday of Vaclav Ctvrtek - (Czech Republic)
           
             Apr 04, 2011: Children's Day - (Hong Kong, Taiwan)

            Apr 03, 2011: 119th Anniversary of the First Documented Ice Cream Sundae - (Global)
               Nak tengok banyak lagi koleksi doodle dari tahun 1998 hingga 2011 klik SINI 

                Wednesday, April 20, 2011

                Lama Dah Tak Pegang Arang

                 Try nak lukis Encik Pandai Buat Duit..
                Tapi macam ada slek ah..
                Tang mane, tau? kritikan diperlukan di sini.

                 Hasil tanganku dari penggunaan arang yang tidak professional 

                Wednesday, April 13, 2011

                Sedikit Terasa Hati

                Aku ni kan kadang-kadang sensitip jugak.


                Terasa hati la jugak bila saya komen kat entri awak tapi awak tak balas pun komen tu.
                Komen saya je yang tak dibalas, komen orang lain awak balas..Ada la jugak sorang dua lagi yang terima nasib macam aku..Walhal ada yang komen berbentuk pertanyaan..kalo setakat yang komen hai2 bai2 takpelah jugak tak layan. Nak kata komen kat entri tu banyak bebenor sampai tak terlayan takde lah sangat..komen seciput lebih kurang macam blog aku je pun.
                Tak mesra lah awak ni..

                hah..nak kata aku terlampau ke..benda kecik pun nak amik hati. Mestilah.
                Nampak tak penting, tapi dari hal macamni lah hubungan sesama blogger dimantapkan..huu
                Sekali orang lain pun terasa macam aku macamna, lingkup baru tahu.


                p/s: Apalah sangat aku ni.

                ::TERIMA KASIH SUDI BACA::

                Friday, April 8, 2011

                Guru Popular Dengan Kisah Dibelasah Dan Membelasah

                Once again, bila aku baca berita pagi ni..terpapar tajuk GURU Wanita Patah Hidung Ditumbuk Pelajar. Seingat aku baru je beberapa hari lepas gempar dengan kisah Murid Dipukul GURU Meninggal rentetan dari kisah Anak Yatim Koma Dibelasah GURU. Lagi kisah seumpama itu, berlaku di Labuan: GURU Cedera Ditumbuk Pelajar 
                Itu baru kisah bulan ni..berlambak lagi sebenarnya pada isu-isu yang lepas. Kisah bermusim pembelasah yang tiada nilai kemanusiaan.

                Popular kan cikgu ni, dah nak capai tahap glemer ahli parlimen dan artis. Kisah-kisah sebegini sebenarnya banyak mengundang komen-komen negatif dari pembaca..terkeluarlah bermacam-macam hipotesis dan kesimpulan-kesimpulan yang tak dikaji.

                Kenapa media tak keluarkan kisah-kisah kejayaan yang dicapai guru atau anak didiknya? ada tapi jarang. Adakah kerana media yang gemar mensensasikan kisah yang kononnya bakal menarik minat ramai..ataupun masalah institusi pendidikan or kekeluargaan itu sendiri yang menarik minat media.

                Abaikan itu semua, bagi aku terjadinya kisah membelasah dan dibelasah adalah kerana konflik dalaman mereka yang terlibat itu sendiri. Wallahualam. Yang penting sejauh mana tindakan yang diambil selepas peristiwa itulah yang perlu diambil berat oleh pihak yang berwajib.

                p/s: Aku ternanti-nanti bila kisah Guru *pilih nama sendiri dari Malaysia menerima Hadiah Nobel kerana menyumbang di dalam *sekian-sekian..hhee besarnya harapan.

                Thursday, April 7, 2011

                Loghat Negeri Yang Paling Best

                Aku paling suka loghat orang negeri Terengganu. Diorang cakap bunyi dengung2 gitu. Sedap didengar lah. Contohnya, "Jom jalang-jalang cari makang" 
                Versi nyanyi lagu omputeh plak, "we have fung we have seasong ing the sung" 
                keke.. Lagipun senang tiru bahasa ganung ni.

                Loghat kelate? ada orang kata paling unik dan best. Susah nak translate satu hal. Opkos aku sokong, takkan aku nak menafikan loghat negeri aku sendiri. Loghat kelantan ni kekadang bunyi cam kasar..tapi loghat Melaka lagi kasar kot. Celake, lahabau tu dah biasa kan.

                Loghat Utara pun sedap jugak, ramai gak member2 aku orang Utara..laju je dengar diorang cakap, tapi boleh tangkap lagi. Antara loghat Penang ngan Kedah aku tak reti beza. 
                Contoh loghat Perak, "miker tughun bukit tu jangan laju sesangat....ka ghang jatuh tersembam,berdamor muker" 
                lagi satu, "lain mcm benor paneih hari ni....badan aku dah rasa ceghun ceghin dah ni"
                Yang ni Kedah, "Hampa ni main sampai tak tau nak beghenti, dah meghelop dah nih.. pi balik kaihh" hihii..indah sungguh.
                Nak meriah lagi try jenguk blog  budak bukan sebarang budak, meriah betul loghat utara kat situ.

                Loghat negeri9 plak selalu jugak dengar kat drama tv, cerita yang Eby Yus berlakon tu..tajuk apa ntah, lupa. Loghat ni sedap didengar, tapi susah nak eja. 
                "Apo la bega bona budak ni. Banyak kali den posan, jangan bergurau ngan lombu tu"

                Pahang pun ada loghat gak..Aku baru tahu bila kawan aku dulu bahasakan diri dia koi, koi tu bermaksud aku. Sebelum tu ingatkan Pahang ni takde loghat, cakap melayu standard je. Melayu standard biasa orang Johor dan Selangor guna.

                Loghat Sabah lebih kurang mcm cakap Melayu baku. Susah jugak nak faham..Susah jugak nak tiru, sekali cakap bunyi macam Indonesia. Aku hanya tahu bunyi bah-bah belakang tu je.
                Loghat melayu Sarawak pula ada banyak persamaan dengan bahasa Filipina..Tapi bergantung pada kawasan tu jugak la.

                Yang pastinya loghat kat Malaysia ni semua best2, ada keunikan dia yang tersendiri.

                Wednesday, April 6, 2011

                Alamak! Entry dia ni memang best!

                Dikesibukan yang melanda diri sekarang ni, aku ingin mengambil kesempatan dengan menyertai segmen yang dianjurkan oleh kak Liza..Sila klik banner kat bawah ni jika anda berminat untuk join sama :)


                Jadi di bawah ni senarai entri best yang aku nak kongsikan. Sebenarnya banyak lagi entri best dari blog kawan2 yang aku baca, tapi sebab ingat2 lupa maka aku letak je mana yang aku nampak dulu.

                1. Wanita Segala-galanya Dari Isi Dunia [Biru Malam]
                2. Cinta: Perlukah Diberi Peluang Kedua? [Dunia Sebelah Zara] 
                3. Blog aku, ikut suka hati aku. [Touya Karuma]

                Monday, April 4, 2011

                Enjoy Dulu

                Ada beberapa perkara yang perlu disiapkan dalam masa terdekat ni:

                1. Test subjek Dr.Aref - esok
                2. Report QA - ahad ni hantar
                3. Draf Thesis - ahad ni jugak hantar

                Banyaknya..silap diri juga selalu bertangguh. Bila banyak macam ni mula la serabut. Last-last buka novel. Cantek punya perangai!
                Baru je khatam novel One Day You’ll Be Mine. Bestt!! tak sabar tunggu episod 21.
                Novel tu novel melayu walaupun tajuknya omputeh. Pengarangnya, Inawza (azwani??) memang pandai betul olah idea..saspen abis la sesetengah part tu. Quotes best-best pun banyak dalam cerita tu.
                Walaupun aku tak berkenan sangat bahasa tulisannya yang merojakkan melayu+omputeh (Yelakan NOVEL MELAYU seeloknya martabatkanlah bahasa melayu) tapi cerita tu still lagi mantap! Bahasa omputehnya jugak bukan calang-calang beb
                 
                Cerita ini disarankan untuk peminat novel :)

                Sunday, April 3, 2011

                Lelaki Dah Reti Muncung Mulut

                 

                Dah jadi fenomena muda-mudi sekarang ni bergambar dengan memuncungkan mulut. Majoriti yang aku selalu tengok perempuan lah. Apa motif entah buat macamtu. Kepuasan diri sendiri??
                Evolusi terbaru, sekarang ni lelaki tidak ketinggalan juga nak bercamwhore seperti tu. bajet kiut ah? seksi? uwekkk.
                Ingat perempuan akan terpikat? hahaa..at least diorang akan cakap geli gelemen ada la.


                So, berhentilah beraksi macam tu. Perempuan pun sama. Sangat-sangat tak sesuai tahu.


                p/s: Minat untuk ke blog mereka seperti tu dah menurun :(