Sunday, January 15, 2012

Diriku Disunting

Selamat hari Ahad semua.
Setelah sekian lama menyepi, hari ni terdetik nak update blog pulak. Entri pulak pasal hal diri sendiri, janggal pula rasanya nak menaip.

Tajuk memang tak bleh blah..ayat macam ada orang masuk meminang je. Jangan salah sangka semua, diri ini belum teruja lagi untuk menamatkan zaman bujang. ha ha

Teringat status facebook seorang member semalam, "mana lebih menakutkan? unemployed or jadi andartu?"
Killer punya soalan. Dua-dua menakutkan. Dua-dua pressure.
Unemployed mungkin boleh diterima lagi kot bagi aku, takde kerja boleh menempel celah ketiak mak bapak..erkk, sampai diorang rasa menyampah?
Kalau andartu? tak sanggup rasanya. Hidup lebih tertekan kot. Dulu ada juga cikgu-cikgu sekolah dari kalangan andartu. Memang diorang serius dan garang sangat. Bila borak-borak dengan member n bergosip kenapa cikgu tu garang sangat, mesti akan keluar ayat cikgu tu pressure sebab umur dah lanjut tapi tak kahwin-kahwin lagi.
Adakah perempuan andartu dicop garang atau sebaliknya?

Kalo unemployed andartu?? ini kes KEJAM! minta-minta dijauhkan lah kan.

By the way,
Sekarang ni aku dah boleh rasa lega, unemployed sudah tiada dalam kamus hidup aku. Minggu lepas diri ini telah disunting oleh sebuah agensi kerajaan untuk kerja dengan diorang. Suka lah kan setelah hampir 6 bulan unemployed. Tambahan pula agensi tu memang idaman aku masa tengah belajar lagi. Tak sangka doa dimakbulkan. Rasa bersyukur sangat..

Masa tengah menganggur tu memang rasa stress sangat. Nak kata tak usaha tu tipu lah kan kalau bangun tidur tak basuh muka terus buka laptop google kerja kosong. Sebelum tidur google lagi. Time makan pun duk google lagi. Nasib dalam jamban tak angkut laptop skali.
Mujur ada juga member yang berkongsi rasa yang sama, tak ada lah diri ni stress sangat.

to be cont...

p/s:
~ Suntingan pertama sudah beres, ternanti-nanti 'suntingan kedua' pula. ha ha crazyyouuuu
~ Buat member-member yang masih mencari tu jangan putus harapan, teruskan mencari! Dengan izin Allah tiada yang mustahil.Yang pasti rezeki itu ada, cepat atau lambat je.

14 comments:

IMANSHAH said...

tahniah la..ingat baru nak sunting..haha

CIK TOM said...

tahniah dh dpt kerja!!

fatehah noorani said...

Tahniah la beb sebab berjaya disunting~

Teringat lecturer maths zaman matriks dulu, tak la tua sangat tapi dah 30 lebih kot. Dia takde garang mane, garang pun bertempat, so, tolerable sikit. Cuma tak tahan nye tu dia sukaaaa~ layan budak laki. Lawak tak kelakar pun gelak, sampai tiap2 kali kelas macam buang masa bercerita tapi tutorial tak jalan2. Haha. InsyaAllah sampai masa nanti muncul la suntingan kedua tu~

miss nimnim said...

yup..hanya org yg unemployed je tahu perasaan tu...xpe setiap kesusahan ade kesenangannye dikemudian hari ^^tahniah sbb dah dapat keje..

sara pedrosa said...

@IMANSHAH trima kasih cikgu ;)
@CIK TOM trima kasih cik tom ;)

sara pedrosa said...

@fatehah noorani thanks uteh..

agaknya lecturer ko tu kemaruk benar kat laki kot..ha ha

@miss nimnim thanks nim..
mudah-mudahan ko jugak dpt kecapi kesenangan tu sentiasa

Pendamba Mawar said...

ingatkan nak khwin..hahaha

khairul said...

tahniah dh dpt kerja baru !

sara pedrosa said...

@Pendamba Mawar haha..x la ;)

@khairul thanks ;)

sissyira said...

salam...

akhirnya ada kerja...oklah tu ;)

wahida said...

Alhamdulillah...dapat keje kat mana tu?
eh, sibuk lak...ekekekek...

Hanis Azla said...

Alhamdulillah.. tahniah yer.. semoga suntingan yg ke-dua juga cepat tiba..

sara pedrosa said...

@sissyira wsalam..huhu, syukurlah.

@wahida keje kat mosti..hehe

@Hanis Azla tq..mudah-mudahan xlama lgi.hehe

Si BuDaK KaChAk said...

tahniah tau...buat yg terbaik...

=)