Pages

Monday, October 31, 2011

Kisah kambing

Aku ada pelihara sekor kambing ni. Hensem punyaa. Walaupun kambing tu betina, tapi rupa tidak dapat diklasifikasikan sebagai lawa.
Baru-baru ni dia dah lahirkan sekor anak. Pun betina jugak. Aku nak namakan nama anak dia tu Jonathan. Tak kisah la dia tu betina.

Ini bukan jonathan. jonathan sempat melarikan diri ketika pic di snap

Jonathan ni kira pengganti la, sebab minggu lepas-lepas 2 ekor kambing famili aku mati. Seekor mati mengejut, seekor lagi mati kena sembelih. Terpaksa sembelih sebab yang sekor tu pun sakit jugak. Walaupun Doktor Aziz dah bagi injection yang berharga 4 ringgit, kambing tu tetap lemah jugak. Makan tak lalu, tak bleh jalan..last-last terpaksa sembelih. Binatang ni kalau dah sakit susah nak survive kan.

Sekarang ni kambing famili aku ada soploh ekor, campur hak milik adik-adik, abah atok n abang. So kalau sesape berminat nak beli boleh contact aku directly. Harga boleh nego. hehee

~Saranan untuk anda, belalah kambing. Sedap dijadikan lauk. Mudah jugak membiak. Sesuai untuk akikah.
Boleh juga dibelai-belai seperti kucing..kuikuikui


Sahabat, sila update blog

Entri ini ditujukan khas blog sahabat yang tersenarai kat tepi ni. Mereka tu member2 aku kat univ ada, ex sekolah, ex matrix pun ada. Mereka yang tak update blog berbulan lamanya.
Aku rindu nak baca blog korang, yang telah di update la. Dahla kita ni masing2 jauh. Ada di utara ada di timur etc. Nak jumpa susah sekali. Sedikit sebanyak bila baca blog korang boleh la tahu perkembangan semasa.
Korang tak update, aku pun jadi malas sama. kuikuikui

~lihatlah, blog rupanya salah satu medium untuk rapatkan hubungan kita.

Thursday, October 20, 2011

betul betul betul

laugh out loud!!

Tuesday, October 11, 2011

Petua untuk si gadis

Petua ni untuk mereka yang bujang sahaja dan yang mahu kahwin ya. hehe


 

Petua Cepat Dipinang
Baca surah Yusuf pada sebekas air yg bersih sebanyak 3x pada malam Jumaat.Air itu hendaklah dimandikan 3 pagi berturut-turut dan diminum 7x setiap hari selama 3 hari berturut-turut.

InsyaAllah.
Selamat mencuba.

Eh, sebelum tu tau tak apa itu peminangan?

"Peminangan ialah proses menyatakan hasrat untuk mengadakan pernikahan yang dilakukan baik secara langsung ataupun melalui wali. Ia dianggap satu ikatan apabila kedua-dua pihak saling bersetuju"


Sunday, October 9, 2011

Bila Patah Tangan

Aku sedikit kesal bila nenek saudara aku tu tak mahu dirawat oleh doktor. Sakitnya bukan sakit kecil. Patah tangannya kena hentam dek buah nangka. Malang tidak berbau lah kan.
Tapi wajar ke keadaan macam ni, apabila bomoh diutamakan. Boleh ke bomoh tu pancarkan sinar-X ke untuk melihat sejauh mana kecederaanya.
Susah betul nak mengubah mentaliti warga tua sepertinya.
Perubatan moden adalah yang seeloknya. Mereka yang terdiri dari cerdik pandai. Mereka yang terlatih dan belajar perihal tubuh badan manusia dan segala bagai.
Khidmat bomoh bukan tidak boleh digunakan. Setelah habis ikhtiar dengan perubatan moden, barulah boleh merujuk pada perubatan tradisional seperti bomoh. Sememangnya ada sesetengah penyakit tidak dapat diubati oleh doktor.
Bila jumpa bomoh tak sembuh-sembuh juga mulalah kalut nak ke hospital. Masa tu boleh la rasa pelbagai sakit. Sakit telinga la salah satunya..menadah ceramah percuma dari para doktor.

Sekian.

Wednesday, October 5, 2011

Nak Fixie Satu!!

Bosan adik-adik aku ni. Beli la fixie, beli la 1. Namun apakan daya, kakakmu ini seorang penganggur. Poket kering. Habuk pun tarak. Kalau aku kaya aku beli dah sorang sbijik. 4 orang adik, 4 bijik aku kasi. NAHH hamik mung!

Basikal Fixie or omputehnya Fixie Bike (fixed-wheel bicycle) memang dah jadi kegilaan bebudak skrang ni. Kat kampung aku ni merata-riti orang duk kayuh petang-petang.
Ape yang bestnya adik oii, basikal tadak brake, warna pun striking..menyakitkan mata aje. Lagipun trend nak habis dah ~alasan.Muahaha
Jangan marah ya dengan ayat kat atas, aku tau rata2 suka fixie ni sebab design nya yg cool n warna-warni gituu. Best pun best naik. Yang ada brake pun ada. Harga pun boleh tahan.


  Tp bila takde 4 5 ratus mana ko mampu

Penerima Hadiah Nobel 2011

Hadiah Nobel dalam Fizik
 
Hadiah Nobel dalam Fizik 2011 telah dianugerahkan "untuk penemuan mempercepatkan pengembangan alam semesta melalui pemerhatian supernovae jauh" dengan separuhnya kepada Saul Perlmutter dan separuh yang lain bersama-sama Brian P. Schmidt dan Adam G. Riess .

Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan

Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan 2011 telah dibahagikan separuh kepada Bruce A. Beutler dan Jules A. Hoffmann "untuk penemuan mereka mengenai pengaktifan imuniti semula jadi" dan separuh lagi untuk Ralph M. Steinman "untuk penemuan beliau sel dendrit dan peranannya dalam imuniti adaptif ".

Hadiah Nobel dalam Kimia
Daniel Shechtman

Hadiah Nobel untuk kimia telah di anugerahkan kepada penyelidik tunggal di atas "penemuan struktur quasicrystals".


Tahniah dari aku. anda-anda memang genius!!
Sumber lanjutan: nobelprize.org