Thursday, April 7, 2011

Loghat Negeri Yang Paling Best

Aku paling suka loghat orang negeri Terengganu. Diorang cakap bunyi dengung2 gitu. Sedap didengar lah. Contohnya, "Jom jalang-jalang cari makang" 
Versi nyanyi lagu omputeh plak, "we have fung we have seasong ing the sung" 
keke.. Lagipun senang tiru bahasa ganung ni.

Loghat kelate? ada orang kata paling unik dan best. Susah nak translate satu hal. Opkos aku sokong, takkan aku nak menafikan loghat negeri aku sendiri. Loghat kelantan ni kekadang bunyi cam kasar..tapi loghat Melaka lagi kasar kot. Celake, lahabau tu dah biasa kan.

Loghat Utara pun sedap jugak, ramai gak member2 aku orang Utara..laju je dengar diorang cakap, tapi boleh tangkap lagi. Antara loghat Penang ngan Kedah aku tak reti beza. 
Contoh loghat Perak, "miker tughun bukit tu jangan laju sesangat....ka ghang jatuh tersembam,berdamor muker" 
lagi satu, "lain mcm benor paneih hari ni....badan aku dah rasa ceghun ceghin dah ni"
Yang ni Kedah, "Hampa ni main sampai tak tau nak beghenti, dah meghelop dah nih.. pi balik kaihh" hihii..indah sungguh.
Nak meriah lagi try jenguk blog  budak bukan sebarang budak, meriah betul loghat utara kat situ.

Loghat negeri9 plak selalu jugak dengar kat drama tv, cerita yang Eby Yus berlakon tu..tajuk apa ntah, lupa. Loghat ni sedap didengar, tapi susah nak eja. 
"Apo la bega bona budak ni. Banyak kali den posan, jangan bergurau ngan lombu tu"

Pahang pun ada loghat gak..Aku baru tahu bila kawan aku dulu bahasakan diri dia koi, koi tu bermaksud aku. Sebelum tu ingatkan Pahang ni takde loghat, cakap melayu standard je. Melayu standard biasa orang Johor dan Selangor guna.

Loghat Sabah lebih kurang mcm cakap Melayu baku. Susah jugak nak faham..Susah jugak nak tiru, sekali cakap bunyi macam Indonesia. Aku hanya tahu bunyi bah-bah belakang tu je.
Loghat melayu Sarawak pula ada banyak persamaan dengan bahasa Filipina..Tapi bergantung pada kawasan tu jugak la.

Yang pastinya loghat kat Malaysia ni semua best2, ada keunikan dia yang tersendiri.

32 comments:

nub said...

awok da kabor..meleysia ni syokk habaq hang.... hahaha..adeh..aku fail kalu loghat2 lain.. nak kena trening lagi ni...

maszmadi said...

kengkadang nak cakap loghat ni tercampur lak antara utara n timur..... dah macam rojak laks.. huhu

1 MALAYSIA!!!!

WanFadhilah said...

sya orng trgnu. loght ganu wat pekat2 tahap orang kuale berang tu dop sapa la.. sya blaja kt sabah, jdi loghat sabah pun sya boleh guna smpaikan ramai kawan2 sya ingt sya orang sabah.. huhu :P

azwandengkil said...

Apa pun loghat percakapan kita yang penting, kita tak lorat. :)

Hafzan Sarah said...

@nub

hahaa..fail2..tak cukup trening lg tu

Hafzan Sarah said...

@maszmadi

huhu bahsa + famili rojak eh?

Hafzan Sarah said...

@WanFadhilah

wahh..tu ah, alang2 duk lamo sane rugi ah tak blaja loghat org sabah kan :)

Hafzan Sarah said...

@azwandengkil

betol2..lorat2 kang fenim plak dengar

Mr Strider said...

btul2 dialek setiap negeri memang unik..tapi kalau pekat sgt pun susah nak paham..hahaha..

Regards,
-Strider-

lea said...

pahang kalo area lipis, memang ade loghat

Hafzan Sarah said...

@Mr Strider

yup..sokong kamu..pecah pale nk translate :D

Hafzan Sarah said...

@lea

owh..
hehe

sarah mohamad said...

semua loghat ada keunikan tersendiri. hiks tapi mestilah kelantan paling havoc. siap ada dikir barat lagi. hihi

sarah mohamad said...

semua loghat ada keunikan tersendiri. hiks tapi mestilah kelantan paling havoc. siap ada dikir barat lagi. hihi

Wen said...

i like.... hahahaha tapi betul juga kot loghat kmi org sbh mcm indun tapi kami rasa tak.. hahahaha ( tak nak ngaku loghat kami mcm indun) hehehe...

Hafzan Sarah said...

@sarah mohamad

haha..setuju2. :D

Hafzan Sarah said...

@Wen

berjiran dgn indon sbb tu ada terpengaruh sket kot..haha.
papepun org sabah kecek sedak :)

Wen said...

hahhaa, tamo tamo tamo ngaku dpengaruhi indun.. tetap ada jati diri bhsa baku sabah sendiri. bahasa baku malaysia kan... kikiki

HALIM said...

Loghat ganu memang beh la.x nipu sikit abuk..hehe

Hafzan Sarah said...

@Wen

okey2..baiklah.hahaa
sabah je mantain baku..tabikk lah.huhu

Hafzan Sarah said...

@HALIM

mesti orang ganu nih dop
haha

Mr.Thinker@Ali said...

Sy org Johor. ada kwn dr Terengganu. lorat dia tebal gilaa. tp bila campur dgn lorat utara, fuuh, awesome..!! ^^

Hafzan Sarah said...

@Mr.Thinker@Ali tganu+utara..wooAA!

jersimalaysia said...

nak taw diorg johorean ke tak..time dia tya.mesti ada "ea" contoh: mcmtu ea??

Hafzan Sarah said...

@jersimalaysia ea ek..hehee

Ronaldhrah Wisely said...

tpi kan, bila dengar org cakap terengganu lam tv rsa pelik la..

haha..sy org ganu, tp sejak ber walk blogging, loghat ganu kurang sikit...lol

لين Si Pipi Merah said...

gud luck!

sara pedrosa said...

@لين Si Pipi Merah trhanks :)

Norsafuan Narihan said...

Sapo koba orang johor takdo loghat. Jom ler kite ke mo. Hahaa
Kat johor pun hado nogori sembilan yo.

Azroy Malex said...
This comment has been removed by the author.
Azroy Malex said...
This comment has been removed by the author.
Azroy Malex said...

Perlis, kedah, penang byk serupa... irama sikit beza. Google tgk youtube je la sng