Monday, April 23, 2012

Samsung Galaxy SIII la plak

Memang tak terkejar rasanya evolusi teknologi gadjet2 ni. Dulu aku pernah mengimpikan nak beli Samsung Galaxy SII, tapi sampai sekarang tak tercapai.
impian lama
 
Ni timbul pula Samsung terbaru model Galaxy SIII yang tentunya lagi canggih, lagi lawa (Biarpun takdak gambar keluar lagi), lagi hebat dan semestinya lagi mahal!
Ni spesfikasi daripada amazon.com yang sekarang, final version nanti mungkin ada beza kot.
4.7-inch Super AMOLED touchscreen, and a much beefier 12MP camera with autofocus, LED flash and facial detection, in addition to Android 4.0 Ice Cream Sandwich and a 1.4GHZ quad-core Samsung Exynos processor. Internal storage of 16GB, expandable up to 32GB.
Fuhh
Gempak habis!! Boleh kalah upcoming iPhone 5 agaknya. Dah dapat gelaran iphone killer wess...
Harga jangkaan pula EUR 599.00, or around $800 US dollars. Kopak mak oii cenggini.
Bila la nak mampu

Ura-ura mengatakan camni lah bentuknya
Ini sudah tentu bukan


Wednesday, April 4, 2012

Ohh Potret, Setahun Baru Siap



Orang dalam potret ni adalah supervisor aku masa praktikal dulu.
Lama giler nak siapkan lukisan ni, dekat setahun jugak la.
Haha, jenis manusia yang tak komited kan.

Semalam baru pos kat dia, harap dia puas hati atas hasil aku yang tak seberapa ni.
Teringat masa praktikal dulu, dia memang banyak sangat membantu budak2 kos kitorang. Masa FYP pun dia tolong sama. Baik usah cakap la. Opkos sangat baik, tapi tegas jugak la. huhu
Dia beria nak bayar untuk potret ni sebenarnya, tapi taknak la sebab aku memang dah niat nak hadiahkan. Sebagai kenangan =)

Terima kasih banyak2 kak ida atas segala ilmu, budi dan penat lelah yang ditaburkan.