Thursday, September 20, 2012

Kekeliruan antara duit RM20 dan RM10

Alkisahnya, ada seorang member aku pergi isi minyak kereta RM30. Dia bagi pada cashier tu RM50. Haruslah bakinya RM20 lagi kan. Bila cashier beri not RM20 sekeping, member aku pun minta lagi sekeping sebab ingatkan yang diberi itu not RM10. Termalu disitu..katanya, kenapa la duit RM10 dengan RM20 nampak lebih kurang saja warnanya..

Hakikatnya, warna duit not RM10 dengan RM20 tak lah sama, tapi apabila tengok sekali imbas mesti tertukar not RM10 dengan RM20, tambahan lagi not RM20 adalah duit baru, pasti sesetengah orang masih belum familiar dengan rekaan tersebut. Asal warna merah-jingga mesti suspek tu duit RM10..

Kisah seterusnya terjadi pada musim raya baru-baru ini, ada seorang member ni bukan main gembira lagi dapat duit raya..bila buka angpau nampak not macam merah terus sangka itu RM20..seronok lah dia. Malangnya, sebenarnya itu not RM10..he he, kuciwa bukan

6 comments:

CIK TOM said...

aah mmg kdg2 konpius rm10 n rm20..

NUR said...

Perhatikan juga duit 5sen dan 10sen

shameel Iskandar said...

mmg mengelirukan. Lagi bimbang kalau kita berbelanja ketika tuan kedai tgh sibuk, jadi dia tak perasan antara rm10 dgan rm20. Kita pun kadang2 tersilap hulur.

shazrina said...

aritu suami kite nak isi minyak 4 ringgit untuk moto die kat shell, die bagi spulo ringgit, pahtu cashier pulang kat die 16 ringgit ..haha seb baik suami kite ni jujur orgnye, die g pulangkan balik 10ringgit tu ..huhu

sara pedrosa said...

@CIK TOM aah..harap2 x tersilap belanja

sara pedrosa said...

@NUR konpius gak kekadang, 20 sen ngan 50 sen pun sama..warna n saiz nak lebih kurang

@shameel Iskandar itula..salah 1 pihak mst akan rugi kan..hehe

@shazrina nasib baik..kalo terkeno kat org xjujur, nayaa cashier tu :D