Pages

Monday, December 31, 2012

Ulang-alik kerja dengan keretapi peluru

Salah satu teknologi manusia yang aku kagumi adalah keretapi laju. Walaupun belum pernah merasa menaikinya, tapi tertanam dalam jiwa ini untuk merealisasikan impian tersebut. hehe
Kalau di China, laluan antara Beijing dan Guangzhou sejauh 2,298 kilometer akan membolehkan perjalanan antara kedua-dua bandar tersebut memakan masa hanya selama lapan jam berbanding 22 jam sebelum ini.
China: keretapi laju beserta landasannya yang terpanjang didunia
Bayangkan kalau menaiki keretapi ini dari Selangor ke kampung halaman aku di Kelantan, berapa minit sahaja sudah sampai. Mesti aku akan tinggal di Kelantan sahaja untuk ulang-alik kerja di sana.
Berdesup!!!!
Alangkah seronoknya jika di Malaysia ada keretapi laju seperti itu. Di dunia ini negara yang mempunyai keretapi laju adalah terdiri daripada negara yang jauh lebih maju dari Malaysia. Di Asia, negara Jepun, Korea Selatan, dan China sahaja yang mempunyai perkhidmatan tersebut.

Menurut pembacaan aku, Jepun banyak memegang rekod berkenaan keretapi laju ini. Ia merupakan negara pertama didunia yang membina laluan khas untuk keretapi laju. Juga merupakan keretapi yang paling sibuk didunia dengan membawa penumpang sebanyak 322 juta orang setahun. Kalau digabungkan jumlah penumpang keretapi laju disemua negara lain, ia masih tidak dapat mengatasi nilai tersebut. Dahsyat bukan orang jepun ini
Shinkansen (Bullet Train) di stesen Tokyo 
Yang paling laju didunia pula, adalah CRH380A milik negara China dengan kelajuan 486km/jam. Sangat terbaik!
CRH380A
Seronok bunyinya naik benda laju kan. Tetapi awas jangan mengaplikasikan kelajuan yang sama pada kereta anda. Adapun yang memandu kereta di jalan raya dengan kelajuan yang hampir sama dengan kelajuan keretapi laju iaitu 300 km/jam beginilah jadinya,
Kemalangan di Jerman pada April lalu yang melibatkan BMW M5. Pemanduan yang terlampau laju sampai diluar kawalan lalu terbabas
Pesanan akhir dariku, semoga Malaysia cepat-cepat buat keretapi peluru. Wohaaa!

Sunday, December 30, 2012

Penggunaan Bahasa yang Telus


Semasa bersiar-siar di blog rakan-rakan tadi, aku tertarik dengan seorang penulis blog ini. Beliau menulis menggunakan bahasa Melayu penuh. Beliau tidak menggunakan bahasa-bahasa rojak, mahupun bahasa pasar. Bertentangan dengan kebanyakan anak muda Melayu sekarang ini (termasuk aku). 

Apa yang membuatkan aku lagi kagum ialah penggunaan bahasa Melayu beliau sangat tertib malahan huraian isi kandungannya sangat telus. Dapat aku simpulkan juga walaupun beliau bukanlah seorang Melayu tulen, tapi penghormatannya terhadap bahasa tersebut sangat tinggi.

Ini membuatkan aku terfikir untuk jadi seperti beliau, bukan meniru tapi ingin mencontohi beliau dari segi  penggunaan bahasa Melayu dengan sebetulnya. Dalam catatan aku sebelum ini sebenarnya banyak penggunaan bahasa-bahasa pasar. Jika hari demi hari aku masih dengan gaya penulisan seperti itu, maka tidak mustahil lama-kelamaan aku tidak akan mampu  untuk menzahirkan sesuatu dengan bahasa Melayu dengan penuh tertib.

Walaupun menulis catatan di blog dengan bahasa Melayu seperti yang anda tengah baca sekarang kedengaran agak skema, tapi dapatkah anda selami betapa indahnya bahasa ibunda kita. Menulis seperti ini juga aku rasa seperti mengarang karangan semasa peperiksaan di sekolah dahulu. ~ Memang sekarang ini ada sedikit perasaan janggal, tapi terasa bersopan santun pula dan menunjukkan kematangan. Adakah dilihat begitu? [hehe]

Aku masih dalam proses percubaan. Walaupun usaha ini nampak kecil, impaknya akan besar suatu hari nanti. Percayalah.
Semoga istiqamah hendaknya.

Berbalik kepada penulis blog tadi, jika ada tertanya-tanya siapakah beliau? Mungkin boleh terjah ke Travelog Hort untuk berkenalan dengan lebih lanjut. 

Saturday, December 29, 2012

Mengenali jenis-jenis minyak wangi dan penggunaanya


Hari ni aku kongsi sedikit maklumat mengenai jenis-jenis minyak wangi/perfume yang mungkin ramai lagi tak tahu.
Lepas korang baca ni agak-agak mesti dah pandai nak pilih perfume mana yang nak dibeli kan


Kategori perfume:

Apakah Eau De Toilette, Eau de Parfum, dan lain-lain.. maksudkan?

Istilah ini merujuk kepada kekuatan wangian, atau lebih khusus, berapa banyak kandungan PATI ditambah kepada alkohol gred tinggi dan/atau air.

'Parfum' (jenis umum paling pekat anda boleh beli) mempunyai perfume oil/ pati dlm 15-25% larut dalam alkohol. Mana-mana campuran dengan kadar yang lebih rendah daripada minyak alkohol dikenali sebagai 'Eau'. (cara sebut - eewwww )

  • Eau Fraiche (Usually 3% or less perfume oil)
  • Eau de cologne - EDC (2 - 5% perfume oil)
  • Eau de toilette - EDT (4 - 10% perfume oil) - Biasa ada pada kebanyakan brand..
  • Eau de parfum - EDP (8 - 15% perfume oil) - Brand agak mahal i.e Chanel no.5, etc..
  • Soie de Parfum (15 - 18% perfume oil) - Brand mmg mahal i.e Hermes, etc.. 
  • PARFUM (15 - 25% -- also sometimes referred to as Extract or Extrait) - Original Chanel no.5, etc..
  • Perfume oil/ pati (15-30% perfume oil in an oil rather than alcohol base)

Anda juga berkemungkinan utk jumpa 'Parfum de Toilette'. Kebanyakan syarikat pengeluar menggunakan istilah ini untuk menggambarkan kepekatan yang sama seperti 'Eau De Parfum', atau antara 'Eau De Parfum dan Parfum'(8-25%)


3 jenis wangian yang paling biasa anda beli adalah:

  • 'Parfum' - Ini adalah salah satu daripada wangian paling KUAT boleh didapati. Ini bermakna, anda perlu hanya menggunakan dlm kuantiti yg sedikit dan wangian akan bertahan lebih lama bergantung pada jenis kulit. Akan bertahan dr 6 hingga 8 jam atau lebih!! 
  • 'Eau de parfum' - EDP, Ini adalah ringan daripada Parfum dan kurang mahal, tetapi masih mempunyai bau wangian yg tahan lama. Akan bertahan dr 3 hingga 5 jam.
  • Eau de toilette' - EDT, Ini adalah wangian ringan dan paling biasa digunakan untuk kegunaan harian yang kasual. Ia adalah yg paling kurang mahal daripada 'Eau de Parfum'. Akan berlangsung selama 2 hingga 4 jam. (Biasa ada pd gred A-AAA atau A+ )



TIPS wangian:

Semburan sedikit bau wangian kegemaran anda di sikat rambut anda. Aroma yang akan berlangsung selama beberapa jam dan membuat bau rambut anda wangi semerbak!

Menyembur 'squirts' sedikit wangian kegemaran mereka secara langsung ke dalam syampu dan/atau perapi untuk bau wangian tambahan.

Semburan pada titik nadi: belakang telinga, leher, pergelangan tangan, belakang lutut


Wednesday, December 19, 2012

Bina Badan Dengan Supermass Dymatize

pernah baca mengenai entri aku sebelum ni yang bertajuk Susu Bina Badan ?
di dalam entri tersebut, aku menceritakan bagaimana gigihnya abang aku membeli susu Horleys Body Build untuk mensasakan badan beliau.
bagaimanapun hasil daripada minum susu tersebut tidaklah seperti yang diharapkan.
abang aku tidak sasa seperti sasanya badan abang-abang askar mahupun pemain-pemain bola sepak

maka aku cadangkan satu inisiatif lain iaitu Supermass Dymatize
supermass dymatize ini merupakan supplement dari bahan tenusu lembu dan herba-herba, diperbuat di US

dymatize supermass gainer yang berperisa coklat~~sedap

produk ni aku dah usha lama dah sebelum rekomenkan pada abang aku
daripada testimoni pembeli yang rata-rata positif jadi aku harapkan impian abang aku juga bakal menjadi kenyataan

setakat ni abang aku minum dah habis sekotak, badan dia naik 2 kilo..muscle tak nampak sangat.
logik la sebab dia malas bersenam, main minum je mana jalan sangat.
sekarang masuk kotak ke dua dah, sebab ada hasil positif kan jadi dia berani sambung minum lagi
apa hasil seterusnya?? aku akan cuba update pada masa akan datang..kalau letak gambar dia before n after mesti lagi suka kan?

untuk sesiapa yang nak besarkan badan/tambah berat pun boleh cuba
untuk jadi sasa macam abang dekat kotak tu kenalah rajin bersenam..hehe

Keputusan PMR 2012 dah keluar!

Aku ada seorang adik yang ambil PMR tahun ni.
Baru je tadi semak keputusan PMR dia guna sms
Semak melalui online tak dapat lagi
Hmm..result dia tak gempak pun
Padan lah dengan keupayaan dia

Tengok pada result dia tu, rasa nak suruh abah hantar dia ke sekolah teknik je
Sebab aku rasa nanti dia naik tingkatan 4, dengan result PMR dia macam tu pasti cikgu sekolah sekarang ni letakkan dia dalam kelas sastera
Adik aku pula bab-bab teori sahaja dan kena membaca dan hafal banyak lagilah dia slow

~Ke ada cadangan yang lebih baik ya??

Oh ya..
ini cara semakan keputusan PMR 2012 melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS):

- Semakan SMS: Taip PMR [No KP] [angka giliran] dan hantar ke 15888
- Contoh: PMR 970310125879 hantar ke 15888

Untuk semakan secara online:

1.Pergi ke laman web SAPS, saps.moe.gov.my
2.Klik butang Semakan Ibu Bapa yang berwarna hijau.
3.Masukkan No Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak dan pilih sama ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan seterusnya klik butang Semak Laporan.

masalah paip tersumbat sebab rambut

Sekarang rumah aku ada masalah paip tersumbat. Saluran paip yang kat bilik air utama.
Dah dekat seminggu air yang bertakung dibiarkan begitu..makin lama makin tak sedap baunya.
Aku suspek saluran paip ni tersumbat sebab rambut sangkut
Dulu pernah terjadi kes macam ni, kitorang panggil orang datang baiki
Mamat tu tunjuk banyak gila gumpalan rambut-rambut yang berjaya di tarik keluar

Kali ni nak cuba baiki sendiri dulu, tak payah kena keluarkan duit bayar upah orang kan
Malangnya,
Macam-macam cara aku dah cuba, antaranya siram dengan air panas, tak berapa menjadi cara ni..
sekejap je okey lepas tu tersumbat balik.
Pam-pam lubang tu tak jalan jugak.
Tuang asid pun sama.

Lepas tu aku ada beli spiral dawai, ikut stail mamat yang datang baiki hari tu. panjang dawai ni bermeter-meter, aku beli kat kedai hardware 15 ringgit.
rupa dawai yang aku guna
Aku try jolok-jolok, tarik-tarik keluar ada la sedikit gumpalan rambut yang melekat.
Lapang sikit dada, kira menjadi juga teknik ni sebab air dah boleh mengalir sikit-sikit.
Cuma aku rasa skill aku tak berapa nak ada, apa taknya mamat hari tu buat sekejap je.
Aku buat sepetang tak siap-siap lagi. hehe

~tengah berusaha lagi untuk keselesaan sejagat