Pages

Monday, January 19, 2015

Tips Menjadi Awek yang sentiasa Wangi

Kau tentu suka kan bila ada budak kecil datang peluk kau dan bagitahu 'WANGINYA KAKAK..'

Tidak perlu sembur minyak wangi bergelen-gelen sebab nak tunjuk kewangian kau, ingat minyak wangi yang bergelen-gelen buat orang sekeliling kau berasa pening. Macamana pula suatu hari kau terlupa/tak sembur minyak wangi kau tu??

Apa yang kau perlu buat,

- Pakai pakaian yang dah berbasuh, jangan pakai baju kitar semula. Walaupun kau rasa kau pakai baju tu semalam sekejap sahaja tapi bau peluh ada jugak melekat berserta habuk dan debu yang memang kau orang tidak nampak.

- Masa basuh baju guna sabun yang wangi dan letak pelembut kain macam softlan, daia, downy ke. bertambah-tambah la wangi pakaian kau

- Bilik kau pun kena wangi. Kadang-kadang kau nak cepat sangat tidak sempat nak sembur miyak wangi, bilik kau wangi akan membantu apabila baunya melekat kau baju/badan korang.

- Titiskan sedikit minyak wangi kau dalam mandian.

- MANDI la hari-hari, syampu rambut 2-3 hari sekali

- kalau kau rajin sapu lah losyen badan lepas kau mandi

Istimewanya tips kat atas, hanya orang yang dekat dengan kau sahaja dapat rasa kewangian kau. Ayuhh!!


Layan lagu Akim dulu - MEWANGI




Friday, January 16, 2015

Review membeli belah di toclothesshop.com

Baru-baru ini kawan aku telah merperkenalkan sebuah website yang menjual pakaian wanita dengan harga yang sangat murah. Bagi korang yang rasa nak menjual pakaian boleh la membeli kat sini, walaupun beli sehelai harga sangat murah.

Cer bandingkan harga mana lagi murah, gambar kiri yg dekat website tersebut, yang kanan pula adalah harga daripada penjual di facebook.
|klik untuk tumbesaran|
Walaupun harga tu tersangat lah murah, tp aku masih ragu-ragu samada web itu boleh dipercayai ke tak.

**Update pada tahun 2015
ALAMAK TAK BELI LAGI LA 

Prosedur Memasang Papan Tanda Iklan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,

Berikutan baru-baru ini syarikat tempat aku bekerja hendak memasang papan tanda iklan (signboard) pada bangunannya, maka aku dipertanggunjawabkan untuk menguruskan hal tersebut.

Perkara pertama yang aku perlu lakukan adalah meninjau harga papan iklan tersebut.
Tinjau sahaja maklumat mereka di Google, kemudian terus call untuk dapatkan senarai harga.
Purata harga yang aku dapat adalah dalam RM 2100++ untuk papan tanda iklan berlampu, manakala papan tanda iklan biasa ada la dalam RM 1700++, ada yang lagi murah adalah buat papan tanda iklan yang macam sepanduk (banner) tapi yang ini mampu bertahun 2 3 tahun je lah. Harga tu semua dah termasuk kos pemasangan dan rekabentuk bagi saiz papan iklan 20x4 kaki persegi. Saiz lagi besar lagi mahal lah bayarannya.

Proses seterusnya aku perlu ke majlis perbandaran untuk dapatkan permit pasang papan tanda iklan. Di majlis perbandaran diorang akan bagi 1 borang iaitu BORANG PERMOHONAN LESEN TRED, PERNIAGAAN DAN PERINDUSTRIAN. Dalam borang itu dokumen pada senarai 1 hingga 13 diminta, jadi baik sediakan awal-awal supaya korang tak perlu berulang alik ke majlis perbandaran. Jika dokumen kita lengkap diorang akan proses dan tunggulah permohonan permit selesai dalam 1 minggu.

Setelah mendapat kelulusan dari majlis perbandaran barulah pihak kedai boleh terus buat papan tanda iklan kita dan pasangkan.

Diharap pengalaman aku ini dapat membantu anda.


Lagi Duit Masuk Dengan Survey Berbayar Ipanelonline

Syukur Alhamdulillah..

Walaupun tidaklah banyak mana duit yang dapat, tapi inilah hasil daripada duduk saja2 main internet!


Aku dah gunakan khidmat ipanelonline ini hampir 2 tahun sudah, ternyata syarikat tersebut memang berlaku jujur pada para pelanggannya dan tak pernah sesekali pun tebusan mata aku hasil daripada menjawab tinjauan (survey) online tidak dibayar.

Rujuk pos aku yang terdahulu untuk lihat berapa banyak hasil yang telah berjaya aku kumpulkan:
Menambah Duit Dengan Menjawab Survey

Tunggu apa lagi, kalau nak buat duit juga pergi cepat daftar ataupun klik je SINI dan rajin-rajinkan diri anda menjawab survey yang ada.